* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 19 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-133 2018 13 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-133 2018
13 Mei 2018
27 Syaaban 1439H

Ahad

BERILAH RUANG.


Kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan dilakukan oleh sesiapa sahaja....  Kita bukan seorang yang maksum. (terpelihara daripada kesilapan) 

AlHamdulillah, syukur sekiranya kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa menyedari kesilapan yang telah dilakukannya. 
Sebagai seorang manusia,  kita sepatutnya mencari peluang untuk bertaubat dan terus memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. 
Kalau kita sebagai ketua,  berilah peluang itu kepada orang yang di bawah kawalan kita. Bersangka baiklah bahawa semua orang mampu berubah. Berilah peluang kepada mereka untuk berubah.. mungkin sekali sudah memadai,  mungkin juga beberapa kali kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. 
Sekiranya mereka tidak mahu berubah juga,  tunggulah masanya akan tiba. 
Bersabarlah kerana lain orang,  lain kerenah dan sikapnya. 
Teruskan berdoa.

#1TP1H
#IbnM

#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-132 2018 12 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-132 2018
12 Mei 2018
26 Syaaban 1439H

Sabtu

MUNAFIKKAH KITA?


Kata-kata munafik disematkan kepada orang yang tidak boleh dipercayai perkataan dan perbuatannya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah sikap bermuka-muka. Perkataan dan perbuatannya bukan lahir dari hari yang ikhlas.

Tidak ciri utama munafik ialah :
1) Bohong
2) Inkar janji.
3) Khianat

Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika diberi amanah dia berkhianat (HR. Al- Bukhari)

Berbohong adalah bukan sikap seorang muslim. Bukan sikap orang yang beriman.
Suka tidak menepati janji juga antara sikap orang munafik. Apabila kita berjanji kepada seseorang berusahalah untuk menepatinya. Kalau tidak sanggup, berkatalah jujur. Jadi berhati-hatilah dalam berjanji, kerana jika sering mengingkarinya, kita boleh termasuk dalam kelompok orang munafik.

Khianati amanah merupakan ciri orang munafik yang ketiga. Semakin besar kepercayaan yang dikhianati, semakin jelas tanda kemunafikan orang tersebut. 
Amanah boleh berbentuk pekerjaan, tugasan, kewajiban yang seharusnya kita penuhi , pangkat, jawatan dan lain-lain.
JAUHILAH KEMUNAFIKAN PROFESIONAL.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-131 2018 11 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-131 2018
11 Mei 2018
25 Syaaban 1439H

Jumaat

JADILAH CERMIN, BUKAN HANYA KANTA


Mungkin ada dalam kalangan kita yang hobinya suka mencari kesalahan dan sering menyalahkan orang lain apabila berlakunya kesilapan. Namun, hakikatnya kesilapan yang berlaku itu sebenarnya berpunca daripada dirinya sendiri tetapi enggan mengakui kesilapan itu sebaliknya menuding jari pula kepada orang lain.

ALLAH SWT berfirman: "Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al-Hujurat: 12)

Kita perlu menghakis amalan sikap kanta ini dalam diri kita. Ia satu penyakit yang boleh merosakkan diri kita dan organisasi. 
Sebaliknya kita harus memiliki sikap seperti cermin dalam diri kita. Jadilan orang yang suka bermuhasabah diri, mengaku kesilapan yang dilakukan, tidak suka mencari kesalahan orang lain dan suka memaafkan kesalahan orang lain.

Baginda SAW bersabda: "Orang yang pandai adalah yang menghisab (muhasabah) dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap ALLAH." (Riwayat Tirmizi)

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-130 2018 10 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-130 2018
10 Mei 2018
24 Syaaban 1439H

Khamis

MENGHARGAI KESILAPAN
Expected-Respected-Inspected-Corrected-


Selagi kita seorang manusia dan makhluk yang diciptakan oleh Yang Maha Esa tidak terpelihara daripada melakukan kesilapan. Semua orang berpotensi untuk melakukan sesuatu yang betul dan juga kesilapan yang mungkin didorong oleh faktor-faktor tertentu.

Apa yang penting ialah pertimbangan iman, ilmu dan akal perlu diletakkan di barisan yang paling hadapan. Ianya bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja, bahkan keluarga dan masyarakat atau ummah keseluruhannya.

Kesilapan dan risiko yang mungkin terbit boleh dijangkakan. Kita boleh jangka sesuatu akan berlaku begitu dan begini. Daripada jangkaan itu, kita boleh merancang untuk mengurus risiko tersebut dalam pelan yang berbeza.

Kesilapan yang  disedari amat penting dan ia merupakan satu sesi pembelajaran yang berguna. Malang sekali sekiranya kesilapan tersebut tidak disedari.
Hormatilah kesilapan yang berlaku... dan hormatilah rakan kita yang mungkin telah mendorong kita menyedari titik-titik sedar tersebut.

Kesilapan yang berlaku, tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Atau terus ditegakkan seperti cubaan untuk menegakkan benang yang basah.
Kesilapan perlu dianalisa dengan baik dan mengambil kira semua aspek. Tindakan koreksi dan pembetulan perlu dibuat sesegera yang mungkin, bukan oleh orang lain, tapi oleh diri kita sendiri.
Pelajarilah sesuatu daripada kesilapan, bukan bermegah dengan kesilapan.  

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Khamis, 17 Mei 2018

Selamat Hari Guru - MERSING HEBAT

Reaksi :  

Pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu

Reaksi :  



Buletin Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM Bil. 1 / 2018

Reaksi :  
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Buletin Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia “EMPATI” bil. 1/2018 pada kali ini memaparkan:

·         Sambutan sedekad BPsK pada 7-8 Mac 2018 sempena tahun ke-10 penubuhan BPsK dengan bertemakan “Peneraju Kesejahteraan Insan”. Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada 8 Mac 2018 bersama Kaunselor Organisasi KPM seluruh Malaysia.
·         Melestarikan Kelab: Mesyuarat Agung Kelab BPsK KPM telah diadakan pada 19 Januari 2018 bagi membubarkan jawatankuasa Kelab Sesi 2016/2017 dan melantik ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2018/2019
·         Inisiatif #57: Terengganu, 27-29 Mac 2018 : Bertempat di Telltrack IPG Kampus Dato’ Razali, BPsK bersama beberapa Tok Batin, GBK dan Kaunselor Organisasi dari beberapa negeri telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di Bawah Inisiatif #57 Transformasi Pendidikan Orang Asli. Beberapa aktiviti dijalankan untuk meningkatkan minda orang asli dalam pendidikan serta menguatkan ukhwah bersama mereka.
·         Cakna Murid Bekeperluan Khas: Tanggal 14 Februari 2018, Rabu, buat julung-julung kalinya dalam sejarah Sedekad BPsK , 16 orang Guru Bimbingan Kaunseling, GBK dan Guru Pendidikan Khas , GPK dikumpulkan bagi mengadakan sesi sumbang saran bertujuan memantapkan lagi jalinan kerjasama . Pertemuan yang dijalankan oleh Unit Profesionalisme Kaunselor BPsK ini bermatlamat untuk memperkasakan kebolehupayaan GBK bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada Murid Bekeperluan Khas (MBK).
·         Program Bicara Santai: Dasar-dasar Baharu KPM.
·         Kursus Asas Pendidikan Khas: Bagi memantapkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk Murid Bekeperluan Khas (MBK).
·         Majlis Persaraan: Pada 24 April 2018, telah diadakan majlis persaraan Tn. Hj. Engliman bin Roslan A.M.N. Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM yang bersara pada 25 April 2018.

Bahagian Psikologi dan Kaunseling
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tingkatkan Pengetahuan dengan EPSA

Reaksi :  

Kegunaan BPK

Reaksi :  

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam KPM Sesi 2/2018

Reaksi :  
cid:image001.jpg@01D3ED2A.86CDA5F0
Rabu, 16 Mei 2018

Penghargaan kepada Mantan Perdana Menteri ke- 6 dan Kabinet

Reaksi :  
AlHamdulilah, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan terdahulu di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak.
Jasa bakti Tuan/Puan akan terus dalam ingatan kami.


Selasa, 15 Mei 2018

Tahniah Perdana Menteri ke-7

Reaksi :  

 



Buku Melangkah Kehadapan

Reaksi :  
Buku Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2108 telah siap dicetak. Di bawah ini pautan untuk muat turun buku tersebut dalam bentuk ebook. 
Selamat membaca!

Melangkah_kehadapan_pdf.pdf

Selamat Hari Guru 2018

Reaksi :