* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Isnin, 21 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-141 2018 21 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-141 2018
21 Mei 2018
5 Ramadan 1439H

Isnin

REALITI YANG DISEMBUNYIKAN

Dalam banyak keadaan yang terdesak, pemikiran kita kadang-kadang terhijab untuk menyatakan realiti. Kita menafikan hakikat yang sebenar dengan penceritaan dan fakta yang agak berbeza dan kurang jelas dengan tujuan tertentu.

Mungkin untuk kepentingan diri sendiri atau lainnya.
Ada orang kata, itu adalah sikap bermuka-muka. Iaitu menutup sesuatu dengan sesuatu yang lain bahkan jauh daripada hal yang sebenar.
Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dalam sesuatu organisasi, maka organisasi tersebut boleh musnah.
Contoh : Kita sanggup mengaburi ketua kita dengan maklumat-maklumat yang tidak tepat, bahkan mungkin direka-reka dengan bertujuan hanya untuk mengambil hati ketua atau sebagainya. Akhirnya ketua akan membuat keputusan@penyelesaian yang jauh menyimpang daripada permasalahan yang sebenar. Isu sebenar tidak akan selesai dengan pendekatan ini.

Terimalah realiti yang berlaku dengan hati yang terbuka. Bermuhasabahlah dan carilah penyelesaian yang terbaik dengan mengambil kira semua aspek dan sudut pandang yang berbeza. Jauhilah sikap bermuka-muka.


#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat


0 komen ::

Catat Ulasan