* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 2 Jun 2018

TITIK POSITIF HARI KE-153 2018 2 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-153 2018
2 Jun 2018
17 Ramadan 1439H

Sabtu

SEMASA BERTANYA


Semasa membuat pertanyaan, gunalah bahasa yang jelas dan mudah difahami. Bertanyalah dengan sopan dan paling penting ialah berhati-hati semasa membuat andaian.
Jangan bersikap agresif dan kurang ajar. Jangan terlalu mendesak dan bersederhanalah.
Sekiranya tidak berpuas hati dengan jawapannya, bertanyalah sekali lagi agar dapat kenalpasti sumber informasi berkenaan.
Pastikan soalan yang ditanya tidak melencong daripada tujuan utama.
Jangan membuat orang yang ditanya tidak selesa. Ingat kita bukan sedang menyoal siasat.
Jangan memotong bicara orang yang sedang memberikan jawapan. Dengar dulu dengan teliti. Fikirkan dahulu secara saksama dan terbuka kepada jawapan yang diberikan.
kalau tak faham, mintalah penjelasan lebih lanjut. Teruskan bertanya sehingga faham dan akhir sekali, mintalah nasihat.
#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Jumaat, 1 Jun 2018

Penjelasan Pelaksanaan SKPMg2

Reaksi :  
Kenyataan Media berkaitan Penjelasan Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

TITIK POSITIF HARI KE-152 2018 1 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-152 2018
1 Jun 2018
16 Ramadan 1439H

Jumaat

SEBELUM BERTANYA

Sebelum membuat pertanyaan, carilah maklumat sebanyak yang mungkin. Pertanyaan akan menjadi lebih bernas sekiranya kita mengetahui maklumat tambahan.
Bertanyalah balik kepada diri sendiri.. Apakah masalah akan dapat diselsaikan apabila kita mengetahui jawapannya?
Lihatlah masalah daripada banyak sudut.  Apabila kita memandang sesuatu masalah daripada beberapa sudut yang berbeza, kita akan menjumpai banyak perkara yang mungkin kita belum ketahui sebelum ini atau mungkin ada sesuatu yang kita terlepas pandang.
Tuliskan dahulu soalan yang kita mahukan, berdasarkan informasi yang kita miliki sekarang.
Kemudian.... carilah orang yang tepat untuk ditanya.
Insya Allah ... akan ada jalan penyelesainnya. 

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Khamis, 31 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-151 2018 31 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-151 2018
31 Mei 2018
15 Ramadan 1439H

Khamis

BERTANYA

"Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui."
(An.Nahl, 16:43)

Bertanya adalah satu petua yang efektif untuk memperkembangkan maklumat dan ilmu kita.
Jika tak faham atau tidak tahu, perlulah bergaul dengan rakan-rakan sebaya dan bukan sebaya.
Jika kita tidak mengetahui sesuatu, maka bertanyalah.
Bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui kerana duduk sekadar menunggu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan menimbulkan masalah dan menjejaskan kelancaran organisasi. Tindak ikut kepada sesuatu arahan akan tertangguh yang akhirnya memberi tekanan kepada Ketua Jabatan serta organisasi keseluruhannya.

Janganlah berlagak dengan ilmu sediada, sebaliknya asahlah ia dengan saksama.
Ia akan menjadi lebih baik dan bermakna sekiranya potensi diri dikembangkan dengan diasah serta ditambah nilai dengan maklumat dan kemahiran yang baharu.

Jika kita diberi peluang untuk bertanya, jangan teragak-agak untuk mengambil kesempatan. Kebiasaanya terdapat tiga jenis orang yang tiada soalan :

1) Dia memang faham. Maka tiada apa yang hendak ditanya.
2) Dia memang tidak faham. Maka tidak tahu apa yang ingin ditanya.
3) Dia buat-buat tidak faham. Tetapi dia sebenarnya tidak faham. Dia buat-buat faham kerana takut untuk bertanya.

