* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 17 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-107 2018 17 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-107 2018
17 April 2018
1 Syaaban 1439H

Selasa

KITA HANYA TAHU SIBUK KITA


Kita diberikan amanah besar untuk mengurus kehidupan di dunia ini. Tiada makhluk lain yang sanggup menerima jawatan Khalifah di muka bumi ini. Hanya manusia yang sanggup. 

Manusia diberikan akal bagi memenuhi tuntutan kekhalifahan tersebut. 
Dan kerana adanya akal juga menjadi sebab kita ditaklifkan (dipertanggungjawabkan)  dengan pelbagai tuntutan Fardhu A'in dan Fardhu Kifayah yang lain. 

Manusia diaturkan dengan pelbagai peranan dan tugas oleh Allah SWT. Kita mula disibukkan dengan urusan dan peranan masing-masing. 
Kadang kala kesibukan tersebut membatasi pergaulan sosial kita dan juga ibadah khusus kita. 
Sehingga satu peringkat,  kemungkinan kesibukan tersebut melalaikan kita dan makin jauh daripada Yang Maha Pencipta. 
Sanggupkah kita berkata.. 

KAMI SIBUKLAH YA ALLAH. 

Sesibukmanapun kita dengan tugas-tugas tertentu yang ditugaskan secara hakiki atau tugas khas atau yang datang secara tiba-tiba, jangan lupa bahawa di sana ada ramai lagi orang lain yang lebih sibuk daripada kita. 

Sibuk setiap individu tidak sama antara satu dengan yang lain. Kadangkala kesibukan tersebut,  Allah datangkan untuk menambah nilai... dan ada ketikanya juga didatangkan untuk melalaikan kita atau sebagai kifarah dan sebagainya. 
Kesibukan yang hanya dirasai dalam satu bidang,  tidak sama dengan kesibukan dalam pelbagai bidang dan tanggungjawab.. 
Kalau kita rasa kita sibuk,  sedarlah bahawa orang lain juga sibuk. 
Kalau kita rasa sibuk hanya dalam satu perkara sahaja,  sedarlah bahawa orang lain yang uruskan banyak perkara, jauh lebih sibuk daripada kita. 

Positifkan kesibukan untuk manfaat di dunia dan akhirat. Carilah barakah di celah masa. 

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan