* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Jumaat, 31 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-243 2018 30 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-243 2018
30 Ogos 2018
19 Zulhijjah 1439H
Khamis


"Jaga tepi kain sendirilah,  tak payahlah nak jaga tepi kain orang. "
Kita sering mendengar rungutan atau respon tersebut dalam pergaulan kita dalam sesebuah organisasi, persahabatan dan masyarakat. 

Bagi yang degil dan sombong,  akan merasa sentap bila ditegur. Mungkin mereka tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. 

Seorang kawan yang baik akan sentiasa ingat mengingat sesama kawan. 
Seorang pemimpin yang baik akan memastikan semua anggota yang dibawah kawalannya berada dalam keadaan yang baik... ikut peraturan,  berdisiplin,  berakhlak mulia dan sebagainya. 

Itu semua adalah satu tanggungjawab... kalau boleh kita nakkan semua rakan kita dan anggota di bawah kawalan kita bersama-sama masuk syurga. 

Bagi yang tidak memahami taklif@tanggungjawab ini, mereka akan terus meronta dan melahirkan rasa tidak puas hati. 
Ini akhirnya akan menimbulkan konflik tanggungjawab dan popular.. Biasanya pemimpin yang tidak membetulkan keadaan dan sebaliknya membiarkan salah laku anggotanya beterusan akan jadi popular. Baguslah dia ni,  tak pernah ambil tahu hal orang lain. . Sedangkan sebenarnya ia adalah satu tanggungjawab yang diabaikan. 

Bagi pemimpin yang sering menggalas dan cuba melaksanakan tanggungjawab tersebut akan menjadi tidak popular bahkan akan dibenci. 
Inilah dunia akhir zaman.. 

Kembalilah kepada yang hak. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::

Catat Ulasan