* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 24 Februari 2018

PELAKSANAAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) BAGI TAHUN 2018

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Mulai tahun 2018 pengisian portal SKPMg2 akan dilaksanakan dalam 2 fasa sahaja iaitu pada :
1. Bulan Januari hingga Mac 2018
2. Bulan Ogos hingga 15 November 2018.

Perincian perubahan pengisian portal boleh dirujuk dalam lampiran yang disediakan.

Semua sekolah dikehendaki melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) SKPMg2 melalui portal NKRA KPM di https://nkra.moe.gov.my. Pihak sekolah juga dimohon untuk merujuk prosedur pelaksanaan dan dokumen edaran PPS bertarikh 1 Januari 2018 yang boleh dimuat turun daripada portal berkenaan.
Sekian, terima kasih

LAMPIRAN
 surat pelaksanaan SKPMg2 bagi tahun 2018 (Surat)
 lampiran 1 (Prosedur)
 Lagu SKPMg2

KELULUSAN PERBELANJAAN MENGGUNAKAN SUWA

Reaksi :  
Salam Sejahtera
Tuan / Puan
Bersama-sama ini disertakan surat Unit Akaun, Jabatan Pendidikan Negeri Johor: Ruj: JPNJ.AKN.400-1/2/4(1) bertarikh 1 Januari 2018 untuk tindakan pihak tuan / puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
LAMPIRAN
 kelulusan perbelanjaan menggunakan wang suwa (Surat)
Salam Sejahtera
Tuan / Puan
Bersama-sama ini disertakan surat Unit Akaun,JPN Johor; Ruj:JPNJ.AKN.400-1/2/7(1) bertarikh 15 Februari 2018 untuk tindakan pihak tuan /puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
LAMPIRAN
 PINDAAN KEPADA GARIS PANDUAN PROSES PERMOHONAN KELULUSAN PENDAFTAR NEGERI (Surat)

MODUL PENGGERAK DIGITAL DAN PENJENAMAAN KELAB-KELAB BERTERASKAN DIGITAL SEKOLAH

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Malaysia Digital Economic Corporation dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Modul-Modul Penggerak Digital bagi membantu sekolah membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21, bertanggunjawab dan berdaya tahan untuk mencapai matlamat Pembestarian Sekolah.

Untuk maklumat tuan/puan, tajuk modul-modul berkenaan adalah seperti berikut:
a. Duta Penggerak Digital
b. Penggerak Digital (Video dan Fotografi)
c. Penggerak Digital (Komputer)
d. Penggerak Digital (Robotik)

Modul-modul ini boleh menjadi panduan kepada guru-guru dan murid-murid dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti serta penjenamaan semula kelab-kelab berteraskan digital di sekolah di samping memperkukuhkan kemahiran digital murid-murid. Modul tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

Sekian, terima kasih.
Pencalonan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) Khas untuk Pesara Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018
 Muat Turun

Kenyataan Media: Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017

Reaksi :  
Kenyataan Media SPM 2017 Sejarah1

TITIK POSITIF HARI KE-55 2018 24 Februari 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-55 2018
24 Februari 2018
8 Jamadil Akhir 1439H
Sabtu

SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.
6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan …membawa organisasi yang dipimpin atau dianggotai menjadi yang terbaik.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-54 2018 23 Februari 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-54 2018
23 Februari 2018
7 Jamadil Akhir 1439H
Jumaat

Maaf kerana agak lewat kongsikan 1TP1H...
sepatutnya cerita semalam ni.. 

Kali ini Si Kerdil kongsikan nukilan sahabat yang boleh kita sama-sama ambil pengajarannya. (Kamarul Ilmar) 

“勇気” Yuuki
Berani

Corak individu yang mempunyai bakat, idea, motivasi, semangat, komitmen, passion dan yang cuba mengubah diri di Malaysia ini, banyak antara mereka menunggu diri untuk di ‘scout’ atau dipilih bagi merealisasikan impian mereka.

Hakikatnya, peluang sebegini amatlah tipis untuk diperolehi. Orang yang anda harapkan untuk memilih mungkin sibuk dengan urusan mereka dan sering terlepas pandang bakat anda.

Cara yang terbaik untuk mencapainya, keluar dari kepompong ‘menunggu’, pilihlah jalan kepada ‘berani’. 

Berani untuk berdikari dan melaksanakan impian anda. Tak perlu menunggu orang lain. 

Mungkin pada awalnya niat baik kita akan dirasakan jengkel oleh orang sekeliling. Mereka jengkel kerana mereka tak biasa dengan perubahan.

Namun sekiranya kita terus istiqomah, insyaAllah orang akan lali dan menerimanya.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai impian untuk menyumbang ke arah penaiktarafan nilai kehidupan masyarakat kita.... 

Lakukanlah!! Beranilah!! Keluarlah dari kepompong!! Berusaha sendiri!

Usah dihiraukan suara sumbang yang cuba memperlahankan atau mematahkan semangat anda! 

Bisikan harian motivasi kepada diri sendiri...
Yuuki wo dase! (Beranikan diri!)

Kamachan

#IbnM
#MersingHebat
Khamis, 22 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-53 2018 22 Februari 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-53 2018
22 Februari 2018
6 Jamadil Akhir 1439H
Khamis

Sabar mungkin mudah untuk diucapkan tetapi sangat sukar untuk melakukannya.
Ingatlah… ganjaran pahala yang besar manti kita sebagaimana janji Allah SWT dalam surah Az-Zumar : 10.

“ …. Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”

#IbnM
#MersingHebat
Rabu, 21 Februari 2018

Jom Cipta Tema Hari Guru

Reaksi :  
Anda ada idea kreatif? Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2018, semua warga pendidik adalah dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan Tema Hari Guru 2018.
Tema cadangan yang dipilih akan diangkat ke peringkat kebangsaan dan pasti ada hadiah menanti.
Lihat panduan yang disediakan sebagai contoh. Harus ingat, karya asli saja ye. Good luck cikgu!

#pendidikan
#menerajuiperubahan





TITIK POSITIF HARI KE-52 2018 21 Februari 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth.
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-52 2018
21 Februari 2018
5 Jamadil Akhir 1439H
Rabu

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat.
Berubahlah menjadi seorang yang baik dengan menulis sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga tulisan yang baik itu ada pahala yang mengalir di dalamnya.

#IbnM
#MersingHebat
Selasa, 20 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-51 2018 20 Februari 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-51 2018
20 Februari 2018
4 Jamadil Akhir 1439H
Selasa

Ramai yang menjaga muka kerana ia adalah tempat pandangan manusia tetapi sedikit sahaja yang menjaga hati sedangkan ianya adalah tempat pandangan Allah SWT.

Jangan salahkan orang lain ketika kita kecewa.
Sebaliknya salahkan diri sendiri kerana terlalu banyak berharap kepada mereka.

#IbnM
#MersingHebat
Isnin, 19 Februari 2018

Slaid Penerangan Dasar Pendidikan 2018

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-50 2018 - 19 Februari 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-50 2018
19 Februari 2018
3 Jamadil Akhir 1439H
Isnin

Usah pandang seseorang dengan sebelah mata.
Kemungkinan orang lain juga memandang kita begitu. 
Kerana.. .
Akan tiba satu hari nanti, kita akan memandangnya dengan kedua-dua mata kita. 
Cari nilai kebaikan dalam setiap pergaulan kita. 
Manfaatkan ukhuwwah sesama manusia untuk kepentingan bersama dan juga organisasi.

#MersingHebat
Ahad, 18 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-49 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-49 2018
18 Februari 2018
2 Jamadil Akhir 1439H
Ahad

Usah pandang rendah pada orang lain. 
Harus akui bahawa setiap manusia memiliki kelebihan dan kekurangan.

Usah pandang rendah terhadap sesuatu ilmu atau pengajaran.
Perlu sedar, kita juga memerlukannya sama ada hari ini atau akan datang.

#MersingHebat