* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 21 Julai 2018

Sasterawan Negara kembali ke DBP

Reaksi :  
Kenyataan Media Rasmi YB Menteri Pendidikan mengenai membawa sasterawan negara kembali ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kasut Sekolah Hitam akan dilaksanakan secara berperingjat

Reaksi :  



Khamis, 19 Julai 2018

TITIK POSITIF HARI KE-179 2018 28 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-179 2018
28 Jun 2018
14 Syawal 1439H
Khamis


Orang sombong juga tidak senang dengan kejayaan orang lain.
oo… banyak juga kita dapat kesan sikap dalam diri kita ni.
Ia boleh berlaku di mana-mana.
Carilah kejayaan orang lain untuk membina diri kita. Jadikan orang yang telah cemerlang sebagai rakan dan sahabat.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-178 2018 27 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-178 2018
27 Jun 2018
13 Syawal 1439H
Rabu


Antara lain sikap orang yang sombong ialah suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
Ini umpana kuman di seberang sungai nampak, tapi gajah di depan mata tidak nampak.
Kesalahan orang lain, biarpun kecil, ia Nampak di depan mata… tetapi keslahan sendiri tidak disedari walaupun sebesar gajah.
Itulah maksudnya supaya kita sentiasa bermuhasabah diri dalam memperbaiki kelemahan diri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-177 2018 26 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-177 2018
26 Jun 2018
12 Syawal 1439H
Selasa

Masih cerita tentang sikap ini… agak kita boleh positifkan keadaan ini menjadi sebaliknya.
Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
Cari kelebihan orang lain untuk membina kelebihan dan membina potensi diri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-176 2018 25 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-176 2018
25 Jun 2018
11 Syawal 1439H
Isnin


Orang sombong juga dikatakan tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.
Ramai terkena ni kerana kesibukan dan sikap diri kita sendiri.
Ada orang yang mempunyai prinsip tidak suka mengganggu atau menyusahkan orang lain.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-175 2018 24 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-175 2018
24 Jun 2018
10 Syawal 1439H
Ahad


Orang sombong juga kurang memberikan simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
Ada udang di sebalik batu.
Sekarang bukan masa kita nak tunjuk simpati tapi sebenarnya membudayakan penghayatan simpati tersebut dalam diri kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-174 2018 23 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-174 2018
23 Jun 2018
9 Syawal 1439H
Sabtu


Kita masih bercerita tentang penyakit sombong kerana penyakit ini kadang-kadang boleh bertapak dalam diri kita tanpa sedar.
Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja…. Tu tandanya ada kesombongan dalam diri kita.
Bila duduk juga, bersilang kaki.
Jagalah adab kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Rabu, 18 Julai 2018

TITIK POSITIF HARI KE-173 2018 22 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-173 2018
22 Jun 2018
8 Syawal 1439H
Jumaat


Kurang mensyukuri nikmat Allah SWT juga dinyatakan sebagai salah satu ciri orang yang sombong.
Rezeki yang ada dibazirkan atau dibuang negitu sahaja walaupun dalam masa yang sama ramai orang lain yang membutuhkannya.
Sikap ini bukan hanya menunjukkan kesombongan kepada manusia tetapi juga kepada Allah SWT.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-172 2018 21 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-172 2018
21 Jun 2018
7 Syawal 1439H
Khamis


Satu lagi penyakit yang menghiasi diri seseorang ialah suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.
Ini juga salah satu ciri orang yang sombong.
Perkara tersebut mungkin berlaku tanpa sedar kerana kebiasaan.. Biasa menuturkan kata-kata atau tindakan yang boleh disalah ertikan oleh orang lain seolah-olah menghina.. Dalam ketegasan atau gurau, kita lupa bahawa di sana ada yang terasa dihina.
Jagalah tutur kata kita…

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-171 2018 20 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-171 2018
20 Jun 2018
6 Syawal 1439H
Rabu


Setiap manusia mempunya watak dan kerenah diri tersendiri. Agak sukar untuk menerima kelemahan sendiri.
Penyakit sombong juga tidak ketingggalan. Antara ciri-ciri orang yang sombong ialah suka menceritakan kelebihan diri sendiri kepada orang lain tanpa diminta.
Sedar ataupun tidak, kita mungkin pernah melaluinya. Pusingkan perasaan sombong dan bangga diri itu kepada satu bentuk perkongsian untuk tujuan syiar dan membina organisasi.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Selasa, 17 Julai 2018

