* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 27 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-27 2018 - 27/1/2018 10 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-27 2018 - 27/1/2018
10 Jamadil Awwal 1439H
Sabtu

Al-Hamdulillah.. hari ini Si Kerdil suka mengambil manfaat dan keluarkan teks bahasa asal video yang telah dikongsikan sebelum ini yang bertajuk MAAF.

"MAAF.. Kalau kita ribut dengan Guru, walaupun kita menang, keberkahan menuntut ilmu akan hilang."

"MAAF.. Kalau kita ribut dengan keluarga, walaupun kita menang, hubungan kekeluargaan akan renggang."

"MAAF.. Kalau ribut dengan pasangan, walaupun kita menang, perasaan sayang pasti akan berkurang."

"MAAF.. Kalau ribut dengan kawan, walaupun kita menang, yang pasti akan kekurangan kawan."

"MAAF.. Kalau ribut dengan rekan sekerja, walaupun kita menang, tiada lagi semangat bekerja dalam tim."

"MAAF.. Kalau ribut dengan pelanggan, walaupun kita menang, pelanggan tetap akan komplain."

"MAAF.. Kalau kita ribut dengan boss, walaupun kita menang, tiada lagi masa depan di tempat itu."

"MAAF.. Kalau kita ribut dengan siapapun, walaupun kita menang, kita tetap kalah. Yang menang .. cuma ego diri sendiri. Tugas besar kita ... mengalahkan ego diri sendiri..!"

Renungan bersama : 

APABILA MENERIMA TEGURAN, TIDAK USAH TERUS MELEDAK.
BERSYUKURLAH.., MASIH ADA YANG MAU MENEGUR KESALAHAN KITA..
MAAF... 

Tonton video asal di bawah :


#MersingHebat

Jumaat, 26 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-26 2018 - 26/1/2018 9 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-26 2018 - 26/1/2018
9 Jamadil Awwal 1439H
Jumaat

BAHAGIA ADALAH PILIHAN
Membangkitkan kedewasaan spiritual, menciptakan kebahagian total.

Bahagia itu pilihan, begitu juga derita.. kedua-duanya bermula daripada batin kita, bukan daripada orang lain atau persekitaran kita.
Nikmat dan kejayaan boleh mendatangkan bahagia dan derita. Begitu juga musibah.
Semuanya bergantung kepada kedewasan spiritual kita.

Dewasakan spitirual kita seiring umur kita. Semailah dengan ilmu dan keikhlasan.

#MersingHebat
#MengupayakanOrganisasi

TITIK POSITIF HARI KE-25 2018 - 25/1/2018 8 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-25 2018 - 25/1/2018
8 Jamadil Awwal 1439H
Khamis

MENGURUS PERSEPSI

Persepsi merupakan pendapat umum mengenai sesuatu perkara. Persepsi terbentuk melalui interaksi, pengamatan dan proses penyampaian maklumat yang berlaku dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Persepsi semakin mudah dibentuk disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat yang berlaku dengan pesatnya. Maklumat-maklumat yang diterima akan diproses dan membentuk persepsi individu yang menerima maklumat tersebut. 

Pengurusan yang pertama dan utama yang perlu dilakukan untuk menguruskan sesebuah organisasi atau kumpulan manusia ialah pengurusan persepsi. Menguruskan tanggapan dan pendapat umum mengenai sesuatu perkara akan membantu melicinkan proses interaksi yang seterusnya.


Seorang pengurus dan pemimpin yang baik, perlu memberikan "First Impression" yang baik dengan individu yang berada di bawah tanggungannya. First impression ini adalah contoh persepsi yang selalu berlaku.  Walaupun persepsi bukanlah kenyataan yang sebenar, ianya mampu mencorak dan mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang.

Maka uruskanlah persepsi kita dan rakan-rakan yang berada di sekeliling kita supaya persepsi yang dibentuk ialah persepsi yang sihat dan benar.

#MersingHebat
#MengupayakanOrganisasi
Rabu, 24 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-24 2018 - 24/1/2018 7 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-24 2018 - 24/1/2018
7 Jamadil Awwal 1439H

Sistem penyampaian dalam sesuatu organisasi amat penting.
Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi sesuatu organisasi.
Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap juga perlu bagi memenuhi tuntutan pelanggan atau anggota organisasi di peringkat akar umbi.

Dalam konteks ini, transformasi perkhidmatan mestilah dirancang dengan lebih teliti dengan merangka langkah strategik yang jelas dan tepat bagi memastikan ianya menepati keperluan semasa sesebuah organisasi. 
Semua peringkat dalam organisasi perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjayakan agenda transformasi.
Penambahbaikan dalam kaedah penyampaian perlu ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan semua dasar dan strategi perkhidmatan sesebuah organisasi sampai kepada semua anggota organisasi dan pelanggannya dalam masa yang singkat.
Penambahbaikan tersebut perlu seiring dengan perubahan teknologi semasa dan disambut oleh semua anggota serta pelanggan.
Nilai kesegeraan dan sikap responsif perlu dilestarikan di semua peringkat, samada di peringkat atasan mahupun bawahan.. di peringkat kepimpinan dan juga kepengikutan.

