* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 14 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-104 2018 14 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-104 2018
14 April 2018
27 Rejab 1439H

Sabtu

CARI MASA TAMBAHAN 

Setiap orang mempunyai peruntukan masa yang sama setiap hari.
Bagaimana kita mengurus masa tersebut adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing.

KITA ADA MASA 24 JAM SEHARI SEMALAM

Boleh ke kita tambah 1 jam extra kepada 24 jam sediada? Jadikan ia 25 jam sehari semalam. 

atau tambah 1 hari extra kepada 7 hari seminggu sediada? Jadikan ia 8 hari seminggu. 

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah... .
Terapkan dalam diri bahawa kita sentiasa ada masa untuk melakukan lebih banyak perkara.
Ini satu permulaan yang baik untuk kembara kehidupan seterusnya. 

Tidak semua orang mampu melihat dan menghargai faktor x ini...(menjana lebih masa setiap hari) jika mereka sentiasa mempunyai lebihan masa setiap hari. Kenapa perlu jana lebih, sedangkan masa yg ada sudah mencukupi.?

Keperluan dan dorongan bagi menjana sejam masa tambahan (ataupun lebih) cuma boleh dirasai dan dihargai oleh mereka yang sentiasa tidak cukup masa... yang mana beban kerja dan kehendak kerja melebihi masa sediada.

Maka , dalam keadaan yg terdesak, mereka perlu tahu dan kreatif menguruskan defisit masa mereka.

Hanya dua pilihan di depan mereka :

1) Menolak kerja tambahan (yang memberi kesan kepada produktiviti mereka dan organisasi) atau..

2) Menjana masa tambahan, jika mampu.

Pilihan pertama bukanlah bagi mereka yg mahu memanfaatkan masa mereka ke tahap terbaik.
Carilah keberkatan dalam mengurus masa kita. 

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan