* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 12 Mei 2018

Penjawat Awam hormati keputusan PRU14

Reaksi :  
KUALA LUMPUR, 10 Mei : Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini meminta penjawat awam di negara ini menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan terus menjalankan tanggungjawab mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Beliau juga menyeru mereka agar kekal setia kepada raja, negara dan kerajaan yang dipilih.
“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem d emokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, kita harus menghormati keputusan PRU14 seperti mana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 132 (2A), setiap penjawat awam akan terus berkhidmat selama mana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ali membuat gesaan itu meliputi semua anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, badan berkanun persekutuan dan negeri, serta pihak berkuasa tempatan.
‪Kenyataan Akhbar: Semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan- badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.‬
Image may contain: text
Rabu, 9 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-129 2018 9 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-129 2018
9 Mei 2018
23 Syaaban 1439H

Rabu


PILIHAN DI TANGAN KITA
HIDAYAH MILIK YANG MAHA ESA

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya mendapat kebaikan sepertimana yang dia sendiri menyukainya”.
(Riwayat Bukhari No: 12 Hadis Sahih)

1.  Ukhuwwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.

2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

3.  Ibn Qayyim menyatakan :
a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain.
b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.

4.  Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah. Langkah strategik Baginda ini demi memastikan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang maju dan makmur.

5.  Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

Hari ini,  kita akan membuat pilihan bagi menentukan kepimpinan negara dalam sistem demokrasi negara kita.
Kenali diri kita terlebih dahulu,  kembalikan yang asas... Iaitu siapa kita sebenarnya?  Siapa yang menjadikan kita?  Kenapa kita dihantar ke dunia ini?
Semak peranan dalam amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Buatlah pilihan dengan bijak. Jadikan perkara yang lepas dan sedang berlaku sebagai bahan untuk bermuhasabah.
Mintalah petunjuk daripada Allah SWT.
Utamakan yang beragama dan menghayati agamanya.
Utamakan organisasi yang boleh membawa kita menjadi sebuah negara yang diberkati, diredai..
Ciri-ciri kepimpinan dan dasar yang dibawa menjadi kayu ukur yang releven sebagai asas kepada satu pilihan.

PRU ke 14 hari ini .
Keputusannya akan diketahui selepas pengundian dan pengiraan tamat. Yang menang kita ucapkan tahniah dan syabas. Selamat mengemudi Negara menuju Negara Rahmah. Yang kalah bukan bermakna agenda mengisi kesejahteraan dan kegemilangan Negara telah tamat.  Marilah kita pertautkan kembali kasih sayang dan ukhuwwah. Buang jauh-jauh perselisihan dan perbezaan yang ada. Buktikan kesempurnaan iman kita dengan saling berkasih sayang.  Mari kita bina  Negara Malaysia yang cemerlang dan diampuni Allah.
Bersama Membina Negara Rahmah.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 8 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-128 2018 8 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-128 2018
8 Mei 2018
22 Syaaban 1439H

Selasa

BAYANGAN FIKIRAN BOLEH BERTUKAR MENJADI REALITI


Konsep "Law of Attraction" ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.
Apa yang kita fikirkan, boleh benar-benar terjadi.
Satu hari Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit (demam).
Baginda bersabda : " Semoga penyakitmu ini akan menjadi penghapus dosamu. "
Orang itu menjawab : " Tapi ini demam yang mendidih. Jika terkena kepada orang tuan, nescaya akan membawa maut. 
Mendengar keluhan tersebut, maka Rasulullah SAW bersabda :
" Kalau demikian anggapanmu, maka demikianlah akan terjadi." 
(Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda lagi : 
" Barangsiapa yang reda, maka keredaan itu untuknya. Barangsiapa yang mengeluh, maka keluhan itu akan jadi miliknya."
(At-Tarmizi)

"Salah satu kebahagian seseorang ialah bila dia boleh menerima keputusan Allah SWT."
(Riwayat Ahmad)

Jika kita memikirkan kebahagiaan, maka kita akan bahagia. Jika kita memikirkan kesediahan, kita akan jadi sedih.
Jika kita sentiasa memikirkan kegagalan, maka kita akan gagal.
Jika kita sentiasa berfikiran sukses, maka kita akan sukses.

"YOU ARE WHAT YOU THINK."

Jadinya.....jom kita berfikiran positif dan jangan biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita. Jadi tetaplah bersemangat dan jangan menyerah kalah kepada keadaan. 
Tugas kita hanya dua... berdoa dan berusaha secara optimal.
Selanjutnya bukan lagi kuasa kita... bertawakkallah.

"Ketika seorang hamba berkata لا حول ولا قوة الا بالله  maka Allah berfirman :
Lihatlah wahai malaikat, orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaku. 
(Riwayat Ahmad)

Fikirkanlah yang baik-baik.
Berkatalah yang baik-baik.
Bertindaklah yang baik-baik.
Insya Allah yang datangnya nanti hanya yang baik-baik.

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
Terimalah amalan kami Ya Allah.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 7 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-127 2018 7 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-127 2018
7 Mei 2018
21 Syaaban 1439H

Isnin

Kadangkala perkara negatif muncul secara tidak semena-mena tanpa diundang.

Pagi-pagi dah menggangu pemikiran dan titik mula kehidupan pada hari tersebut.
Kalau kita mengikut kecenderongan tersebut, maka kita akan terbawa-bawa dan hanyut dalam pemikiran yang negatif.
Tanamkan dalam diri bahawa kita lebih baik daripada pemikiran tersebut.
Dan.... kita boleh buat lebih baik.
Lawan tetap lawan.
Allah akan bersama kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 6 Mei 2018

PROGRAM KESIHATAN DAN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2018

Reaksi :  
PROGRAM KESIHATAN DAN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2018

Program akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 06 Mei 2018 (Ahad)
Masa: 9.00pg-1.00 ptg
Tempat : Unit Tabung Darah Hospital Mersing

Tarikh : 10 Mei 2018 (Khamis)
Masa: 9.00pg-3.30ptg
Tempat: SMK Nitar

Tuan puan dijemput hadir bagi membantu pihak hospital untuk memberi kepada insan yang memerlukan. Sumbangan anda amatlah dihargai...

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi ditalian
Tn Hj Mohd Yazid - 0137738308
Putera Rizzurin - 01114443100

Terima kasih.

TITIK POSITIF HARI KE-126 2018 6 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-126 2018
6 Mei 2018
20 Syaaban 1439H

Ahad


AKU ARKITEK HIDUPKU

Kita adalah arkitek kepada hidup kita.
Kita membina asasnya dan memilih kandungannya.
Binalah asas yang kuat kepada kehidupan kita.
Perubahan bermula daripada diri sendiri. Binalah asas kepada perubahan untuk perubahan. Dunia berubah dan terus meninggalkan kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H