Bagi daerah Mersing, kita telah menambahbaik sistem penyampaian kita selari dengan teknologi semasa, namun pendekatan sediada masih diteruskan ..dan ia berjalan serentak.
Dengan penggunaan media sosial dalam sistem penyampaian kita, ianya lebih cepat dan tindakan dapat diambil serta merta.
Namun begitu, penyampaian kita akan terhenti, bila ianya tidak disambut ataupun tidak mendapat apa-apa respon daripada pihak yang menerima. Kelancaran kerja buat kita juga akan terganggu dan mungkin akan menimbulkan pelbagai persoalan lain yang melibatkan penerimaan peribadi atau sebaliknya.
Ataupun mungkin terdetik seolah-olah tidak mendapat sokongan organisasi, ditolak, tidak diendahkan, tidak percaya atau sengaja untuk mengagalkan apa-apa agenda yang telah diusahakan.
Sekiranya perkara ini berlaku, kita perlu kembali kepada yang asas, kenali diri sendiri dan kenalpasti apa peranan kita. Apa sepatutnya kita buat?

Justeru itu, jawablah bila dipanggil.
Berikan respon sesegera yang mungkin.
Tingkatkan nilai akses.
Mudah dihubungi atau diakses.
Bersegeralah.
Jujurlah kepada diri sendiri.
Setialah kepada organisasi.


#MersingHebat

#MengupayakanOrganisasi
Selasa, 23 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-23 2018 - 23/1/2018 6 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-23 2018 - 23/1/2018
6 Jamadil Awwal 1439H

TEROKAI ILMU.. Kiranya kita mengetahui sesuatu perkara, ia tidak bermakna kita tahu segalanya.
Kiranya kita tidak tahu sesuatu perkara, ia tidak bermakna kita tidak tahu semua perkara.

Dalam sesuatu organisasi setiap anggota perlu memahami tugas dan peranan masing-masing.
Penguasaan dan penghayatan tentang amanah tersebut perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan bagi mencapai halatuju organisasi.

Jangan jadikan alasan tidak tahu sebagai tiket utk tidak melaksanakan tugas tersebut...Semuanya bermula daripada tidak tahu. Sikap ambil tahu dan cakna amat penting, dan dia adalah kekuatan dalam satu-satu organisasi.
Berfikir bukan untuk sendiri sendiri, tapi untuk organisasi yang lebih luas. Menunggu dan menepis tugas tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan menambahkan masalah kepada organisasi.
Fahami taklif dan tanggungjawab.
Tapi jangam lupa.... ADAB kena jaga.

Apa beza kolek dan sampan?
Mana panjang dari perahu?
Apa guna cantik dan tampan?
Adab kurang, mengaji tak mahu!

#MersingHebat
#MengupayakanOrganisasi
Isnin, 22 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-22 2018 - 22/1/2018 5 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-22 2018 - 22/1/2018
5 Jamadil Awwal 1439H

HATI TENANG

Untuk hati kita jadi tenang, jangan hasad dengki dengan orang lain.
Jangan berdendam dengan orang lain.
Orang buat jahat dengan kita, lupakan, jadikan pengajaran dan muhasabah.
Mungkin kita juga punya sikap yang sama.
Doakan kebaikan untuk semua orang.
Insya Allah hati akan lebih tenang dan lapang.

Abadikan hasrat slogan Mersing Hebat dalam hati kita.
  • HIKMAH
  • EFEKTIF
  • BADAR
  • AMANAH
  • TAWAKAL
#MersingHebat
#TindakanSealimKata
Ahad, 21 Januari 2018

SOP Khidmat Meja Bantuan Tablet Guru

Reaksi :  
SOP Khidmat Meja Bantuan Tablet Guru : https://drive.google.com/file/d/1t1zinaiKLfhNdqM4-6f3vNzwEXSZwfZb/view

TITIK POSITIF HARI KE-21 2018 - 21/1/2018 4 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-21 2018 - 21/1/2018
4 Jamadil Awwal 1439H

SAHABAT ANUGERAH TERINDAH

Adakala kita bersalah..
Allah SWT datangkan sahabat untuk menegur 

Adakala kita betul..
Allah SWT datangkan sahabat yang patut ditegur.

Adakala kita diuji..
Allah SWT datangkan sahabat untuk bantu kita.

Adakala sahabat kita diuji..
Allah SWT beri kekuatan untuk kita bantu dia.

Jadi, hargailah sahabat..
Mungkin kerana dia, kita ke syurga.
-Hamka-

Hal yang sama berlaku dalam sesebuah organisasi....rakan setugas atau rakan seorganisasi adalah sahabat dan keluarga kita.

#MersingHebat
#TindakanSealimKata