* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 15 September 2018

TITIK POSITIF HARI KE-258 2018 14 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-258 2018
14 Sept. 2018
4 Muharram 1440H
Jumaat

Prinsip Bersendiri

Sesebuah organisasi yang hebat memerlukan sistem penyiaran dan penyampaian yang hebat. 
Penyampaian serta merta dan tepat boleh menentukan kelajuan sesebuah organisasi.

Budaya mendengar,  mencatat dan menyampaikan 
serta tindakan serta merta penting dalam sesebuah organisasi.
Penyebaran maklumat yang tepat dengan cepat kepada semua anggota organisasi atau kelompok kecil mengikut bidang dan tugasan amat penting kepada sesebuah organisasi supaya tindakan boleh diambil serta merta. 

Informasi yang diperolehi oleh seseorang anggota organisasi bukan hak eksklusif individu,  tapi hak organisasi. 
Sampaikanlah tanpa prejudis dan mematuhi akta rahsia rasmi atau peraturan yang berkuat kuasa sekarang. 

Salah satu punca kelemahan sesebuah organisasi yang tumbang ialah kerana lemahnya sistem penyampaian dan penyiarannya. Budaya menunggu dan silo mengekang tindakan proaktif. 
Sampaikanlah....... 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku

0 komen ::

Catat Ulasan