* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 31 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-90 2018 : 31 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-90 2018
31 Mac 2018
13 Rejab 1439H
Sabtu


Bila kita melakukan sesuatu perkara atau amalan seperti kerja rasmi, kerja sosial, sedekah, dakwah, perjuangan dan lain-lain, hendaklah dimulakan dengan ikhlas.

Amalkan formula (SSID) :

S..lahirkan rasa SYUKUR dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa.
S..lahirkan rasa SEDIKIT sahaja dalam diri bawah apa yang kita buat tersebut adalah amat sedikit berbanding nikmat yang kita dapat.
I..sentiasakan diri dengan ISTIGHFAR kerana ia boleh menampal kecacatan atau kekurangan yang mungkin ada dalam setiap amalan kita.
D..DOAlah setiap kali sebelum, semasa dan selepas kita melakukan sesuatu.

Berkatilah hidup anda....

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

Tatacara Penggantungan Potret Rasmi Orang Kenamaan - Johor

Reaksi :  

Program Transformasi Minda (PTM)

Reaksi :  
Jumaat, 30 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-89 2018 30 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-89 2018
30 Mac 2018
12 Rejab 1439H
Jumaat

Allah mendengar lebih daripada apa yang kita ucapkan, 

Menjawab lebih daripada apa yang kita pinta,
Memberi lebih daripada apa yang kita bayangkan.
Dia boleh datang dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar.
Dalam jangkaan dan di luar jangkaan kita.

Hanya dengan waktu dan caraNya yang tersendiri tetap menjadi rahsia Yang Maha Esa. 

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Khamis, 29 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-88 2018 29 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-88 2018
29 Mac 2018
11 Rejab 1439H
Khamis

Orang yang cemerlang adalah orang yang sentiasa ada kerja untuk dilakukan.

Kalau tak tahu apa nak buat, itu tandanya kita tidak boleh diharap.
Allah SWT jadikan kita manusia sebaik-baik kejadian.
Buatlah yang terbaik.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Rabu, 28 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-87 2018 : 28 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-87 2018
28 Mac 2018
10 Rejab 1439H
Rabu

Jangan meremehkan orang lain, walaupun yang paling bodoh sekalipun.

Kerana mungkin kita akan membutuhkan pertolongan mereka pada satu hari ini.
Ingatlah bahawa hidup kita adalah satu putaran..
Dan putaran tersebut bukan di bawah kawalan kita, bahkan hak mutlak Allah SWT.
Ada hikmat tertentu kenapa Allah SWT hadirkan orang lain di sekeliling.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 27 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-86 2018 : 27 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-86 2018
27 Mac 2018
9 Rejab 1439H
Selasa

Tidak mungkin semua kebaikan yang kita lakukan akan diterima baik oleh semua orang. 
Akan ada yang berprasangka buruk, menghina, mencela... maka bersabarlah.
Tahap penerimaan dan penolakan seseorang adalah berbeza.

Ataupun ... mungkinkah kita hanya syok sendiri bahawa apa yang kita buat itu baik. Baik pada penilaian kita, tidak semestinya baik pada penilaian orang lain.

Bila kita ikhlas berbuat baik, kita tidak akan rasa bosan bahkan terus bersemangat berbuat baik.
Pastinya tiba saatnya nanti, yang menyayangi akan semakin mengasihi...
Yang memusuhi akan mencintai. Yang membenci akan melindungi. 
Insya Allah keadaan akan menjadi lebih baik. Teruskan perjalanan atas jalan yang benar.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 26 Mac 2018

Tinjauan Pendapat Umum Mengenai Pakaian Khas Murid Sekolah

Reaksi :  
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membuat tinjauan pendapat umum mengenai pakaian khas murid sekolah. Pendapat anda akan membantu pihak KPM dalam menyelaraskan pakaian khas murid sekolah.
 
Sila klik pautan di bawah sebelum atau pada 16 April 2018.
 

Adalah dimaklumkan ... Pegawai Yang dinilai (PYD) perlu mewujudkan SKT masing-masing untuk dihantar kepada Pegawai Penilai (PP) bagi tujuan pengesahan. pelaksanaan ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018.

Jadual Pelaksanaan seperti di lampiran.

Lampiran : 
 Jadual Pelaksanaan SKT dan LNPT (Surat)

TITIK POSITIF HARI KE-85 2018 : 26 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-85 2018
26 Mac 2018
8 Rejab 1439H
Isnin

YA YANG DICARI, TITIK YANG DINANTI.


Dalam sesebuah organisasi atau dalam pergaulan kita, samada semasa berurusan rasmi atau pergaulan sosial, kita tidak terlepas daripada berjanji.
Janji juga boleh merubah nilai kepemimpinan dan kepengikutan dalam sesebuah organisasi atau jemaah. 

Berkata Ya adalah tanda akur. Berkata Insya Allah sebagai satu janji dengan disaksikan oleh Allah SWT untuk selesaikan sesuatu tugasan dan sebagainya.

Ramai orang yang berkata itu dan ini bagi menzahirkan sesuatu ... ok, maklum dan sebagainya.

Ok itu janji.
Insya Allah itu janji.
Noted itu janji.
Maklum itu janji.
Nanti saya buat itu janji.
Maklum balas itu janji.
Ya itu juga janji.
Beres itupun janji.
Wokey juga janji.
Yalah juga begitu.

SEMUA ITU ADALAH JANJI.

Sahabat@Rakan sejati adalah orang yang dapat berkata benar denganmu, berkata benar di depanmu, berkata benar di belakangmu.... 
dan bukan hanya orang yang dapat membenarkan kata-katamu sahaja.

Setiap Ya yang dimulakan, akhirilah ia dengan titik noktah akhir (tanda selesai@siap)
Lestarikan kebenaran dalam kehidupan kita.

Cabaran ini ada di mana-mana. Setiap orang Allah SWT berikan cabaran yang berbeza.

Allah SWT nak uji kita. Sesuaikanlah, carilah penyelesaian yang terbaik.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 25 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-84 2018 : 25 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-84 2018
25 Mac 2018
7 Rejab 1439H
Ahad


Kalau kita hendak hidup bergaya,
Janganlah sampai papa kedana, 
Kalau kita hendak hidup berjaya,
Elakkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia.

Antara perkara sia-sia yang sering dilakukan oleh kebanyakan manusia ialah membiarkan setiap umurnya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu atau bekerja atau memberi perkhidmatan yang terbaik.

Buatlah yang terbaik, hayatilah amanah jawatan dan tugas kita. Jangan sampai saat dan ketikanya kita menyesalinya kerana tidak berbuat sesuatu atau qada (ganti) kelompangan tugas yang mungkin ada sepanjang perkhidmatan kita.
Berbaktilah semaksimumnya sebelum tibanya saat akhir perkhidmatan kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H