* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 3 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-34 2018 - 3/2/2018 17 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-34 2018 - 3/2/2018
17 Jamadil Awwal 1439H
Sabtu

Saling Percaya Mempercayai

Orang yang paling rendah darjatnya ialah orang yang tidak mempercayai sesiapapun dan sesiapapun tidak mempercayai.


#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-33 2018 - 2/2/2018 16 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-33 2018 - 2/2/2018
16 Jamadil Awwal 1439H
Jumaat

“ Jikalau kita letih kerana kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan akan kekal.
Namun jika kita bersenang-senang dengan dosa, maka sesungguhnya kesenangan itu akan hilang dan dosa itu akan kekal “


#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-32 2018 - 1/2/2018 15 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-32 2018 - 1/2/2018
15 Jamadil Awwal 1439H
Khamis

Menjaga Perasaan

Ketika kita menjaga perasaan orang lain, belum tentu dia boleh melakukan hal yang sama kepada kita.
Bahkan terkadang dia dengan mudahnya menyakiti kita.
Tapi tak apa….. setidaknya ketika kita tahu itu sakit, kita tidak menyakiti orang lain meskipun ternyata bahawa kita yang kemudiannya disakiti.


#MersingHebat.

TITIK POSITIF HARI KE-31 2018 - 31/1/2018 14 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-31 2018 - 31/1/2018
14 Jamadil Awwal 1439H
Rabu

Sehingga hari ini, adalah langkah terakhir di bulan Januari setelah 31 langkah kita laluinya.
Masa terus berlalu tanpa menoleh kebelakang. Perubahan juga terus berlaku secara sedar atau tidak sedar.
Ada juga orang yang telah berubah, tapi tidak sedar bahawa di telah berubah.

Orang yang baik adalah orang yang tidak merasa dirinya itu baik.
Jom teruskan usaha berbuat baik walau apapun cabaran yang dihadapi.


#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-30 2018 - 30/1/2018 13 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-30 2018 - 30/1/2018
13 Jamadil Awwal 1439H
Selasa

Malaikat tidak pernah salah.
Syaitan tidak pernah benar, selalunya salah.
Maka kita diminta saling ingat mengingat antara satu sama lain, bukan saling-saling salah menyalah atau menuding jari.
Lagi teruk bila salah sendiri ditempiaskan kepada orang lain.
Positifkan diri dengan amalan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Sabarlah sesabarnya Ulul Azmi.


#MersingHebat
Selasa, 30 Januari 2018

Tawaran Merit Scholarship Programme bagi Tahun Akademik 2018-2019

Reaksi :  
Sila rujuk lampiran yang disertakan untuk keterangan lanjut.

Surat Edaran
Lampiran II

INSTRUMEN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT-PENILAIAN KENDIRI SEKOLAH

Reaksi :  
PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT DI BAWAH INISIATIF #20 – PENILAIAN KENDIRI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa di bawah Pelan Perancangan Inisiatif #20 PPPM : Pembudayaan Kemahran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pembelajaran Abad Ke-21, pentaksiran kendiri KBAT merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negeri.

Pelaksanaan pentaksiran kendiri KBAT bertujuan memastikan sekolah:

i. melaksanakan KBAT secara menyeluruh meliputi aspek yang dinilai.
ii.membudayakan amalan Professional Learning Communities (PLC) untuk meningkatkan profesionalisme guru dalam KBAT.

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Penilaian Kendiri Sekolah yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Penarafan KBAT digunakan dalam pelaksanaan pentaksiran kendiri seperti berikut:

i.Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan – Penilaian Kendiri Sekolah
ii.Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) – Penilaian Kendiri Sekolah
iii.Kokurikulum - Penilaian Kendiri Sekolah

Sehubungan itu, kami memohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan setiap sekolah (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) dalam daerah tuan melaksanakan penarafan kendiri dengan menggunakan ketiga-tiga instrumen di atas, kecuali sekolah yang telah melaksanakan penilaian kendiri pada tahun 2016 seperti di Lampiran 1. Semua instrumen penilaian kendiri sekolah tersebut boleh dimuat turun melalui Portal Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Bersama-sama ini disertakan juga prosedur pelaksanaan penilaian kendiri sekolah seperti di Lampiran 2 untuk rujukan pihak sekolah.

Pihak tuan perlu menghantar Skor Kelayakan penarafan yang diperolehi dari setiap sekolah dalam daerah tuan kepada Pegawai Meja KBAT di JPNJ pada atau sebelum 28 Februari 2018. Sila hubungi En Junit bin Yasir, Penolong Pengarah Sains di talian 019-7351360 / 07-2310172 untuk sebarang pertanyaan. Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN
 Instrumen Penilaian Kendiri KBAT (KOKURIKULUM) 2017 (-- Sila Pilih --)
 Instrumen Penilaian Kendiri KBAT (PdP) 2017 (-- Sila Pilih --)
 Instrumen_Penilaian_Kendiri_KBAT (Lain-Lain)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sehubungan itu, mohon tuan selaku pentadbir sekolah memastikan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dilaksanakan sepenuhnya di sekolah tuan. Nombor Kawalan Dokumen SPSK Sekolah seperti dilampiran A. Sila cetak Dokumen Kualiti SPSK baharu bertarikh 1 Januari 2018 Keluaran 05 Pindaan 00 melalui pautan yang diberikan.

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohd Fakarudin Bin Hussain, Pen. PPD Menengah (Murid) di talian 07-7991269

Sekian, terima kasih


Link : http://spsk.firdz.net

Lampiran :
SPSK_Jan2018.zip
NO_KAWALAN_SPSK_MERSING.pdf

Bersama -sama ini dilampirkan surat JPA4006.KEW/400-1/2/4/1 Jilid.18 (79) bertarikh 22.01.2018 untuk makluman pihak tuan.

Lampiran :
ralat_jadual_hantar_gaji22012018.pdf
Isnin, 29 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-29 2018 - 29/1/2018 12 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-29 2018 - 29/1/2018
12 Jamadil Awwal 1439H

INSAFI KESILAPAN DAN DOSA

Manusia tidak terlepas daripada dosa dan kesilapan, syaitan suka dan gembira bila kita berterusan melakukan kesilapan, apa lagi kiranya kita terus berdabik dada dengan dosa atau kesilapan yang dibuat, ataupun terus menegakkan benang yang basah dengan penuh rasa keegoan… dan rasa diri sentiasa betul.

Jom kita buat syaitan sedih… jadikan dosa dan kesilapan yang lalu sebagai titik tolak kepada keinsafan lalu bermotivasi dengan menggandakan amal kebaikan, betulkan kesilapan dan merendah diri.

Sesungguhnya, menyedari diri berdosa, akan mampu mengelakkan diri daripada penyakit riya’ (menunjuk-nunjuk), ‘ujub (kagum dengan diri sendiri), sum’ah (suka memberitahu orang lain amal baiknya) , takbur (sombong) dan sifat munafik.(bermuka-muka)

Jauhi syaitan dalam diri kita, perbaiki sikap bermula daripada hati.

#MersingHebat

#MengupayakanOrganisasi
Ahad, 28 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-28 2018 - 28/1/2018 11 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-28 2018 - 28/1/2018
11 Jamadil Awwal 1439H
Ahad

BAKTI SEUSIA.

Marilah kita gunakan usia yang ada ini untuk berbakti semaksimum yang boleh. Ia sekaligus usaha untuk mentaati Allah SWT dengan menyahut taklif dan amanah yang telah diberikan kepada kita.

DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.

Usia kita tidak lama, sekejap sahaja.Setiap hari umur kita makin pendek dan makin dekat kita menghampiri saat kematian bertemu Ilahi.

Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam...

H - Hikmah
E - Efektif
B - Badar
A - Amanah
T - Tawakal

#MersingHebat