* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 19 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-108 2018 18 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-108 2018
18 April 2018
2 Syaaban 1439H

Rabu

MAAF TUHAN KAMI SEDANG SIBUK

Sanggupkah kita berkata sedemikian kepada Pencipta kita?
Siapa kita sebenarnya?
Di mana kita?
Apa yang dah kita buat?

" Maaf Tuhan, kami orang sibuk. Kami memang takut neraka, tetapi kami agak payah... sulit mencari waktu untuk beramal dengan amalan yang boleh menjauhkan kami daripada nerakaMu. Kami memang mengharapkan syurgaMu, tapi kami hampir tidak ada masa untuk mencari jalan yang menuju ke syurgaMu.."

Kita hanya boleh mengukur kesibukan kita dalam ruang yang amat terhad.
Kita hanya boleh mengandaikan sesuatu tanpa pasti dengan sudut pandang yang sempit. 
Allah SWT hanya titikkan setitik daripada ilmuNya.
Hanya setitik nikmat dunia daripada nikmat yang maha banyak.
Dengan ilmu yang setitik itu... dengan nikmat yang sedikit itu telah merubah sikap manusia.
Manusia boleh menjadi angkuh, sombong... boleh juga menjadi zalim dan sebagainya.
Dalam yang sedikit itu, manusia seolah-olah telah merasakan dialah Tuan dan dialah Tuhan..Hebat manusia ni..

Dalam banyak keadaan kita lupa, kita tidak sedar bahawa kesibukan kita tidak sama dengan kesibukan malaikat menjaga kita. Terlalu sedikit berbanding kesibukan Allah SWT (Mukhalafah - satu perbandingan dalam skop yang jauh tidak sama dengan sifat makhluk) menjaga kita. Betapa sayangnya kepada kita.

Kita sepatutnya faham bahawa seluruh usia hidup kita perlu dipersembahkan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Satu perbandingan....
Ketika bos memanggil kita, betapa takutnya kita sehingga dengan segera kita mengadapnya, namun ketika kita mendapat panggilan daripada Allah yang dikumandangkan oleh Bilal... azan dan iqamah setiap lima waktu sehari semalam, betapa beraninya kita ... lamanya masa diambil untuk menyahut panggilan tersebut.
Padahal yang memanggil kita tu adalah Tuhan kepada bos, pihak yang paling atas.

Panggilan Allah itu bukan hanya sebagai satu panggilan, tapi disertai dengan tawaran kejayaan.

Begitu berani kita berbohong dengan Allah SWT.
Dalam doa iftitah solat, kita sering berjanji dan berikrar bahawa Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Alhha SWT... tetapi kelakuan kita jelas mengingkari ikrar tersebut.

Jom...masa untuk berubah...carilah kejayaan di dunia dan di akhirat.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan