* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 5 Mei 2018

Perayaan Hari Guru Negeri Johor 2018

Reaksi :  



TITIK POSITIF HARI KE-125 2018 5 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-125 2018
5 Mei 2018
19 Syaaban 1439H

Sabtu

KESAL DIPERLAKUKAN


Antara lintasan hati yang datang secara sepontan atau mungkin ketika kita rasa putus asa, terdetik di hati dengan penuh kekesalan .. 
KENAPA ORANG PERLAKUKAN KITA BEGITU DAN BEGINI ?
RASA SEPERTI ORANG TIDAK ADIL DENGAN KITA.

Bisikan negatif mula menghantui kita.
Kenapa orang lain tidak bersama-sama kita walaupun kita seorang ketua.
Mungkinkah kita sebagai ketua yang tidak diakui. Satu persatu muncul tanda protes dan penolakan dicelah penerimaan.
Sebagai pengikut, mungkin kita rasa tidak dihargai, dizalimi secara tidak adil dan sebagainya. Mungkin juga rasa macam takde orang lain ke, asyik kita je yang kena buat itu dan ini.

Itu semua tanda bahawa syaitan dah mula cuba untuk menguasai diri kita sehingga kita lupa janji dan ketentuan Allah SWT.
Positifkan dulu dengan membisikkan dalam hati bahawa aku boleh buat. Kemudian terus melawan sifat negatif tersebut dengan memikirkan kenapa aku dipilih oleh Allah SWT untuk melalui semua ini?
Ambil sedikit masa untuk bermuhasabah dengan mencari punca dan asbabnya. Mungkin berpunca daripada diri kita sendiri.
Mungkin juga sebagai balasan Allah atau ujian Allah.
Mungkin kita pernah melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
Sementara itu juga, cubalah kenali diri kita lebih mendalam.
Kenalilah orang-orang di sekeliling kita supaya kita lebih berhati-hati. Perbaiki diri dan seterusnya berserah kepada Allah SWT. 
Pelbagaikan pendekatan dalam urusan kita. Mungkin kepelbagaian itu boleh membuka hati sesiapa sahaja dan menggerakkan organisasi kita ke arah yang lebih baik.

DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Jumaat, 4 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-124 2018 4 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-124 2018
4 Mei 2018
18 Syaaban 1439H

Jumaat

BINA KEYAKINAN DIRI
Latihan berterusan

Bagi terus membina keyakinan dini, kita perlu sentiasa latihkan diri kita.
Latihan akan membuatkan kita lebih sempurna.
Sekiranya kita mendapat satu tugasan yang baharu, jgn terus menolakannya dengan alasan tidak tahu, tidak pernah melakukannya dan sebagainya.
Setiap sesuatu bermula daripada tiada kepada ada. Bermula daripada tidak tahu kepada tahu.
Biasakan diri dengan sesuatu yang baharu.

Luaskan kuasa ilmu dan akal kita. Budayakan dan berfikiran terbuka dengan sesuatu yang baharu. Mungkin pada kita ia sesuatu yang baharu, tapi pada sesetengah orang ia bukan lagi yang baharu, bahkan dah jadi barang lapuk atau usang.
Kalau kita tidak biasakan dengan perkara yang baharu, kita akan terus tertinggal di belakang.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-123 2018 3 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-123 2018
3 Mei 2018
17 Syaaban 1439H

Khamis

BINA KEYAKINAN DIRI
Berfikiran Positif


Untuk menjadikan diri kita lebih berkeyakinan, kita perlu sentiasa berfikiran positif walau apa sekalipun yang berlaku.
Yang pertama kena ingat bahawa kita ada makhluk bersifat hamba, bukan tuan ataupun Tuhan.
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang Allah SWT letakkan hijab dan Allah sembunyikan.
Bersangka baiklah kepada Allah SWT.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-122 2018 2 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-122 2018
2 Mei 2018
16 Syaaban 1439H

Rabu

BINA KEYAKINAN DIRI
Perbaiki Imej dan Pemakaian Diri

Beranikan diri untuk menukar imej diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Bina watak dan personaliti yang baharu.
Carilah idola pemakaian yang terbaik untuk diikuti.
Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagi sahabat pada waktu itu.
Kita kini berada di zaman yang berbeza, suasana yang berbeza, namun tak boleh lari daripada hal halal dan haram.
Ingat ya... Jati diri kita sebagai orang yang beragama, orang yang beridentiti nasional, mempunyai jati diri yang kental bangsa Malaysia.

