* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 10 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-69 2018 10 Mac 2018 22 Jamadil Akhir 1439H Sabtu

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-69 2018
10 Mac 2018
22 Jamadil Akhir 1439H
Sabtu

Mendengar daripada satu pihak maka kita akan berada dalam gelap..

Dengarlah daripada kedua-dua belah pihak ...semuanya akan menjadi terang.

Fiqh Tabayyun perlu diberikan keutamaan kritikal dalam menghadapi isu-isu era teknologi maklumat hari ini. Semua pihak perlu membuat penapisan bagi mengelak mencipta dan menyebar fitnah.
Allah SWT memerintahkan golongan Mukmin memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Firman Allah menggunakan perkataan “fatabayyanu” yang bererti “maka periksalah dengan teliti.
Allah SWT memberi peringatan supaya berhati-hati dalam semua perkataan dan tindakan yang dilakukan yang akan dipertanggungjawabkan sebagaimana firman-Nya bermaksud:
“Sesungguhnya, kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Ingatlah) ketika dua malaikat mencatatkan (perbuatannya), yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat).” (Qaf: 16-18)

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Jumaat, 9 Mac 2018

Leaders who destroy Vs. Leaders who deliver

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-68 2018 9 Mac 2018 21 Jamadil Akhir 1439H Jumaat

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-68 2018
9 Mac 2018
21 Jamadil Akhir 1439H
Jumaat

Ingatlah... Jika kita susahkan hidup orang lain, satu masa nanti kita akan disusahkan oleh orang lain. Malah mungkin lebih teruk daripada apa yang kita pernah buat kepada orang lain.


Laksanakanlah tugas dan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya,  bahkan lebih jauh kehadapan.. Sesungguhnya Allah menjanjikan sesuatu yang diluar jangkaan kita. 
Buatlah yang terbaik dan tidak menyusahkan organisasi. 

Kerana.... bukan senang nak menggerakkan sebuat organisasi.. 
Bukan mudah juga untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. 
Faktor penerimaan dan penolakan sering berlaku.. 
Sokongan juga melalui proses pasang surutnya. 

Jom kita balik kepada yang betul... Lestarikan kebenaran dalam semua perkara.
Semuanya hak milik Allah,  bukan kita. 
Jangan putus asa,  teruskan usaha. 
Teruskan berdoa. 

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Khamis, 8 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-67 2018 8 Mac 2018 20 Jamadil Akhir 1439H Khamis

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-67 2018
8 Mac 2018
20 Jamadil Akhir 1439H
Khamis

Allah berpaling daripada kita. 

Diantara tanda berpalingnya Allah SWT daripada seorang hamba adalah apabila Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya
(Imam Hasan Al-Basri)


Carilah perkara yang bermanfaat. Buatlah sesuatu yang bermanfaat.
Manfaat masa yang masih berbaki daripada umur kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Rabu, 7 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-66 2018 7 Mac 2018 19 Jamadil Akhir 1439H Rabu

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-66 2018
7 Mac 2018
19 Jamadil Akhir 1439H
Rabu

IKHLAS 

1. Ikhlas itu ketika kita menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan.
2. Ikhlas itu ketika kita meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman.
3. Ikhlas itu ketika kita dapat menolong sesama manusia, namun tidak mengharapkan apa-apa balasan.
4. Ikhlas itu ketika kita mampu membahagikan rezeki yang diperolehi, meskipun dalam keadaan terhimpit.
5. Ikhlas itu ketika kita rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertelingkahan.
6. Ikhlas itu ketika kita tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka.
7. Ikhlas itu ketika kita harus melepaskan sesuatu demi kebaikan bersama, sekalipun kita yang terluka.
8. Ikhlas itu ketika kita dihujani kata-kata yang menyakitkan, tapi masih terus berdoa untuk kebaikan..
9. Ikhlas itu ketika kita mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian.
10. Ikhlas itu ketika kita membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..
11. Ikhlas itu ketika kita menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..

Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.. Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..


Kuasailah keikhlasan.


#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 6 Mac 2018

Pengecualian Dan Garis Panduan Sistem ePerolehan Sehingga 30 Jun 2018

Reaksi :  
Kementerian Kewangan Telah Bersetuju Memberi Pengecualian Khas Penggunaan Sistem ePerolehan Sehingga 30 Jun 2018 Sebagai Tempoh Penyesuaian Kepada Agensi Kerajaan Dan Pembekal
MUAT TURUN

4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD 2018)