Sikap suka bertanya akan menghasilkan satu ciri psikologi yang positif iaitu kuat berfikir. Hasilnya.... minda kita akan lebih aktif dan matang 

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Rabu, 30 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-150 2018 30 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-150 2018
30 Mei 2018
14 Ramadan 1439H

Rabu

PROFESION KITA

Walau apapun profesion kita, yang paling penting ialah niatkan kerana Allah SWT. Kemudian kita hendaklah berniat untuk memberikan manfaat kepada agama dan juga organisasi atau generasi sekarang.
Profesion kita mestilah sesuatu yang berasaskabn kepada kebaikan ( Amar Makruf ) dan pencegahan kemungkaran ( Nahi Mungkar) serta bertujuan untuk menyebarkan kebenaran yang hakiki.
Jadilah guru yang  beriman.
Jadilah doktor yang beriman.
Jadilah polis yang beriman.
Jadilah usahawan yang beriman.
Jadilah pemimpin yabg beriman. 
Jadilah pengikut yang beriman. 
Jadilah manusia yang beriman. 
Jadilah sesiapa sahaja. .... 
YANG PENTING IALAH KITA SEMUA BERIMAN KEPADA ALLAH SWT.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Selasa, 29 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-149 2018 29 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-149 2018
29 Mei 2018
13 Ramadan 1439H

Selasa

CAPAI MATLAMAT


Setiap orang ada matlamat hidup masing-masing. Mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapainya. Pelbagai usaha dibuat... namun kena ingat halal dan haramnya. Matlamat juga tidak akan menghalalkan cara.


Untuk mencapai matlamat, kita perlukan dua perkara.

1) Dorongan (motivasi) untuk mengatasi halangan.
2) Perancangan yang betul.

Pastikan hati kita mempunyai motivasi yang tinggi sebelum memulakan langkah bagi mencapai matlamat tersebut. Setiap langkah perlu dirancang dengan baik dan mengambil kira risiko yang mungkin ditempohi sepanjang perjalanan menuju matlamat berkenaan.
Tetapkan matlamat yang betul, sucikan niat dan lestarikan usaha yang berterusan serta bertawakal... Insya Allah ianya akan menjadi mudah. 

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Isnin, 28 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-148 2018 28 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-148 2018
28 Mei 2018
12 Ramadan 1439H

Isnin

BAIK TIDAK BERMAKNA IKHLAS


Sukarnya untuk mengenalpasti satu keikhlasan. Ia tidak boleh ditunjukkan hanya dengan sekadar kata-kata. Orang yang baik seringkali dikatakan dia ikhlas.

Namun dalam banyak keadaan, akhirnya kita keliru antara kebaikan dan keikhlasan.
Ikhlas adalah satu bicara hati. Kita tak mampu membaca hati manusia.

Jadilah orang yang ikhlas, bukan yang paling baik.
Sebab dalam kebaikan, belum tentu ada keikhlasan.
Tapi.... orang ikhlas, Insya Allah akan ada baiknya.
#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat
Ahad, 27 Mei 2018

TITIK POSITIF HARI KE-147 2018 27 Mei 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-147 2018
27 Mei 2018
11 Ramadan 1439H

Ahad

TANGGAPAN AWAL MUNGKIN BENAR, MUNGKIN SILAP

Bila pertama kali bertemu dengan seseorang, kita sering meletakkan satu tanggapan tertentu hasil pertemuan yang singkat dengan mereka. Tanggapan itu mungkin dipengaruhi oleh pengetahuan sediada atau pengaruh luar yang datang tanpa sempat meneliti tahap kesahannya. Benar atau tidak informasi tersebut akan mempengaruhi tanggapan atau persepsi awal kita.

Janganlah kita menghukum seseorang seawal pandangan pertama.
Garam dan gula itu sama pada warnanya, namun kita akan tahu manis atau masinnya setelah kita merasainya.

Jadinya.... binalah tanggapan yang baik. Binalah peribadi yang baik supaya kita sentiasa baik dan ditanggap baik.

#1TP1H

#IbnM

#MersingHebat