Cubalah pakai warna pakaian yang di luar kebiasaan. Kalau dulu selalu pakai gelap, cubalah pakai yang warna cerah pula.

Tapi.... janganlah keterlaluan sehingga melanggar etika berpakaian kita.
Pemakaian kita akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-121 2018 1 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-121 2018
1 Mei 2018
15 Syaaban 1439H

Selasa

BINA KEYAKINAN DIRI

Jadikan diri kita seperti apa yang kita mahukan


Bagi mencapai apa yang kita mahukan, kita perlu tingkatkan kualiti dan prestasi kita tiga kali ganda lebih baik daripada sebelumnya.
Nak jadi seorang cemerlang, mestilah kerja dan tindakan kita juga cemerlang.
Sesuatu yang cemerlang tidak akan datang dengan usaha yang biasa.
Nak dapatkan perkara yang luar biasa, perlukan usaha yang luar biasa.
Budaya kerja dan cara berfikir perlulah lebih baik untuk mencapai sesuatu yang terbaik.

Ia akan mempengaruhi diri kita dari dalam dan membina keyakinan diri menjadi lebih tinggi. 

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-120 2018 30 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-120 2018
30 April 2018
14 Syaaban 1439H

Isnin

BINA KEYAKINAN DIRI

PENGESAHAN (Affirmations)

Bagi membina keyakinan diri, setiap hari kita perlu mulakan dengan satu pengesahan 'Affirmations' yang baik.
Contoh : 
Aku adalah yang terbaik.
Inilah yang terbaik bagi diriku yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Aku adalah pekerja yang bagus.
Aku adalah orang yang terbaik dipilih oleh Ketua Jabatan untuk melakukan kerja ini.
Aku adalah suami yang bagus.
Aku adalah isteri yang solehah.
Aku adalah ibu yang baik.
Aku adalah seorang guru yang bagus.

Apa yang kita hendak, perlu dituturkan setiap hari kerana ia akan mempengaruhi minda dan emosi serta tingkahlaku kita.

Amalkan kaedah ini setiap hari. Insya Allah anda sentiasa positif.
Kita akan merasai perubahannya.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 29 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-119 2018 29 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-119 2018
29 April 2018
13 Syaaban 1439H

Ahad

SHARPEN THE SAW

Bagi orang yang cemerlang, tajamkan gergaji bermaksud tajamkan ilmu dan kemahiran.
Dengan ilmu dan kemahiran yang tinggi, kita akan dapat mencapai kejayaan dengan lebih pantas. Kita mungkin merasakan tindakan menajamkan gergaji menghabiskan masa atau melambatkan kerja. 
Sebenarnya rakan-rakan..... itulah asas kepada cemerlangan.
Kita tidak boleh hanya mendabik dada dengan ilmu atau kemahiran yang kita ada sekarang.
Luaskan kuasa ilmu dengan kembali kepada yang asas sebab apa kita dijadikan dan diberikan tanggungjawab di muka bumi ini.
Luangkan masa setiap hari untuk tajamkan atau baiki kualiti keberhasilan kita, kerja kita dan diri kita, lama kelamaan kita akan lihat kejayaan lebih dekat dengan begitu pantas.

Ilmu bukan terletak pada sijil, pangkat dan gred jawatan,.... bukan juga alat atau bahan untuk dibanggakan dan memperlekehkan orang lain.

Ingatlah bahawa ilmu itu sebenarnya datang daripada Allah SWT melalui orang yang terdahulu, yang telah mengajar kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H