* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 24 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-83 2018 : 24 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-83 2018
24 Mac 2018
6 Rejab 1439H
Sabtu

Ingatlah, kucing yang kita lihat duduk baik sahaja, ketika tiada ikan yang dihulurkan kepadanya....

Kita tidak boleh katakan bahawa ia adalah seekor kucing yang baik tanpa mengujinya dengan meletakkan seeokor ikan kepadanya.

TAPI DAH TENTU ITU MAKANAN KUCING KAN? DAN BANYAK LAGI APA YANG DIA BOLEH MAKAN.


Ibaratnya juga... AIR YANG TENANG, JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA.

Apapun jadilah orang betul-betul baik, ketika diuji dan ketika tenang. Istiqamah dengan kebenaran yang dibawa, istiqamah dengan perjuangan dan organisasi.
Tenangkan diri saat membuat pertimbangan...Tenangkan diri di saat membuat keputusan.
Insya Allah.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Jumaat, 23 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-82 2018 : 23 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-82 2018
23 Mac 2018
5 Rejab 1439H
Jumaat

SIAPA PINTAR?

Tidak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. Cukup sekadar kalau kita bandingkan dengan ayam yang berkokok di pagi hari.

Lihatlah siapa dulu yang bangun untuk mengingati Allah SWT dan kejutkan orang lain.
Maka itulah yang lebih pintar.
Kalau takde ayam? Jam loceng... Alarmpun takpe...

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Khamis, 22 Mac 2018

Universiti Madinah

Reaksi :  
Maklumat UIM:

Cara memohon ke Universiti Islam Madinah.

✏ Sila rujuk link-link berikut:

📌 Maklumat Apply Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah

📝 Sila request group maklumat apply di FB dan download PDF Versi 2 dipin post (bahagian atas group). Baca semua maklumat dalam pdf itu dan jika ada soalan lanjut sila gunakan group tersebut untuk bertanya soalan. Para admin akan menjawabnya. Terima kasih.
https://www.facebook.com/groups/458701580809346/

📝 Sila tonton video soal jawab Maklumat Memohon Belajar Universiti Islam Madiah Al-Munawwarah - Watch On Youtube - Sebarkan
http://www.youtube.com/watch?v=Oq_BAGZxFBU

📝 Sila ke link website Universiti Islam Madinah untuk memohon secara online
http://admission.iu.edu.sa/Selection.aspx

📝  Sila add atau follow Akaun FB Maklumat Uim untuk mendapat maklumat cara apply Universiti Islam Madinah - Admin
https://www.facebook.com/profile.php?id=100007166866447

📝 Sila follow Public Channel Maklumat UIM. Memberi maklumat berkaitan permohonan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
https://telegram.me/maklumatuim

 ✅ Manfaatkan sebaiknya semua link-link ini inshaAllah banyak persoalan yang akan terjawab. Semoga Allah mempermudahkan urusan penuntut ilmu. Amin.

Selamat mencuba & Berdoalah kepada Allah agar diqabulkan.

Kelebihan Tingkatan Enam

Reaksi :  


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui Mesyuarat Program Baharu Rolling Plan 3 (RP 3) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) pada 20 Disember 2017 telah memutuskan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam 2018 (Kajian IKPA 2018) yang melibatkan semua Kementerian termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kajian IKPA 2018 ini merupakan indikator persepsi dan komitmen pegawai terhadap kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi. Objektif kajian tersebut adalah bagi mengukur tahap keterlibatan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keterlibatan warga penjawat awam di Kementerian.

Kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 70% daripada warga KPM pelbagai peringkat perkhidmatan yang bertugas di semua Bahagian di Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) (tidak termasuk institusi pendidikan/sekolah) memberikan respon kepada kaji selidik tersebut. 

Sehubungan itu, semua warga Kementerian dijemput untuk mengisi Kaji Selidik Kajian IKPA 2018 KPM yang mula diaktifkan dari  15 Mac 2018 sehingga 14 April 2018 di pautan berikut:-


Integriti Media Sosial

Reaksi :  

Pelaksanaan Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara

Reaksi :  
Pelaksanaan Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara
2 Hingga 6 April 2018

Kementerian Pendididkan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group untuk menganjurkan kempen #STANDTOGETHER.

