* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 5 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-125 2018 5 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-125 2018
5 Mei 2018
19 Syaaban 1439H

Sabtu

KESAL DIPERLAKUKAN


Antara lintasan hati yang datang secara sepontan atau mungkin ketika kita rasa putus asa, terdetik di hati dengan penuh kekesalan .. 
KENAPA ORANG PERLAKUKAN KITA BEGITU DAN BEGINI ?
RASA SEPERTI ORANG TIDAK ADIL DENGAN KITA.

Bisikan negatif mula menghantui kita.
Kenapa orang lain tidak bersama-sama kita walaupun kita seorang ketua.
Mungkinkah kita sebagai ketua yang tidak diakui. Satu persatu muncul tanda protes dan penolakan dicelah penerimaan.
Sebagai pengikut, mungkin kita rasa tidak dihargai, dizalimi secara tidak adil dan sebagainya. Mungkin juga rasa macam takde orang lain ke, asyik kita je yang kena buat itu dan ini.

Itu semua tanda bahawa syaitan dah mula cuba untuk menguasai diri kita sehingga kita lupa janji dan ketentuan Allah SWT.
Positifkan dulu dengan membisikkan dalam hati bahawa aku boleh buat. Kemudian terus melawan sifat negatif tersebut dengan memikirkan kenapa aku dipilih oleh Allah SWT untuk melalui semua ini?
Ambil sedikit masa untuk bermuhasabah dengan mencari punca dan asbabnya. Mungkin berpunca daripada diri kita sendiri.
Mungkin juga sebagai balasan Allah atau ujian Allah.
Mungkin kita pernah melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
Sementara itu juga, cubalah kenali diri kita lebih mendalam.
Kenalilah orang-orang di sekeliling kita supaya kita lebih berhati-hati. Perbaiki diri dan seterusnya berserah kepada Allah SWT. 
Pelbagaikan pendekatan dalam urusan kita. Mungkin kepelbagaian itu boleh membuka hati sesiapa sahaja dan menggerakkan organisasi kita ke arah yang lebih baik.

DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan