* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Ahad, 5 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-217 2018 5 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-217 2018
5 Ogos 2018
23 Zulkaedah 1439H
Ahad

Mula mengenal siapa diri kita sebenarnya.

Dalam sesebuah organisasi ataupun juga persahabatan, emosi kita mungkin terganggu dengan pelbagai kerenah manusia yang sering berlaku di depan mata.
Dalam banyak keadaan seolah-olah kita banyak menghabiskan masa kita kerana mengurus kerenah tersebut sehingga terjejas kerja dan halatuju sebenar organisasi yang lebih utama.

Mungkinkah itu faktor utama sesebuah organisasi tidak bergerak lancar dan terus maju ke hadapan?

Masa terus berlalu...pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan untuk membentuk sesebuah organisasi kembali kepada landasan asal. Usaha berterusan dibuat untuk membentuk warga kerja yang mantap.

Perasaan kita bercampur baur antara gembira, kesal, putus asa, rasa terpinggir, dihargai, disayangi, dihormati, dibenci, dipura-purakan dan sebagainya.
Positif dan negatif datang serentak atau bersilih ganti.
Mungkin juga ianya berpunca daripada diri kita sendiri atau orang lain atau persekitaran kita.

Dalam tempoh tertentu, kita akan mula mengenali diri kita yang sebenar.
Kita mula dapat mengukur tahap penerimaan dan penolakan orang sekeliling kita. Ianya boleh diukur dengan pelbagai alat dan kaedah serta pendekatan yang kita sendiri boleh aturkannya tanpa sedar dan disedari oleh orang sekeliling kita.
Bila kita sedar, apa nak buat?

Teruskan?
Keluar daripada kumpulan?
Buat kerja seorang diri dan tidak lagi bergerak dalam kumpulan?
Putuskan?
Reda?
Perbaiki diri?
Cari punca sebenar?
Buat tak tahu?
Buat tak kesah?
Anda stress ..?????
Semua benda tak menjadi… tak didengari …tak diambil cakna? Hmmm… dah mula rasa sia-sia berada di satu tempat dan cuba mencari tempat lain yang lebih baik.

JANGAN BERPUTUS ASA KERANA KITA ADA ALLAH, TUHAN SEGALANYA.
Mintalah pertolongan Allah SWT. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::

Catat Ulasan