Reaksi :  
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) akan menganjurkan 4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD 2018) pada 14 hingga 16 Ogos 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi pengamal pendidikan, pembuat dasar dan warga pendidik dari seluruh dunia untuk berkongsi amalan terbaik, kepakaran dan penyelidikan dalam bidang pendidikan guru, dengan tema "Sharing Visions in Changing Times: Developing Transformative Pedagogies".
ICTLD ke-4 2018 akan membincangkan amalan-amalan pedagogi untuk memenuhi permintaan dan keperluan EDU 4.0 pada abad ke-21.
Objektif persidangan ini adalah seperti berikut:
  • berkongsi kepakaran dan pengetahuan tentang pelaksanaan pendidikan guru dalam kalangan pengamal pendidikan;
  • menjana amalan pedagogi terbaik dan inovasi terkini dalam pendidikan guru berdasarkan penyelidikan;
  • menghasilkan dan mengukuhkan jaringan dan kerjasama dalam penyelidikan pendidikan guru;
  • menjana aspirasi pembelajaran sepanjang hayat.
Kami mengalu-alukan penyertaan dan pembentangan daripada para pengamal pendidikan, pembuat dasar dan warga pendidik untuk berkongsi dan bertukar pengalaman, pengetahuan, sumber dan penemuan penyelidikan yang memberi dorongan kepada perkembangan pedagogi transformatif.
Layari ICTLD 2018 untuk maklumat lanjut dan penyertaan dalam persidangan tersebut.
ICTLD2018
Sumber : Portal KPM

The International Baccalaureate Diploma Programme

Reaksi :  
photo 2018 02 22 12 42 57

photo 2018 02 22 12 42 59

photo 2018 02 22 12 43 02

photo 2018 02 22 12 43 05

Sumber : Portal KPM
Buku Cenderamata Meraikan Kejayan Atlet Murid dan Guru Sukan Sea & Sukan Para Asean 2017

Muat Turun

Kenyataan Media KPM - Keputusan SPM 2017

Reaksi :  
Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan tarikh keputusan SPM 2017.

#menerajuiperubahan
#SPM2017
#TN50

Pencapaian Kelas Khas Kemahiran membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) 2017

Reaksi :  
AlHamdulillah...kami merakamkan penghargaan dan setinggi TAHNIAH kepada semua entiti dan personal yang terlibat meningkatkan pencapaian Kelas Khas Kemahiran membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) 2017.

TAHNIAH SMK FELDA Tenggaroh kerana telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang.


Bil
Sekolah
Calon Hadir
GPS
1
SMK FELDA Tenggaroh
18
2.24
2
SMK Mersing
12
2.44
3
SMK Sri Mersing
21
4.76
Jumlah
51


Keputusan STPM 2017

Reaksi :  
AlHamdulillah, berkat usaha semua pihak terutama guru-guru Tingkatan Enam dan calon-calon STPM 2017 pencapaian Mersing menjadi lebih baik.

Bil
Sekolah
Daftar
Hadir
5P
4P
3P
2P
1P
1
SMK Ungku Husin
13
13
0
12
0
0
1
2
SMK FELDA Tenggaroh
10
9
0
8
1
0
0
3
SMK Mersing
25
24
0
13
9
1
1
4
SMK Sri Mersing
43
41
0
25
6
7
1
Jumlah
91
87
0
58
16
8
3

Bil
Sekolah
Lulus
Penuh
Lulus
Sbhgn
PNGK
1
SMK Ungku Husin
13
100%
0
2.75
2
SMK FELDA Tenggaroh
9
100%
0
2.74
3
SMK Mersing
24
100%
0
2.54
4
SMK Sri Mersing
39
95.12%
2
4.88%
2.53
Jumlah
85
97.70%
2
2.30%
2.59

TAHNIAH KEPADA SMKUH, SMKFT dan SMK MERSING KERANA MENCAPAI 100% (LULUS PENUH) 



TITIK POSITIF HARI KE-65 2018 6 Mac 2018 18 Jamadil Akhir 1439H Selasa

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-65 2018
6 Mac 2018
18 Jamadil Akhir 1439H
Selasa


Bersabarlah... banyak masa kita gunakan untuk mencari rezeki.
Namun kita mungkin belum pernah jumlah rezeki yang lebih baik daripada SABAR.

Teruslah memberi pesanan yang baik dan benar. Bersabarlah dengan kerenah diri dan orang lain.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 5 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-64 2018 5 Mac 2018 17 Jamadil Akhir 1439H Isnin

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-64 2018
5 Mac 2018
17 Jamadil Akhir 1439H
Isnin


Bukalah hati untuk masa depan yang sedang menanti kita. 
Lupakan kesakitan masa lalu .... terokailah hati untuk masa depan yang lebih cerah dan bermakna. 
Memang kita pernah melalui masa lalu.. tetapi kita tidak lagi tinggal di sana sekarang.

Allah menguji setiap orang dengan dugaan yang berlainan, kerana kita semua mempunyai tahap toleransi, kesabaran, dan iman yang berlainan.

Allah SWT yang berikan segala rasa yang muncul dalam hati kita. Kadangkala kita sukar untuk melawannya atau menempuhnya.
Yakinlah....Allah pilih kita...Dia ingin mengajar kita sesuatu.. hanya kepada Allah SWT kita berharap.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 4 Mac 2018

Lagu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Dua (SKPMg2)

Reaksi :  


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Reaksi :  
Image may contain: text