* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 17 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-76 2018 : 17 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF HARI KE-76 2018 17 Mac 2018 29 Jamadil Akhir 1439H Sabtu Airmata kadang-kadang lebih berharga daripada senyuman. Senyuman, ...kita boleh berikan kepada sesiapa sahaja walaupun kawan atau musuh. Namun.. Airmata tangisan yang murni hanya untuk yang tersayang. Sayangi semua. Namun Airmata juga boleh keluar dalam situasi lain.... Jernihkan mata kita.. Sucikan pandangan mata dengan positif. Jadilah umpama mata lebah, bukan mata lalat. #IbnM #MersingHebat #1TP1H
Jumaat, 16 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-75 2018 16 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-75 2018
16 Mac 2018
28 Jamadil Akhir 1439H
Jumaat

Muhasabah diri ...
Jika orang lain selalu salah di mata kita, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita sendiri.
Kenalpasti apa yang perlu diperbaiki dalam diri kita terlebih dahulu.
Sudah tentu HATI....selidik dan kenalpasti penyakit hati kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Khamis, 15 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-74 2018 15 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-74 2018
15 Mac 2018
27 Jamadil Akhir 1439H
Khamis

99 % Punca Utama Kegagalan ...
adalah kerana ALASAN & BERTANGGUH.

Kita hanya perlu bertanya kepada diri sendiri...
Apa faedah besar yang akan saya perolehi dengan beralasan dan bertangguh?

Uruslah masa kita dengan baik..mulakan dengan IKHLAS>

1) Tentukan matlamat dengan jelas.
2) Kenalpasti dan senaraikan mengikut keutamaan.
3) Kurangkan aktiviti yang tidak produktif.
4) Berikan tumpuan 100%.
5) Tetapkan masa dan tarikh akhir yang berasingan bagi setiap tindakan.
6) Agihkan tugasan sekiranya perlu bagi untuk hasil yang lebih baik.
7) Minta nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak yang pakar dan berpengalaman. 
8) Kuasai tabiat untuk mencapai matlamat.

Bersabarlah dalam merubah diri dan berserah kepada Allah SWT kerana....
Allah SWT mampu mengubah situasi paling terburuk menjadi saat yang terbaik dalam hidup kita.

DO IT NOW, SOMETIMES LATER BECOME NEVER.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

Semakan Keputusan SPM 2017

Reaksi :  
Selain MySms dan portal LP, semakan keputusan SPM 2017 juga boleh dibuat secara percuma melalui Mobile Apps LP :  e-Lembaga Peperiksaan mulai pukul 10 pagi 15 Mac 2018 dengan memuat turun aplikasi daripada Google Play.

Rabu, 14 Mac 2018

Hari Eksplorasi Pendidikan dan Kerjaya JPN Johor

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI KE-73 2018 14 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-73 2018
14 Mac 2018
26 Jamadil Akhir 1439H
Rabu

Hal Terdesak di Celah Waktu Yang Singkat
Mungkin kebanyakan kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk hal-hal MENDESAK...
Dan...tidak cukup waktu untuk hal-hal yang PENTING.
Kita akan terasa masa berlaku begitu cepat.

“Tidak akan tiba hari Kiamat hingga zaman berdekatan, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan sepekan, sepekan bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan terbakarnya pelepah pohon kurma.”[Riwayat Abu Hurairah]
Hal ini boleh berlaku dengan beberapa sebab :
1) Bila tiada keberkatan dalam waktu.
2) Bila manusia leka dengan keselesaan dan lalai.
3) Bila ilmu ditinggalkan dan tiada amar makruf & nahi mungkar.
KEMBALIKANLAH HAK WAKTU KITA.
SETIAP ORANG MEMPUNYAI WAKTU 24 JAM SEHARI SEMALAM.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 13 Mac 2018

Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah Johor - Titah Tuanku Sultan Johor

Reaksi :  
SULTAN JOHOR: FAHAMI PROTOKOL PENGIBARAN BENDERA

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini membimbing serta memberi kefahaman mengenai protokol dan etika pengibaran bendera.

Baginda bertitah, perkara ini penting untuk memberi panduan kepada pelbagai pihak termasuk masyarakat secara keseluruhan di samping dapat memperkasa kedaulatan Negeri Johor.

"Kekemasan bendera juga perlu diberi perhatian kerana saya melihat ada bendera yang dikibarkan sudah usang dan koyak.

"Perkara-perkara seperti ini perlu diberikan perhatian oleh PBT termasuk mengenai protokol serta susunan pengibaran bendera," titah Baginda.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam pertemuan bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Daerah di Kelab Polo DiRaja Johor, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Isnin lalu (26 Feb).

