* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Isnin, 27 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-240 2018 27 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-240 2018
27 Ogos 2018
16 Zulhijjah 1439H

Isnin 


Serpihan Yang Hilang

Dalam banyak keadaan dan situasi,  kita rasa hati kita kosong. Ada sesuatu yang tak kena dengan diri kita. Tiada ketenangan. . Jiwa kita jadi kosong. 
Ini mungkin menyebabkan kita rasa sunyi,  sepi,  gelisah,  gundah gulana... stress.. 

Macam-macam kita buat. Ada yang memilih hiburan sebagai jalan penyelesaiannya.
Ada yang cuba mengisi kelompangan itu dengan cinta. Kadangkala cinta yang tidak hala menjadi pilihan sehingga menghampiri zina atau sebagainya. 

Ada juga mengisi kekosongan hati itu dengan gelak ketawa dan berbual kosong atau buat-buat cerita. 

Ada juga yang suka menonton filem,  drama,  main game dan meluahkan perasaan dalam media sosial. 

Tapi.. .. hati masih terasa kosong. 
Serba serbi rasa tak kena.. 
Sehingga satu peringkat,  kita mula sedar bahawa pengisian hati sebelum ini adalah salah. 

Kekosongan hati itu sebenarnya mempunyai bentuk yang unik. Ia tidak boleh diisi dengan sewenang-wenang dengan apa saja yang terlintas di fikiran kita. Jika tidak, sampai bila-bila kita takkan berjaya menyelesaikan kebuntuan dan misteri kesunyian hati.

Apakah serpihan terakhir yang kita lupakan itu?

Sebenarnya kita semua tahu, apakah yang sepatutnya mengisi kekosongan hati kita. Tapi kita berdegil. Tetap tak mahu isi dengan yang selayaknya. Kita paksa kekosongan itu diiisi dengan serpihan-serpihan lain, sehingga hati menjadi rosak dan mula terkoyak.

Renung-renungkanlah... Mengapakah selepas melakukan pelbagai perkara, hati kita masih rasa kosong... Boleh jadi, selama ini kita mengisinya dengan sesuatu yang salah.

KEMBALILAH KEPADA YANG ASAL. 


#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::

Catat Ulasan