* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 10 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-100 2018 10 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-100 2018
10 April 2018
23 Rejab 1439H

Selasa

Waktu Semakin Cepat


" Tidak akan tiba hari kiamat, bila zaman berdekatan.
Satu tahun seperti satu bulan,
Satu bulan seperti satu minggu.
Satu minggu seperti satu hari.
Satu hari seperti satu jam.
Satu jam seperti terbakarnya pelepah pohon kurma."
(Al-Hadis).

Bila kita makin dewasa, kita rasa masa lebih cepat berlalu.
Kenapa ?

Mungkin kerana jam biologi kita berubah bila usia kita meningkat.
Mungkin juga kerana faktor persekitaran yang mempengaruhi aktiviti harian dan cara kita berfikir.

Manfaatkanlah masa kita. 

Hargailah waktu yang kita ada.
Tingkatkan kualiti masa kita.
Carilah sahabat dan kawan yang boleh memanfaatkan masa kita untuk perkara yang berguna di dunia dan akhirat. Hindarilah perkara-perkara yang melalaikan.

Rasulullah SAW , bersabda : 

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ،
 وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ 
“Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR Al-Hakim; sanadnya shahih)  

1. "Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu".
2. "Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu"
3. "Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu".
4. "Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu".
5. "Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu".
CARILAH SATU JAM TAMBAHAN SELAIN 24 JAM YANG KITA ADA SETIAP HARI.


#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan