Assalamu
a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK
POSITIF HARI KE-42 2018 - 11/2/2018
25 Jamadil
Awwal 1439H
Ahad
“ Aku lebih
menghargai orang yang beradab daripada orang yang berilmu…”
“ Kalau hanya
berilmu, iblispun lebih tinggi ilmunya daripada manusia. “
(Syeikh Abdul Qadir Al Jailani)
- Pentingkan adab
- Sucikan hati daripada riak dan
maksiat.
- Jauhi sikap suka berfoya-foya.
- Tak perlu sombong
- Tawadu’ (rendah diri)
- Berbakti dan hormati guru
- Hormati ketua.
Ilmu, pangkat,
jawatan, gelaran adalah anugerah dan amanah Allah… dan bukan satu alat atau
kayu ukur untuk bermegah.
Orang yang
betul-betul berilmu akan terus merasakan dirinya kerdil kerana dia sedar bahawa
lagi banyak yang dia tahu, dia makin sedar bahawa ada banyak lagi perkara yang
di luar pengetahuan.
“Sungguhpun
kita mengetahui banyak perkara, ia tidak bermakna kita mengetahui semua perkara.”
“Sungguhpun
kita jahil tentang sesuatu perkara, ia tidak bermakna kita jahil semua
perkara.”
Positifkan diri
kita dengan berusaha berterusan meneroka ilmu yang Allah titiskan ke dunia ini.
Hanya satu titik daripada lautan ilmu yang luas.
#MersingHebat