Assalamu
a’laikum wrth
Salam
Mahabbah
TITIK
POSITIF HARI KE-19 2018 - 19/1/2018
2
Jamadil Awwal 1439H
SABAR
ANUGERAH TERINDAH
Kenyataan hidup di dunia yang penuh dengan ujian, musibah
dan cabaran sebenarnya menuntut kita semua untuk mempersiapkan diri dengan
bekalan yang ampuh iaitu sabar. Allah SWT telah mengingatkan kita tentang
hakikat kehidupan di dunia yang tidak sunyi daripada ujian dan musibah. Saban
hari kita juga dihidangkan dengan pelbagai berita musibah dan ujian yang
terpaksa dihadapi oleh ramai manusia di sekeliling kita seperti kekecewaan,
kehilangan, kemalangan, kematian, dan pelbagai kerenah manusia. Tambahan lagi
berlaku konflik nilai dalam hubungan sesama manusia dalam sesuatu organisasi
atau masyarakat. Konflik nilai dan etika juga boleh berlaku antara pemimpin dan
yang dipimpin.
Kita balik kepada perkara pokoknya, iaitu cabaran dan ujian
Allah SWT hanya berikan kepada orang-orang yang terpilih…. Allah sendiri yang
pilih.
Kesabaran amat penting. Allah janjikan sesuatu yang lebih
besar, bila kita sabar.
Hikmah Sabar :
- Kesejahteraan,
rahmat dan hidayah.
- Penghapusan
dosa.
- Ganjaran
pahala tanpa hisab.
- Kelayakan
untuk tinggal di Syurga.
Be
patient + seeking for forgiveness =
peaceful mind.
Dunia
akan damai bila ramai orang yang melestarikan sabar dalam diri mereka.
Dan….kiranya
tak ramai orang yang sabar, tidak salah kiranya kita yang ada ni, jadi minoriti.
Bak
lagu Michael Jackson "Man In the Mirror";
"If
you wanna make the world a better place
Take
a look at yourself and then make a change"
Mulakan
dengan diri sendiri.
Tenang
seadanya.
#MersingHebat
#MengupayakanOrganisasi