Baginda bertitah lagi, bendera yang reput dan rosak tidak boleh dibuang merata tempat, sebaliknya dilupuskan dengan cara yang betul.

~~~
SULTAN JOHOR: OBSERVE ETIQUETTE ON FLYING OF STATE FLAGS

HM The Sultan of Johor wants all concerned to abide by strict guidelines on the display of state flags at government buildings and institutions.

He said local authorities should take the lead in educating the public on the etiquette and procedures in the flying of the flags.

“The protocol for the flying of state flags has been clearly defined. This is crucial and must be followed as this involves the sovereignty of Johor,” Tuanku Sultan Ibrahim told local authority chiefs during a meeting at Istana Pelangi in Johor Bahru on Monday (16 Feb).

“I have often seen torn and tattered state flags still flying on the poles. I will not tolerate such indifference by city mayors and heads of municipalities and district councils,” he warned during the meeting.

His Majesty also stressed that old and worn out flags cannot be simply discarded, saying there are strict rules on how these should be disposed.

#sultanjohor
#royalpressoffice








Lampiran :
pekeliling_bendera_26_02_2018pdf.pdf

TITIK POSITIF HARI KE-72 2018 13 Mac 2018 25 Jamadil Akhir 1439H Selasa

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-72 2018
13 Mac 2018
25 Jamadil Akhir 1439H
Selasa

Jika engkau mengetahui sesuatu, hendaklah engkau terus mempelajarinya sehingga benar-benar menguasainya. Jika engkau belum mengetahuinya, jujurlah dan berkatalah bahawa engkau belum mengetahuinya.


Itulah Pengetahuan.

Orang yang mengaku bahawa dia mengetahui sesuatu sedangkan sebenarnya dia tidak mengetahuinya, maka dia sebenarnya bukan orang yang berpengetahuan, bahkan pembohong@penipu.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 12 Mac 2018

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2018

Reaksi :  

PENCALONAN ANUGERAH IKON GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Makluman lanjut, sila layari pautan di bawah:

http://bit.ly/2Ih34mK
http://bit.ly/2Ih34mK

atau

http://gg.gg/ikonguru2018
http://gg.gg/ikonguru2018

#hariguru2018
#ikonguru2018
#JPNJohor
#MuafakatJohor

Biasiswa Sultan Ibrahim 2018

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN - PERMOHONAN BIASISWA SULTAN IBRAHIM 2018 KINI TELAH DIBUKA DARI 11 MAC SEHINGGA 11 APRIL 2018. BORANG PERMOHONAN BOLEH DIMUAT TURUN DI LAMAN WEB RASMI YPJ :

http://portal.ypj.gov.my/biasiswa-sultan-ibrahim-bsi/

TITIK POSITIF HARI KE-71 2018 12 Mac 2018 24 Jamadil Akhir 1439H Isnin

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-71 2018
12 Mac 2018
24 Jamadil Akhir 1439H
Isnin

Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.

Jangan menghukum@membenci seseorang hanya kerana satu kesalahan.
Jangan menghukum seseorang hanya daripada luaran sahaja.
Kita semua tidak sempurna melainkan Allah SWT.

Kesilapan orang lain seringkali dianggap besar berbanding kesilapan diri sendiri.
Mungkin kita merasa hampa, terkilan..Ingatlah..
Orang lain juga boleh merasai perkara yang sama terhadap kita.

Kita juga suka menyatakan kesilapan orang lain...sedarilah bahawa orang lain juga mempunyai kesukaan yang sama, bahkan mungkin lebih daripada itu.

Mungkin besar kesalahan seseorang , namun keegoan kita sebenarnya lebih besar daripada itu....SEDARLAH.

BETULKAN DIRI SENDIRI DAN TERUSKAN BERDOA. 


#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 11 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-70 2018 11 Mac 2018 23 Jamadil Akhir 1439H Ahad

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-70 2018
11 Mac 2018
23 Jamadil Akhir 1439H
Ahad

Jujurlah dalam apa sahaja..

Biasakan dengan kejujuran kerana ia boleh meruntun kebaikan.
Dan kebaikan boleh meruntun kita kepada keselamatan.

Cubalah menjadi seorang yang jujur kepada Yang Maha Pencipta.
Jujur kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
Jujurlah kepada organisasi@jemaah.
Jujurlah dalam berkata-kata.
Jujurlah dalam tindakan.
Jujurlah dalam semuanya.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H