* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 14 April 2018

Kempen Kesedaran BPK

Reaksi :  
KEMPEN KESEDARAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK) BAGI BULAN APRIL 2018

#brp #bpg
#jpnjohor
#terimakasihcikgu
#johorsayangcikgu


TITIK POSITIF HARI KE-104 2018 14 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-104 2018
14 April 2018
27 Rejab 1439H

Sabtu

CARI MASA TAMBAHAN 

Setiap orang mempunyai peruntukan masa yang sama setiap hari.
Bagaimana kita mengurus masa tersebut adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing.

KITA ADA MASA 24 JAM SEHARI SEMALAM

Boleh ke kita tambah 1 jam extra kepada 24 jam sediada? Jadikan ia 25 jam sehari semalam. 

atau tambah 1 hari extra kepada 7 hari seminggu sediada? Jadikan ia 8 hari seminggu. 

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah... .
Terapkan dalam diri bahawa kita sentiasa ada masa untuk melakukan lebih banyak perkara.
Ini satu permulaan yang baik untuk kembara kehidupan seterusnya. 

Tidak semua orang mampu melihat dan menghargai faktor x ini...(menjana lebih masa setiap hari) jika mereka sentiasa mempunyai lebihan masa setiap hari. Kenapa perlu jana lebih, sedangkan masa yg ada sudah mencukupi.?

Keperluan dan dorongan bagi menjana sejam masa tambahan (ataupun lebih) cuma boleh dirasai dan dihargai oleh mereka yang sentiasa tidak cukup masa... yang mana beban kerja dan kehendak kerja melebihi masa sediada.

Maka , dalam keadaan yg terdesak, mereka perlu tahu dan kreatif menguruskan defisit masa mereka.

Hanya dua pilihan di depan mereka :

1) Menolak kerja tambahan (yang memberi kesan kepada produktiviti mereka dan organisasi) atau..

2) Menjana masa tambahan, jika mampu.

Pilihan pertama bukanlah bagi mereka yg mahu memanfaatkan masa mereka ke tahap terbaik.
Carilah keberkatan dalam mengurus masa kita. 

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Jumaat, 13 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-103 2018 13 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-103 2018
13 April 2018
26 Rejab 1439H

Jumaat

MELIHAT KE BAWAH


Bila kita berada di tempat yang tinggi, janganlah lupa untuk melihat ke bawah. 
Tidak semua yang berada di bawah itu hina...dan...
Tidak semua yang berada di atas itu mulia.
Kedudukan dan darjat bukan penentu kepada kebahagian dan kejayaan, tapi penentu sebenarnya adalah hati.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-102 2018 12 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-102 2018
12 April 2018
25 Rejab 1439H

Khamis

Indahnya Hidup


Hidup ini akan menjadi indah bila kita tahu menghargainya serta mensyukurinya.
Senyumlah walaupun ada sedikit kedukaan.
Senyuman dicelah kedukaan adalah satu jihad dalam diri kita.
Ketahuilah bahawa orang yang senyum dalam kedukaan adalah seorang yang tabah.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

Transformasi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Reaksi :  

Penglibatan Hubungan Luar - PIBG, Ibubapa dan Komuniti

Reaksi :  

Pendaftaran STPM Ulangan 2018

Reaksi :  
No automatic alt text available.

Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Negeri Johor 2018

Reaksi :  
Image may contain: 2 people, people standing, suit and text



No automatic alt text available.

Program Konvoi Bermotor Ziarah : Terima Kasih Cikgu bakal tiba. Nantikan ketibaan kami di daerah berikut : Pasir Gudang > Kota Tinggi > Mersing > Segamat > Tangkak > Muar

Sampaikan ucapan Hari Guru anda pada cikgu yang anda hargai. Jom ... http://jpnjohor.moe.gov.my/hariguru2018/

Jom ikuti kempen frame Terima Kasih Cikgu menerusi pautan berikut : https://isupportcause.com/campaign/terima-kasih-cikgu

#HariGuru2018
#HariGuruJohor
#TerimaKasihCikgu
#GerakanMassaJohor
#JohorSayangCikgu


Khamis, 12 April 2018

Pelantikan PPPD Perolehan dan Aset

Reaksi :  

En. Mohd. Asrul Hisham bin Sabri
Guru Akademik, SK Pulau Sibu
dilantik sebagai PPPD Aset dan Perolehan
Rabu, 11 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-101 2018 11 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-101 2018
11 April 2018
24 Rejab 1439H

Rabu

MASA LALU.


Masa terus berlalu tanpa menunggu kita, dan tidak menoleh kebelakang, terus berjalan ke depan.
Kita mempunyai masa lalu.
Tapi tidak lagi kita berada di sana.
Mungkin ada keseronokan dan kesakitan di masa yang lalu.
Cara terbaik untuk melupakan kesakitan masa lalu kita ialah dengan membuka hati kita seluas-luasnya untuk masa hadapan yang sedang menanti.

JOM ISLAH DIRI.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 10 April 2018

Konvoi Bermotor Ziarah Terima Kasih Cikgu

Reaksi :  
Satu lagi program gerakan massa bakal mengambil tempat bermula Sabtu ini. Mari kita sertai bersama.

Sampaikan ucapan Hari Guru anda pada cikgu yang anda hargai. Jom ... http://jpnjohor.moe.gov.my/hariguru2018/

Jom ikuti kempen frame Terima Kasih Cikgu menerusi pautan berikut : https://isupportcause.com/campaign/terima-kasih-cikgu

#HariGuru2018
#HariGuruJohor
#TerimaKasihCikgu
#GerakanMassaJohor
#JohorSayangCikgu


Pelantikan Pegawai Baharu di PPD Mersing

Reaksi :  

En. Fitrizan bin Azizan, PPPD Kokurikulum dilantik sebagai
PPPD Teknologi Maklumat (ICT)


En. Mohd. Syafiq bin A. Ghani, Guru Akademik SK Tanah Abang
dilantik sebagai PPPD Kokurikulum


Pn. Diana Djuraini bt. Johari, Guru Akademik SMK Pai Chee
dilantik sebagai PPPD Bahasa Inggeris (Men)

TITIK POSITIF HARI KE-100 2018 10 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-100 2018
10 April 2018
23 Rejab 1439H

Selasa

Waktu Semakin Cepat


" Tidak akan tiba hari kiamat, bila zaman berdekatan.
Satu tahun seperti satu bulan,
Satu bulan seperti satu minggu.
Satu minggu seperti satu hari.
Satu hari seperti satu jam.
Satu jam seperti terbakarnya pelepah pohon kurma."
(Al-Hadis).

Bila kita makin dewasa, kita rasa masa lebih cepat berlalu.
Kenapa ?

Mungkin kerana jam biologi kita berubah bila usia kita meningkat.
Mungkin juga kerana faktor persekitaran yang mempengaruhi aktiviti harian dan cara kita berfikir.

Manfaatkanlah masa kita. 

Hargailah waktu yang kita ada.
Tingkatkan kualiti masa kita.
Carilah sahabat dan kawan yang boleh memanfaatkan masa kita untuk perkara yang berguna di dunia dan akhirat. Hindarilah perkara-perkara yang melalaikan.

Rasulullah SAW , bersabda : 

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ،
 وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ 
“Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR Al-Hakim; sanadnya shahih)  

1. "Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu".
2. "Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu"
3. "Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu".
4. "Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu".
5. "Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu".
CARILAH SATU JAM TAMBAHAN SELAIN 24 JAM YANG KITA ADA SETIAP HARI.


#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 9 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-99 2018 9 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-99 2018
9 April 2018
22 Rejab 1439H

Isnin

Jangan sakiti yang lain.


Setelah menyakiti hati seseorang, barangkali kita masih boleh tersenyum.
Namum, fahamilah bahawa senyuman itu tidak akan bertahan lama dan boleh berubah menjadi tangisan pilu yang penuh dengan penyesalan bila orang yang kita zalimi itu mulai mengangkat tangannya dan mengadu nasibnya kepada Allah SWT.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-98 2018 8 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-98 2018
8 April 2018
21 Rejab 1439H

Ahad

Sahabat Sebenar


Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia akan memberi.
Jika engkau diam, dia mula menyapamu terlebih dahulu.
Dan... jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
(Imam Al-Ghazali)

Hormatilah rakan-rakan kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H