Kempen ini merupakan satu inisiatif untuk menangani isu buli di sekolah dengan memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan serta mengamalkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid dan seluruh komuniti di sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif di bilik darjah, sekolah dan masyarakat. Beberapa aktiviti dan modul telah disediakan untuk rujukan pihak sekolah. Maklumat lanjut berkaitan aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti di Lampiran.

Sebarang pertanyaan khusus berkaitan kempen, aktiviti dan pertandingan yang disediakan boleh diajukan terus kepada National Kindness Week Hotline: 0172834406.



TITIK POSITIF HARI KE-81 2018 : 22 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-81 2018
22 Mac 2018
4 Rejab 1439H
Khamis

Jika kita terlalu jujur, kita ditipu.
Jika kita terlalu baik, kita dipermainkan.
Rupanya kita perlu ada sedikit kekejaman untuk hidup.

BETUL KE?

Janganlah macamtu. Cubalah hayati bagaimana Rasulullah SAW menjalani kehidupan baginda sebelum dan selepas menjadi Rasul.
Cabaran yang ditempuhi oleh Rasululah sejak kecil hingga wafat terlalu besar dan jauh lebih besar daripada apa yang kita tempuhi sekarang.

Siapa kita untuk hidup dengan cara sendiri. Kembalilah kepada jemaah (organisasi) yang berketua.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Rabu, 21 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-80 2018 21 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-80 2018
21 Mac 2018
3 Rejab 1439H
Rabu

"Jika sakit jangan cepat-cepat jumpa doktor. Nikmatilah sakit itu.Bertafakkur dengan sakit yang Allah beri. Kemudian barulah ubati sakit tersebut. "(Habib Ali bin Jaafar Al-Aydrus) 

Nikmatilah dan cari sebab musabbabnya (punca)... apa perkara yang berlaku diluar pertimbangan akal kita.Sesuatu penyakit ada kemungkinan sebagai kaffarah (denda) atau juga sebagai ujian untuk meningkatkan martabat kita.Muhasabah hanya untuk yang berfikir.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 20 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-79 2018 : 20 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-79 2018
20 Mac 2018M
2 Rejab 1439H
Selasa
UJIAN MENYEDARKAN KITA
Satu hari nanti, kita akan rasa bersyukur atas semua ujian yang menimpa kita pada hari ini.
Kerana ... dengan sebab ujian itulah menjadikan kita lebih baik dan matang.
Allah SWT tidak akan menguji apa yang diluar kemampuan makhluknya.
Bijaknya Allah SWT mengatur, kita hanya perlu sesuaikan dan menerimanya dengan reda.
Kepada Allah SWT kita berserah.
#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 19 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-78 2018 :19 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-78 2018
19 Mac 2018M
1 Rejab 1439H
Isnin
KEPERCAYAAN
Kepercayaan tidak akan terbina dalam waktu yang singkat, kadang-kala akan mengambil masa bertahun-tahun.. ia bukan mudah... banyak situasi dan keadaan tertentu perlu ditempuh dengan sabar.
Bila dah dapat kepercayaan, hormatilah ia, jagalah ia dengan sebaiknya.
Kerana sesaat sahaja kepercayaan boleh hilang sekiranya tidak dijaga atau tidak menghargainya.
Percayailah orang sekeliling kita...Insya Allah kita akan dipercayai dan dihormati.
#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 18 Mac 2018

Kenali SUMUR

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-77 2018 : 18 MAC 2018

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth.
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-77 2018
18 Mac 2018
30 Jamadil Akhir 1439H
Ahad
BERPURA-PURA
Orang yang jahat, tak perlu kita risau kerana mereka jahat dan nampak jelas kejahatannya.
Yang perlu kita risau ialah mereka yang nampak baik disebalik kejahatan yang disembunyikan.
Elakkan sikap berpura-pura@munafik.
Positifkan dalam setiap pergaulan dan persahabatan.
KENAPA PERLU BERPURA-PURA?

Image result for positif di sebalik pura-pura
#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H