* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 28 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-118 2018 28 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-118 2018
28 April 2018
12 Syaaban 1439H

Sabtu

MUAFAKAT
Sikap orang yang cemerlang ialah saling bekerjasama dan saling membantu. Mereka sedar setiap orang mampu melakukan sesuatu. Dengan adanya muafakat, banyak perkara yang kita dapat capai. Apa yang kita tidak dapat mencapainya secara berseorangan, mungkin akan dapat dicapai sekiranya dilakukan dalam muafakat.

Kita tidak akan dapat mencapai sesuatu yang besar untuk organisasi sekiranya kita asyik menghalang atau melambatkan satu-satu usaha untuk mencapai sasaran yang dibuat oleh orang lain.
Apa yang perlu dilakukan ialah saling membantu melakukan usaha yang positif. Sudah pasti hasilnya kita mampu capai lebih besar daripada melakukannya secara bersendirian. Sentiasa mencari peluang yang baik untuk bekerjasama. Semakin banyak peluang usaha sama yang kita dapat, semakin banyak kemampuan kita menyusun kejayaan yang lebih cemerlang dan cekap.

Jadilah penyumbang kepada pembinaan @ pengupayaan sesebuah organisasi, bukan sebaliknya. 

Synergize

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-117 2018 27 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-117 2018
27 April 2018
11 Syaaban 1439H

Jumaat



MEMAHAMI UNTUK DIFAHAMI

Kadang-kadang kita merasakan orang lain semuanya tidak faham apa yang kita mahukan. 
Kalau kita sebagai ketua, kadang-kadang kita rasa anggota organisasi kita tidak memahami kehendak kita, tak menghayati hasrat dan visi kita.
Kenapa ????

Sebenarnya ... pertama sekali, kita perlu memahami kehendak orang lain terlebih dahulu dan akhirnya orang akan mula faham kehendak kita.

Jika kita telah bersusah payah dengan segala usaha untuk sesuatu tanpa memberi kefahaman betapa baik atau bernilainya apa yang kita usahakan, maka tiada siapa yang kisah kerana mereka tidak memahami betapa bernilainya apa yang kita hasilkan.

Jadi...  cubalah berikan orang lain faham untuk mereka akan memahami kita.
CUBALAH MEMAHAMI DAN DIFAHAMI.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Jumaat, 27 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-116 2018 26 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-116 2018
26 April 2018
10 Syaaban 1439H

Khamis

Orang Lain Tidak Perlu Gagal untuk menjadikan kita berjaya.


Untuk menjadi orang yang cemerlang, kita berfikir untuk menang-menang.
Contohnya saya menjual barangan saya dan anda pula menjual barangan milik anda. Kemudian saya membeli dan memuji barangan yang dijual oleh anda, akhirnya membawa peningkatan kepada perniagaan anda kerana kesan positif daripada testimoni saya tentang produk yang anda jual. 
Begitulah juga dengan sikap yang kita perlu tonjolkan terhadap orang lain. 
Jangan kita hanya berfikir tentang sikap kita sahaja...sedarilah bahawa di sekeling kita ada orang lain yang juga mempunyai sikap mereka yang tersendiri.

Perlu diingat jika kita mahu berjaya, orang lain tidak perlu gagal untuk jadikan kita berjaya.
Carilah kejayaan untuk kepentingan bersama.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Rabu, 25 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-115 2018 25 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-115 2018
25 April 2018
9 Syaaban 1439H

Rabu

KEUTAMAAN ORANG YANG CEMERLANG

Sikap mengutamakan apa yang penting. (First thing first). Perkara ini sebenarnya diambil daripada banyak tulisan warisan Islam yang dikaji oleh para ilmuan. 
Rasulullah  صلّي الله عليه وسلّم   amat mengambil berat perkara ini. Baginda sentiasa mengutamakan orang yang lebih perlu atau siapa yang lebih utama didahulukan.
Samada dalam pembahagian harta nafkah atau pembahagian zakat. Begitu juga dalam tindakan, perkara yang wajib perlu diutamakan dari yang sunat dan begitulah seterusnya. 

Apabila kita kaji dengan teliti apakah perkara penting yang kita senaraikan dalam hidup kita? Kita selalunya senaraikan apa yang paling penting itu adalah agama, seterusnya keluarga seterusnya pencapaian dalam pelajaran atau pekerjaan, pencapaian yang cemerlang dalam perniagaan dan juga gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan.  

Jarang sekali kita senaraikan apa yang penting itu seperti menonton TV, bermain game, slam atau meluangkan banyak masa dengan gajet atau bersembang kosong di media digital dan lain lain.
Namun ramai dalam kalangan kita menghabiskan banyak masanya pada perkara yang tidak penting. Jadi di mana kita letakkan perkara yang penting dalam kehidupan kita?

Mulakan yang terlebih utama.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 24 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-114 2018 24 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-114 2018
24 April 2018
8 Syaaban 1439H

Selasa

MINDA ORANG YANG CEMERLANG


Begin with the end in mind :  Apa yang ada di dalam minda kita yang mahu kita capai? Soalan yang paling mudah untuk kita ialah apa yang kita mahu? Kerana keinginan yang tinggi selalunya mendorong kejayaan manusia ke arah itu. Jika kita mahukan sesuatu dan kita berbuat sebaliknya, ia bermaksud kita mengundur ke belakang bukan menuju kepada target dalam hidup kita.


BETULKAN NIAT
TETAPKAN SASASAN
namun kena ingat.... SASARAN UTAMA IALAH KEREDAAN ILAHI DALAM SEMUA HAL

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 23 April 2018

Jom Baca

Reaksi :  

Lampiran :

PROMOSI POTONGAN GAJI BAGI TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI KE-113 2018 23 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-113 2018
23 April 2018
7 Syaaban 1439H

Isnin

PROAKTIF ORANG YANG CEMERLANG

Sikap Proaktif – Orang yang reaktif akan selalu membahaskan perkara yang tidak mampu dicapai lagi dan lagi. Terutamanya masalah di sekeliling mereka. Mereka disibukkan dengan rungutan dan keluhan tanpa merubah keadaan kepada lebih baik. Samada apabila berbicara, bertindak atau menulis. Mereka boleh duduk berjam jam membahaskan isu yang sama. Dengan sekecil kecil perkara hingga sebesar besar perkara.


Orang yang Proaktif sedar walaupun segala rungutannya ada kebenaran namun ia tidak membantu membaiki masalah. Dia mulakan dengan apa yang boleh dicapai, apa yang perlu dibaiki dan apa yang mampu diselesaikan. 
Golongan Proaktif menyelesaikan masalah dan golongan Reaktif senantiasa sibuk dengan keluhan tentang masalah.  Kegagalan adalah selangkah ke arah menuju kejayaan. Mereka yang Proaktif mengamalkan  kecekalan dalam  berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Sikap ini membuatkan mereka meraih kecemerlangan.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 22 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-112 2018 22 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-112 2018
22 April 2018
6 Syaaban 1439H

Ahad


PERUBAHAN BUKAN HANYA SATU EKSPEKTASI

Janganlah meletakkan harapan satu perubahan akan berlaku sekiranya kita tidak memulakannya atau membuatnya.
Harapan hanya akan tinggal harapan sahaja.
Dah lama kita hanya mengharap. Ia hanya akan berlalu begitu sahaja.
Mulalah dengan sesuatu yang positif.
Moga ia akan menjadi jariah yang berkekalan.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H