* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Rabu, 25 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-115 2018 25 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-115 2018
25 April 2018
9 Syaaban 1439H

Rabu

KEUTAMAAN ORANG YANG CEMERLANG

Sikap mengutamakan apa yang penting. (First thing first). Perkara ini sebenarnya diambil daripada banyak tulisan warisan Islam yang dikaji oleh para ilmuan. 
Rasulullah  صلّي الله عليه وسلّم   amat mengambil berat perkara ini. Baginda sentiasa mengutamakan orang yang lebih perlu atau siapa yang lebih utama didahulukan.
Samada dalam pembahagian harta nafkah atau pembahagian zakat. Begitu juga dalam tindakan, perkara yang wajib perlu diutamakan dari yang sunat dan begitulah seterusnya. 

Apabila kita kaji dengan teliti apakah perkara penting yang kita senaraikan dalam hidup kita? Kita selalunya senaraikan apa yang paling penting itu adalah agama, seterusnya keluarga seterusnya pencapaian dalam pelajaran atau pekerjaan, pencapaian yang cemerlang dalam perniagaan dan juga gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan.  

Jarang sekali kita senaraikan apa yang penting itu seperti menonton TV, bermain game, slam atau meluangkan banyak masa dengan gajet atau bersembang kosong di media digital dan lain lain.
Namun ramai dalam kalangan kita menghabiskan banyak masanya pada perkara yang tidak penting. Jadi di mana kita letakkan perkara yang penting dalam kehidupan kita?

Mulakan yang terlebih utama.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan