Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-219 2018
7 Ogos 2018
25 Zulkaedah 1439H
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-219 2018
7 Ogos 2018
25 Zulkaedah 1439H
Selasa
ERTI
SEBUAH PERSAHABATAN DI USIA SENJA
Apabila
usia telah senja kita akan benar-benar menghayati dan menghargai kasih sayang
sahabat, kejujuran & kesetiaan lantas hidup kita akan terasa sepi dan sunyi
seandainya bersendirian tanpa rakan, teman dan sahabat.
Apabila
telah tua barulah kita tahu erti sahabat yang paling rapat kerana bukan saja
menjadi seorang kawan, tetapi melebihi daripada itu kerana seorang sahabat
lebih mengenali diri dan memahami hati kita.
Hidup
bersahabat perlu mempunyai kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran dalam apa juga
keadaan sekalipun, malah sanggup berkongsi kesusahan, kesedihan, kesenangan dan
kegembiraan.
Persahabatan
yang erat semestinya perlu menjaga adab dan sopan dalam pergaulan seperti
menjaga hati, amalkan sikap bantu membantu di samping menjaga tutur kata dan
tingkah laku. Kita perlu mempertahankan nama, maruah dan diri sahabat kita
daripada tercemar jika berlaku sesuatu pengkhianatan terhadap sahabat kita.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
0 komen ::
Catat Ulasan