* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 7 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-96 2018 6 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-96 2018
6 April 2018
19 Rejab 1439H
Jumaat


Pilihan Sukar.

Dalam banyak keadaan kita dihambat oleh keperluan dan kehendak yang datang daripada pelbagai arah. Hambatan ini membuatkan kita sukar untuk membuat keputusan yang tepat di celah persimpangan iman, nafsu dan desakan.

Persimpangan boleh berlaku di celah kebaikan dan yang terbaik.
Persimpangan juga boleh berlaku di celah kebaikan dan keburukan.
Persimpangan juga boleh berlaku di celah keperluan dan kehendak.

Bagaikan permata di celahan kaca, kerdipnya sukar dibezakan.
KepadaMu Tuhan ku pasrah harapan, moga tak tersalah pilihan.

Buatlah pilihan dengan bijak... Jika tersilap kembalilah semula kepada yang benar.
Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku di sekeliling kita. Itulah didikan Allah kepada kita secara tidak langsung.

Kadangkala kita tersilap langkah semasa menempuh kehidupan di dunia ini..
Tiba-tiba kita tersentak lalu tersedar... Maka cepat-cepat kembali kepada Allah SWT, kembalikan ke pangkal jalan. 
Semua  itu adalah membuktikan bahawa Allah SWT sayang kita. 

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan