* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 10 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-41 2018 - 10/2/2018 24 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-41 2018 - 10/2/2018
24 Jamadil Awwal 1439H
Sabtu

Setiap hari yang berlalu pastinya ada banyak kisah menarik yang berlaku. Begitu juga kisah yang tidak menarik.
Setiap hari senaraikan sekurangnya 5 perkara baik (Top Five) dan 5 perkara buruk (Bottom Five) yang berlaku sepanjang hari tersebut.
Muhasabahkan diri kita sendiri dengan apa yang kita nilai sendiri dengan jujur.
Yang baik, jadikan teladan manakala yang sebaliknya dijauhi sebagai sempadan.
Percaya kepada diri sendiri. Hanya diri sendiri yang mampu membantu diri kita untuk mencapai apa yang kita mahukan dengan izinnya.
Tiada orang lain kecuali diri sendiri yang perlu bangkit berjuang… gigih berusaha untuk keluar daripada kegagalan dan meraih kejayaan demi kejayaan yang berganda.
Kepada Allah SWT kita bertawakal.

#MersingHebat
Jumaat, 9 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-40 2018 - 9/2/2018 23 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-40 2018 - 9/2/2018
23 Jamadil Awwal 1439H
Jumaat

TIADA YANG SEMPURNA

Kerana kita tidak sempurnalah, kita memerlukan teguran.
Bukan bermakna kita ditegur, maka kita adalah orang yang salah…
Tetapi.. kita ditegur untuk kesempurnaan… agar kita lebih sempurna.

Orang yang tidur tidak akan tahu bahawa dirinya sedang bermimpi kecuali setelah bangun daripada tidur.
Begitu juga orang yang asyik dengan kebiasaan yang tidak sempurna atau sambil lewa. Mereka akan terjaga bila ditegur. Teguran itu bukan kerana benci, tapi kerana sayang supaya semua orang menjadi sempurna atau hampir-hampir kepada kesempurnaan.
Begitulah kita dalam satu-satu organisasi.

“ No one is perfect, without mistake. That’s why pencils have erasers.”
“ You must manage your self “

Teguran itu tidak semestinya datang daripada diri kita sendiri, ia boleh datang daripada pihak lain seperti rakan-rakan kita, binatang, cuaca, bencana dan lain-lain..
Hanya kepada orang yang boleh berfikir.

#MersingHebat
Khamis, 8 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-39 2018 - 8/2/2018 22 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-39 2018 - 8/2/2018
22 Jamadil Awwal 1439H
Khamis

DALAM SATU NAFAS, DIA CERITA TENTANG KELUARGA

“Umur saya 6 tahun, bapa saya kemalangan, patah pinggang, lumpuh, tak bekerja, emak saya terpaksa ambil alih menjaga keluarga… dan kemudian abang saya pula kemalangan… setahun selepas itu semasa umur saya 13 tahun, bapa saya meninggal dunia. Masa tingkatan dua, saya balik ke kampung, emak saya memandu kereta…, kemalangan, kereta berpusing, emak saya meninggal serta merta di tempat kejadian. Kakak saya koma, abang saya meninggal dunia. “

Huuh… terdiam seketika. Sedih bercampur kesal kerana tidak ambil tahu lebih awal..

JANGAN CEPAT MENGHUKUM SESEORANG INDIVIDU HANYA DENGAN SATU TANGGAPAN…..SEBALIKNYA SENTUHILAH JIWANYA.

“TERIMA KASIH KASIH KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA”.

(Nukilan pengalaman seorang guru mendidik anak muridnya)

Ikuti cerita seterusnya dengan menonton video berikut..


#MersingHebat

Penjelasan Penggunaan HP Dalam Kelas

Reaksi :  
Beberapa hari lepas media utama telah menyiarkan berita mengenai Guru Dilarang Menggunakan Telefon di Dalam Kelas, berikutan itu ramai yang kurang berpuas hati dengan kenyataan tersebut kerana telefon pintar memang perlu digunakan kerana mempunyai pelbagai fungsi dan bahan penting untuk pdpc.
Berikutan itu satu kenyataan media telah dikeluarkan:
7/2/2018 [KENYATAAN MEDIA - SEBARAN UMUM] ;
I’d like to clarify my statement about the usage of hand phones in school. Teachers are allowed to bring their phones to school but its usage is limited to after school hours and free periods and must not be a disturbance to the teaching and learning process. However, in today’s learning environment obviously teachers can use their phones to integrate lessons using the 21st century technology and methodology. Teachers are a fundamental and pivotal part of our education system and I’m sure they optimize their phones to enrich the teaching and learning quality. In fact, I myself know many teachers who use their own phone’s data plan for the benefit of their students and I applaud and encourage their noble effort full heartedly. – P.Kamalanathan
Saya ingin menjelaskan kenyataan saya mengenai penggunaan telefon bimbit di sekolah. Guru – guru sememangnya dibenarkan untuk membawa telefon mereka ke dalam kawasan sekolah tetapi kepenggunaannya atas urusan persendirian adalah tidak patut dan tidak boleh mengganggu proses pengajaran dan pemudahcaraan dengan murid. Guru-guru boleh menggunakan peranti mereka sebagai salah satu bahan dalam PdPc di mana ianya membantu dari segi Pendidikan Abad ke-21. Persekitaran hari ini memperlukan pengintegrasian dengan menghubungkan teknologi yang ada. Guru adalah aset yang paling penting dalam sistem pendidikan kami dan saya sedar ramai guru-guru kita mengoptimumkan sumber teknologi yang mereka ada untuk memperkayakan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan. Malah saya sendiri tahu ramai guru - guru yang menggunakan banyak peranti, telefon bimbit, tablet komputer persendirian serta plan data telefon mereka sendiri untuk menjalankan PdPc dan segala usaha tersebut, saya dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa menghargai pengorbanan guru. 
Sekian. Terima Kasih – P.Kamalanathan– P.Kamalanathan

Image may contain: one or more people, phone and text

Image may contain: text

Image may contain: text
Rabu, 7 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-38 2018 - 7/2/2018 21 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-38 2018 - 7/2/2018
21 Jamadil Awwal 1439H
Rabu

Aku pernah dengar cerita tentang dunia akhir zaman ini.
Betapa situasi kita diuji.
Oh , teman …

Manusia terus buntu
Bekenaran tak bersatu
Dan agama direndah dan dihina
Hina…

Kita terus bergaduh sesama sendiri
Musuh bersatu terus menghancuri.
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah.
Keliru hak batil dan arah tuju.

Oh! Ku,
Kadangku bertanya pada diriku.
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Ya, mungkin kau rasa ini semua normal.
Kau mungkin rasa takkan dipersoal, lalu kau diam terus berpeluk tubuh…

Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah.
Namunn bukan alasan berpaling tadah,
Walaupun kau ditentang, kau terus tabah!

Dengarilah ..
Jangan terpesona dengan putus asa.
Dan terpengaruh fatamorgana dosa.
Segeralah kau pinta pada yang Esa.

Oh…, tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak,
Terpedaya dengan musuh.

Zina, riba, judi, arak, rasuah berleluasa,
Dosa kecil, dosa besar,
Bagi mereka sama sahaja!

Oh…, jiwa kau mula kelam bila,
Hati turut hitam bila,
Sanubari suram bila,
Dan iman terbungkam bila.
Kau sanggup bermaksiat dengan tenang berjam-jam.
Namun ibadah kau tak mampu untuk berjam-jam!.

(Sedutan daripada : The Faith : Dengarilah)

AKU BUKAN SEMPURNA
AKU JUGA BUKAN MENGHUKUM
AKU HANYA MENGAJAK
AKU HANYA MENEGUR UNTUK AKU DAN SAHABAT.
 

#MersingHebat
Selasa, 6 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-37 2018 - 6/2/2018 20 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-37 2018 - 6/2/2018
20 Jamadil Awwal 1439H
Selasa

Mulailah hari ini dengan menghargai setiap hal-hal yang kecil..
Mungkin hal-hal yang kecil ini akan membuatkan kita lebih bermakna.

Hargailah semua orang. Setiap orang mempunyai potensi yang berbeza.
 

#MersingHebat
Isnin, 5 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-36 2018 - 5/2/2018 19 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-36 2018 - 5/2/2018
19 Jamadil Awwal 1439H
Isnin

“Sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi kunci pembuka kebaikan dan penutup kejahatan.
Dan di antara manusia itu juga ada yang menjadi kunci pembuka kejahatan dan penutup kebaikan.
Maka beruntunglah bagi orang yang Allah SWT jadikan sebagai pembuka kebaikan melalui tangannya dan celakalah bagi orang yang Allah jadikan kunci pembuka kejahatan melalui tangannya.”
(Riwayat Ibnu Majah)
 

#MersingHebat
Ahad, 4 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-35 2018 - 4/2/2018 18 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-35 2018 - 4/2/2018
18 Jamadil Awwal 1439H
Ahad

“Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.
Sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehingga kamu jemu.
Amalan yang paling Allah suka ialah amalan berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Allah SWT tidak jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagimana seseorang tidak jemu beramal.


#MersingHebat