* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 20 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-109 2018 19 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-109 2018
19 April 2018
3 Syaaban 1439H

Khamis

KECILNYA NILAI SEDEKAH


Kadang kita begitu bakhil dengan Allah SWT. Nak bersedekahpun, kita banyak menyisihkan harta yang dianugerahkan Allah.
Dalam banyak keadaan, kita amat boros dengan dunia, kita pandang sepi kepada bekalan kehidupan yang abadi selepas mati.
Begitu kecil nilai mata wang, bila kita pergi membeli belah. Betapa kicil nilai ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk kosmetik di dunia.
Kadang kita rasa RM1.00 agak besar untuk disedekahkan. Kalau ada yang lebih kecil, mungkin yang kecil itu dipilih untuk sedekah.
Ketika ada yang mengemis atau meminta derma, wang mana yang kita pilih?
Ketika tabung masjid lalu depan kita, wang mana yang kita masukkan?

Tapi itu semua ukuran nilai di dunia.. Apa yang Allah nilai ialah kesucian hati kita, bukan pada nilai mata wang.

Imbangilah.... jadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadah.
Jadikannya sedekah.
Dalam banyak keadaan Allah SWT datangkan kunci pintu syurga tanpa disangka.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan