* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 3 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-93 2018 3 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-93 2018
3 April 2018
16 Rejab 1439H
Selasa

TEGUR@NASIHAT

Memang betul, kubur kita lain-lain.
Dosa dan pahala kita juga lain-lain. Tapi seorang Imam kena tanggung kekurangan makmumnya... begitu juga seorang pemimpin, mereka perlu menyerap semua kesilapan dan kelemahan orang yang dipimpinnya.
Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab atas semua yang dibawah kawalannya.
Ia satu amanah...

Kita juga sering disentap dengan kata-kata....
" KAU JAGA KAU PUNYA KAIN, AKU JAGA AKU PUNYA KAIN "
Tapi kan......
"TAKKAN BILA KAIN KAU KOYAK, AKU NAK BIARKAN ORANG LAIN GELAKKAN ENGKAU.?"
TAKKAN NAK BIARKAN NAMA BAIK KUMPULAN KITA ROSAK... ATAU PERJALANAN ORGANISASI TERGANGGU@TERHENTI LAMA UNTUK MEMBETULKAN KAIN YANG KOYAK.. 

Dalam banyak keadaan tuan punya kain tak perasan kainnya koyak... 
Atas sebab itu Allah hantar insan lain yang boleh melihatnya.  

Ada sebab Allah hantar orang untuk menegur kita...bukan saje-saje..
Allah hantar mesej teguran melalui pelbagai cara.
Kadangkala melalui kawan kita.. 
Kadangkala melalui ketua kita.. 
Kadangkala melalui binatang ternakan kita. 
Kadangkala melalui bintang liar... mungkin anjing atau lainnya..  
Kadangkala melalui satu babak dan sebagainya.
Kadangkala Allah tegur kita melalui anak, isteri kita.

Ada sebab orang tegur silap kita.
Ada sebab orang menasihati kita.
Cubalah dengar sekali-sekala.
Mana tahu ia menjadi asbab kita ke syurga Allah.

Daripada situ kita akan belajar banyak perkara sebenarnya. Pandangan mata kita tidak sama.
Sudut pandang kita juga tidak sama.
Di sana ada terdapat titik buta yang hanya boleh dilihat oleh orang lain. 

BERKAWANLAH DENGAN ORANG YANG BOLEH MEMANDU KITA KEPADA KEBAIKAN, BUKAN KEPADA KEJAHATAN.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan