* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 28 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-118 2018 28 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-118 2018
28 April 2018
12 Syaaban 1439H

Sabtu

MUAFAKAT
Sikap orang yang cemerlang ialah saling bekerjasama dan saling membantu. Mereka sedar setiap orang mampu melakukan sesuatu. Dengan adanya muafakat, banyak perkara yang kita dapat capai. Apa yang kita tidak dapat mencapainya secara berseorangan, mungkin akan dapat dicapai sekiranya dilakukan dalam muafakat.

Kita tidak akan dapat mencapai sesuatu yang besar untuk organisasi sekiranya kita asyik menghalang atau melambatkan satu-satu usaha untuk mencapai sasaran yang dibuat oleh orang lain.
Apa yang perlu dilakukan ialah saling membantu melakukan usaha yang positif. Sudah pasti hasilnya kita mampu capai lebih besar daripada melakukannya secara bersendirian. Sentiasa mencari peluang yang baik untuk bekerjasama. Semakin banyak peluang usaha sama yang kita dapat, semakin banyak kemampuan kita menyusun kejayaan yang lebih cemerlang dan cekap.

Jadilah penyumbang kepada pembinaan @ pengupayaan sesebuah organisasi, bukan sebaliknya. 

Synergize

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan