* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 3 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-62 2018 3 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-62 2018
3 Mac 2018
15 Jamadil Akhir 1439H
Sabtu

Kepimpinan merupakan himpunan kebaikan yang akhirnya menjadikan kita disukai, diminati dan disayangi.

Ianya tak terjadi dalam satu hari, seminggu malah sebulan. Ianya adalah binaan yang mengunakan batu bata bernama #kepercayaaan. 

Membinanya susah...tapi menghancurkannya mudah. Kita perlukan satu insiden sahaja.

Konsisten merupakan kunci kepada kepimpinan walaupun sedikit. Setiap daripada kita dipandang walaupun kita harap orang lain tak perasan.

(Faizul Ikhwan)

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Jumaat, 2 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-61 2018 2 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-61 2018
2 Mac 2018
14 Jamadil Akhir 1439H
Jumaat

"Never stop doing your best just because someone doesn't give you credit".
Teruslah berbuat baik....carilah kebaikan, terokailah sesuatu untuk menjadi lebih baik.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Khamis, 1 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-60 2018 1 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-60 2018
1 Mac 2018
13 Jamadil Akhir 1439H
Khamis

Tulislah yang baik..
Berbicaralah yang baik-baik.
Buatlah yang baik-baik.
Untuk kita jadi lebih baik..

Tindakan perlukan sealim kata kita.

Tulisan ini bukan untuk menasihati orang lain, tetapi untuk menasihati diri sendiri...
kerana diri sendirilah yang lebih penting untuk dinasihati....terimalah nasihat diri sendiri dan sahabat....

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Rabu, 28 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-59 2018 28 Februari 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-59 2018
28 Februari 2018
12 Jamadil Akhir 1439H
Rabu

Manusia Yang Paling Baik dan Paling Buruk

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?" Baginda bersabda: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Tanyanya lagi; "Siapakah manusia yang paling buruk?" Jawab baginda: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya." (HR Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa  melakukan amal soleh.
2.  Orang yang paling baik adalah yang paling banyak amal kebaikannya dengan sebab umur yang bertambah dan membolehkannya melakukan amal soleh berterusan.
3.  Orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang serta berterusan melakukan amal buruk.
4.  Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan.


Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan untuk  mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 27 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-58 2018 27 Februari 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-58 2018
27 Februari 2018
11 Jamadil Akhir 1439H
Selasa

Berterus Terang.. 
Ramai yang kata ... kalau semua orang berterus terang, hubungan kita akan jadi lebih baik dan mesra. Namun begitu, tidak semua orang boleh berterus terang....
Tidak semua orang bersedia untuk itu....
Dan...tidak semua perkara boleh dijadikan alasan untuk berterus terang.

Apa yang penting.....
Bersedialah untuk berterus terang.
- Cakap biar jelas.
- Tulis biar jelas.
- Hati perlu ikhlas.....

Bersedialah untuk menerimanya.. walaupun ianya berkaitan hal peribadi kita sendiri.
Menerima dengan ikhlas akan membuatkan kita jadi lebih matang dan bertambah baik.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 26 Februari 2018

Standard Operating Procedure (SOP) Pemantauan Akaun E-Mel 1GOVUC Yang Tidak Aktif

Reaksi :  
  • Standard Operating Procedure (SOP) Pemantauan Akaun E-Mel 1GOVUC Yang Tidak Aktif
    pada 23/02/2018
  • Standard Operating Procedure (SOP) Penyenggaraan Peralatan Rangkaian dan Server Komunikasi
    pada 13/02/2018
Bunting Pendidikan 2018 crop 01

Bunting Pendidikan 2018 crop


PELAKSANAAN AUDIT PROSES SKPMg2 TAHUN 2018

Reaksi :  
Salam Muafakat Johor.

Kepada : Semua Pengetua dan Guru Besar Negeri Johor
Daripada : Unit Konsultasi dan Kepimpinan, Sektor Jaminan Kualiti
Perkara : Pelaksanaan Audit Proses SKPMg2 Tahun 2018

Dengan hormatnya perkara di atas dan surat KPM.600-1/5/5 Jld.3 (93) bertarikh 15 Februari 2018 adalah dirujuk dan berkaitan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) berdasarkan SKPMg2 bagi tahun pertama pelaksanaannya telah dilaksanakan oleh semua sekolah pada tahun 2017.
Sehubungan dengan itu, Audit Proses SKPMg2 akan dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kepada semua sekolah mulai 1 April 2018.
Bersama-sama ini disertakan surat berkaitan. Pengetua dan Guru Besar dipohon untuk memastikan Lampiran 1 dan 2 dalam surat berkaitan diambil tindakan.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 KPM.600-1/5/5 JLD.3(93) (Surat)

TITIK POSITIF HARI KE-57 2018 26 Februari 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-57 2018
26 Februari 2018
10 Jamadil Akhir 1439H
Isnin

Kalau kita pohon kecil, bernaunglah pada pohon yg besar. Banirnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, ranting dan daunnya tempat berteduh....

                   ..ust Abdul Somad...

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 25 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-56 2018 25 Februari 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-56 2018
25 Februari 2018
9 Jamadil Akhir 1439H
Ahad

JANGAN SOMBONG.

“Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. 
Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.”
[ Imam Al Ghazali ]

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

Anugerah NILAM Daerah Mersing 2018

Reaksi :