* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Rabu, 4 April 2018

Intipati Amanat PM 2018

Reaksi :  
*INTIPATI AMANAT PM PADA MAPPA KALI KE - 16*

1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan.

6. Faedah perasaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one - off.

7. Aktiviti aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9.  pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.





MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM (MAPPA)

4 April 2018 (Rabu), PICC

Tahniah TS KSN kerana menerima pelantikan sebagai ahli United Nations Committee Expert on Public Administration (UNCEPA) 2018-2021.

Tahniah TS KPPA dan para KSU kerana berjaya melaksanakan1432 inisiatif transformasi perkhidmatan awam.

Terima kasih mantan KSN (sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.

Tahun lepas kehadiran MAPPA adalah 5,000 orang. MAPPA kali ini dengan tema Demi Negaraku Malaysia mencecah 10,000 orang kehadiran. Terima kasih kerana ada yang sanggup duduk atas tangga. Ada lagi yang tengah naik bukit masa saya tiba tadi.

Di peringkat awal 31 dari 129 jawatan di negeri bersekutu adalah diisi oleh orang Melayu. Kini penjawat awam mencecah 1.6 juta orang. Ia cerminan untuk pertingkat sistem penyampaian Kerajaan. 

Kerajaan e-Government kini menuju ke arah Digital Government. Arahan maklumat disampai melalui medium digital melalui emel dan telefon pintar.

Surah Al Baqarah 126
Surah Al Ankabut 167
Surah An Nisaa' 59

Sejak merdeka pimpinan Kerajaan selama ini yang dibantu penjawat awam berusaha gigih majukan pertiwi ini sehingga jadi bintang timur yang gemerlapan menjadi bualan rakan dan lawan.

3 April 2018, genap 9 tahun saya menjadi PM yang ke 6. Manhaj asas pembinaan bangsa berjaya adalah berdasarkan Maqasid Syariah. Falsafah 1 Malaysia juga diperkenal di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Kemudian diikuti dengan GTP & ETP. Ini diperkukuh dengan prinsip wasatiyyah dan disulami prinsip NBOS. Kini kita menuju TN50 untuk menjadi 20 negara terbaik di dunia.

Kita transformasikan perkhidmatan awam supaya lebih inklusif.

Gabungan 3 prinsip nilai teras dalam laksana tugas adalah walaq, wasatiyah dan tabayyun.

Walaq itu beerti nilai-nilai seperti cinta, kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan baiah wajib diberi pada pemimpin yang sah. Taat selagi masih kekal dalam maslahat umum tanpa ada unsur kezaliman. Kita jaga kepentingan rakyat terbanyak termasuk penjawat awam (BR1M, PR1MA, pengangkutan awam dll).

Wasatiyyah menekankan kesederhaan, seimbang dan cemerlang tetapi tidak terlalu ekstrem seperti IS/DAESH atau terlalu liberal. Malaysia mendapat pengiktirafan daripada World Muslim League dalam usaha wasatiyyah ini. King Salman Center for International Peace juga ditubuh di Malaysia.

Prinsip nilai tabayyun ialah selidiki sesuatu berita yang diterima dengan teliti sebelum dipercayai dan disebarkan. Saya selaku pemimpin Kerajaan terbuka terima pandangan dan teguran membina/konstruktif. Teguran tidak harus disulami fitnah/tohmahan jahat yang bertujuan rosakkan imej seseorang.

Pengumuman pertama:
Pemendekkan tempoh time based kali kedua berasaskan kecemerlangan kepada kimpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan iaitu darib13 kepada 10 tahun (libat 13,006 pegawai).

59 insentif dan penambahbaikan telah dibuat melibatkan peruntukan rm29 billion untuk jaga kebajikan perkhidmatan awam. 

Pertumbahan KDNK negara pada 2017 adalah 5.9% antara tertinggi di dunia. Malaysia mebdapat rating A daripada Fitch.

Malaysia negara 23 paling berdaya saing daripada 137 negara di dunia.

Malaysia menerima Global Blue Ocean Shift award.

28 Mac 2018 - Syarikat Aramco milik Kerajaan Arab Saudi suntik USD7 billion dana dalam negara ini melalui Petronas. Ia dijangka rancak ekonomi negara dan perkukuh ringgit.

Kumpulan SK dari Korea Selatan dan beberapa syarikat lain memilih Malaysia sebagai hab pusat serantau mereka.

"Pemimpin dapat undi, rakyat pula dapat baldi".

Pengumuman Kedua:
Mewujudkan lapisan gred DG56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan yang lebih 5 tahun berada di Gred 54 dan cemerlang (libat 323 pegawai).

Kawan setia lagi utama - penjawat awam sangat dekat di hati Kerajaan. Penjawat awam adalah umpama sahabat dan kawan setia lagi utama pada pihak Kerajaan. 

"Kawan yang setia ibarat cahaya menjadi penerang masa kegelapan. Dia tak tergamak biarkan kau sendiri. Nasibmu pasti dibela" DJ Dave.

Pengumuman Ketiga:
Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak (COS warga negara) (libat 42,827 pegawai) mulai 1 Julai 2018.

Kerajaan yang ada prihatin jaga nasib penjawat awam.

Pengumuman Keempat:
Sumbangan dana tahunan kepada CUEPACS sebanyak sekurang-kurangnya rm3 juta setahun.

Bagaimana pembangkang terfikir nak hapuskan GST, tol, PTPTN? Ini akan menambah hutang negara. 

Kerajaan hornati kepelbagaian kaum dan agama.

Pengumuman Kelima:
Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan (seperti cuti umrah) dilanjutkan bagi menunaikan aktiviti keagamaan (agama lain) kepada maksimum 7 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

MRT, HSR, ECRL, Pan Borneo tanpa tol adalah antara projek-projek Kerajaan.

Pesara Kerajaan seramai 800,000 orang akan diberi kenaikan 1% pencen secara one off mulai 1 Julai 2018.

2017 year of delivery. 
2018 year of success and impressive results.

Cabaran 1:
Globalisasi, teknologi disruptif - Revolusi Industri (IR) 4.0 - DFTZ hab ekonomi digital pertama di dunia selain di China. Kerajaan menuju ke arah urusan secara digital.

Pengumuman Keenam:
Bagi persatuan-persatuan pesara kerajaan Malaysia, Kerajaan akan beri geran khas rm1 juta masing-masing (3 organisasi).

Cabaran 2:
Digital Government. Tahniah atas usaha JPA mempertingkat kompetensi.

Cabaran 3:
Melakar aspirasi nasional 2050 (TN50). Merekayasa Malaysia maju dan seimbang (dunia dan ukhrawi). Kanvas Belia TN50 telah dilancar pada 28.2.2018.

Pengumuman Ketujuh:
Kuota haji khas akan ditentukan kepada pesara Kerajaan.

Seluruh warga penjawat awam dan rakyat Malaysia, sekiranya Kerajaan ini diberi mandat besar, jasa dan bakti ini akan dihargai.

Pengumuman Kelapan:
Pemberian kenaikan gaji bersamaan satu KGT Khas kepada semua penjawat awam (implikasi rm1.4 billion) berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Buah sebakul dibawa bonda 
Letak di para sama dikongsi 
Walau dipukul ribut melanda 
Kawan setia tetap di sisi


0 komen ::

Catat Ulasan