* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 17 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-48 2018 - 17/2/2018 1 Jamadil Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-48 2018 - 17/2/2018
1 Jamadil Akhir 1439H
Sabtu

Lidahmu jangan kau biarkan menyebut kekurangan orang lain.
SEBAB….
Engkaupun punya kekurangan dan orang lainpun punya lidah.
(Imam Syafie)

Muhasabah diri adalah jalan terbaik kerana kemungkinan kekurangan itu juga ada dalam diri kita.

#MersingHebat
Jumaat, 16 Februari 2018

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2018

Reaksi :  
Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA - GONG XI FA CAI kepada semua warga pendidikan Mersing yang berbangsa Tionghua .

Moga aman sejahtera dan bahagia selalu.

Sejarah... .

Gong Xi Fa Cai adalah suatu ucapan selamat Tahun baru yang jika diterjemahkan bermakna "Selamat Bertambah Kaya".
Astrologi Cina, mengikut peredaran terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, satu tahun baru Cina Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan dia mempersembahkan diri di depan dia. Hanya ada 12 binatang sahaj yang datang. Yang pertama ialahTikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Sebagai tanda berterima kasih, Buddha memutuskan menamakan setahun mengikut tiap binatang, tambahan tiap orang yang lahir pada tahun tersebut memiliki sebarang ciri-ciri dan sifat binatang itu
Wassalam.

TITIK POSITIF HARI KE-47 2018 - 16/2/2018 30 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-47 2018 - 16/2/2018
30 Jamadil Awwal 1439H
Jumaat

Jangan dikira berapa ramai sahabat yang kita ada, tetapi kiralah berapa ramai sahabat yang boleh kita percaya. Percayailah sahabat kita, nescaya mereka akan mempercayai kita.
Saling percaya mempercayai adalah satu kekuatan bagi sebuah organisasi.

#MersingHebat
Khamis, 15 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-46 2018 - 15/2/2018 29 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-46 2018 - 15/2/2018
29 Jamadil Awwal 1439H
Khamis

Jadilah orang yang tetap sejuk di tempat panas,
tetap manis di tempat pahit,
tetap merasa kecil (kerdil) meskipun telah menjadi besar,
tetap tenang di tengah badai yang hebat,
tetap senyum di celah-celah masam.

Dicelah satu-satu keadaan, ada nilai hikmah yang mungkin kita tidak menyedarinya.

#MersingHebat
Rabu, 14 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-45 2018 - 14/2/2018 28 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-45 2018 - 14/2/2018
28 Jamadil Awwal 1439H
Rabu

Bila Allah SWT ingin seseorang itu menjadi lebih baik, nescaya Allah SWT akan menampakkan baginya akan kekurangan dirinya sendiri.
Titik kesedaran boleh datang daripada dalam diri kita dan juga daripada luar.
Muhasabah adalah jalan terbaik.

#MersingHebat
Selasa, 13 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-44 2018 - 13/2/2018 27 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-44 2018 - 13/2/2018
27 Jamadil Awwal 1439H
Selasa

Bukan ku ingin menjadi lebih baik daripada orang lain.
Ku hanya ingin menjadi lebih baik daripada diriku semalam.

“ Sekiranya tidak ubahkan diri, hidup kita juga tidak akan berubah dengan sendiri.”
(Irfan Khairi)

MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI

#MersingHebat
Isnin, 12 Februari 2018

Nasi Lemak Kopi O - PAK21

Reaksi :  

Johor Showcase

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-43 2018 - 12/2/2018 26 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-43 2018 - 12/2/2018
26 Jamadil Awwal 1439H
Isnin

"Menemui kesalahan lebih mudah daripada mencari kebenaran.
Ini kerana menemui kesalahan adalah hal yang kelihatan.
Sedangkan mencari kebenaran adalah hal yang sangat tersembunyi.
Dan tidak mudah menemuinya." (Goethe)

Suka ataupun tidak, kita kena terima bahawa dunia ini penuh dengan asumsi, spekulasi, provokasi, manipulasi, persepsi dan prejudis.
Semua itu ada hikmahnya yang tersembunyi. Kawallah apa yang dibawah kawalan kita. Selebihnya kita perlu berserah kepada Yang Maha Esa.

#MersingHebat

Selamat Pagi Malaysia - KrMJ

Reaksi :  

Karektor Murid Johor (KrMJ)

Reaksi :  

Ahad, 11 Februari 2018

Pelantikan Pegawai di PPD Mersing

Reaksi :  
Al-Hamdulillah... kami merakamkan tahniah atas pelantikan pegawai-pegawai berikut di PPD Mersing.
TAHNIAH.


 1. Ust. Abd. Jamal bin Yasin, Penyelia Pend. Islam dilantik sebagai Penyelia Kanan Pendidikan Islam berkuatkuasa pada 16 Februari 2018


2. En. Azizan Kamarudin, Penyelia Sekolah Rendah dilantik sebagai Penyelia Sukan berkuatkuasa pada 16 Februari 2018.


3. En. Mohd. Shahrul Fadzli bin Maliki, PPP SMK Ungku Husin dilantik sebagai PPPD Sains dan Matematik (Rendah) berkuatkuasa pada 1 Februari 2018.


4. En. Ade Kartika bin Asmuni, PPP SK Tanjung Resang dilantik sebagai Penyelia ICT berkuatkuasa pada 1 Februari 2018.


5. En. Yahya bin Ramli, PPP SK Sawah Dato' dilantik sebagai PPPD Perhubungan/Aduan berkuatkuasa pada 1 Februari 2018. 

TITIK POSITIF HARI KE-42 2018 - 11/2/2018 25 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-42 2018 - 11/2/2018
25 Jamadil Awwal 1439H
Ahad

“ Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada orang yang berilmu…”
“ Kalau hanya berilmu, iblispun lebih tinggi ilmunya daripada manusia. “
(Syeikh Abdul Qadir Al Jailani)

  • Pentingkan adab
  • Sucikan hati daripada riak dan maksiat.
  • Jauhi sikap suka berfoya-foya.
  • Tak perlu sombong
  • Tawadu’ (rendah diri)
  • Berbakti dan hormati guru
  • Hormati ketua.

Ilmu, pangkat, jawatan, gelaran adalah anugerah dan amanah Allah… dan bukan satu alat atau kayu ukur untuk bermegah.
Orang yang betul-betul berilmu akan terus merasakan dirinya kerdil kerana dia sedar bahawa lagi banyak yang dia tahu, dia makin sedar bahawa ada banyak lagi perkara yang di luar pengetahuan.

“Sungguhpun kita mengetahui banyak perkara, ia tidak bermakna kita mengetahui semua perkara.”
“Sungguhpun kita jahil tentang sesuatu perkara, ia tidak bermakna kita jahil semua perkara.”

Positifkan diri kita dengan berusaha berterusan meneroka ilmu yang Allah titiskan ke dunia ini. Hanya satu titik daripada lautan ilmu yang luas.

#MersingHebat