TITIK POSITIF HARI KE-170 2018 19 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-170 2018
19 Jun 2018
5 Syawal 1439H
Selasa

Penyakit sombong boleh hadir tanpa disedari. Kadangkal kita tida menyedarinya, namun rakan-rakan kita mampu untuk menyedarkan kita. 
Antara sikap orang sombong ialah kurang menghormati pemberian orang lain.
Setiap pemberian semestinya ada niat dan tujuannya.. kenalpasti tujuan tersebut dan hormatilah ia.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Isnin, 16 Julai 2018

TITIK POSITIF HARI KE-169 2018 18 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-169 2018
18 Jun 2018
4 Syawal 1439H
Isnin


Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.
Dah banyak sangatkah pahala untuk berikan kepada orang lain.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-168 2018 17 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-168 2018
17 Jun 2018
3 Syawal 1439H
Ahad


Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.
Ini maknanya tiada keikhlasan dalam pergaulan.
Jadilah seorang yang mesra dan terbuka dengan semua orang.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-167 2018 16 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-167 2018
16 Jun 2018
2 Syawal 1439H
Sabtu


Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.
Memang sombong betul ni… seolah-olah dunia ni dia yang punya.
Ingatlah orang yang zalim akan dilaknat oleh Allah SWT… Dan doa orang yang dizalimi tiada hijab.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-166 2018 15 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-166 2018
15 Jun 2018
1 Syawal 1439H
Jumaat


Suka dihormati juga merupakan salah satu sikap orang yang sombong.
Ingatlah bahawa orang yang tidak menghormati orang lain, nescaya tidak akan dihormati.
Rahmatilah semua orang. Rahmat Allah adakah yang terbaik

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-165 2018 14 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-165 2018
14 Jun 2018
29 Ramadan 1439H
Khamis


Orang sombong juga, kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.
Dahlah bersalah, masih sombong dan megah dalam kesombongan.
Bermaafanlah setiap hari. Maafkanlah orang lain..
Insya Allah orang lain juga akan memaafkan kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-164 2018 13 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-164 2018
13 Jun 2018
28 Ramadan 1439H
Rabu


Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
Sebaliknya bersikap mendendami orang lain… mungkin ianya berlaku tanpa sedar dek kerana kebiasaan.
Jadinya … maafkanlah kesilapan orang lain kerana kita juga membutuhkan kemaafan. Kita juga tidak maksum daripada kesilapan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-163 2018 12 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-163 2018
12 Jun 2018
27 Ramadan 1439H
Selasa


Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.
Kadangkala dalam banyak keadaan, kita tidak sedar bahawa kita telah bersikap kasar. Bila kita berada dalam kebiasaan yang kasar, maka mungkin kita akan berterusan kasar dan mengasari orang lain. Jadilah orang yang lemah lembut dan mesra dengan semua orang.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-162 2018 11 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-162 2018
11 Jun 2018
26 Ramadan 1439H
Isnin


Lagi tanda kesombongan yang kadang-kala kita tidak menyedarinya. Terlalu ghairah bercakap sehingga lupa dengan siapa kita sedang bercakap.
Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap.
Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-161 2018 10 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-161 2018
10 Jun 2018
25 Ramadan 1439H
Ahad


Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti.
Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.
Sematkan amalan budaya mendengar kata-kata daripada sesiapa sahaja. Terimalah setiap pandangan dengan positif.
Ini kerana bukan hanya kata-kata kita sahaja yang benar.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-160 2018 9 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-160 2018
9 Jun 2018
24 Ramadan 1439H
Sabtu


Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
Suara yang tinggi dan lantang akan membuahkan suasana yang tidak menyenangkan dalam sesebuah organisasi.
Rendahkan suara anda, Insya Allah orang akan dengar juga… tak perlu menjerit-menjerit.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-159 2018 8 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-159 2018
8 Jun 2018
23 Ramadan 1439H
Jumaat


Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan. Sikap ini akan merosakkan hubungan dan komunikasi dalam sesebuah organisasi.
Pihak atasan tidak semestinya sentiasa betul. Orang bawahan juga berhak untuk dihargai.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-158 2018 7 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-158 2018
7 Jun 2018
22 Ramadan 1439H
Khamis


Memilih Kawan

Orang yang sombong akan memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.
Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.
Tidak pasti siapa yang meletakkan taraf tersebut… satu persoalan yang perlu dijawab dengan nada yang positif.
Berkawanah dengan jujur. Bersahabatlah untuk dunia dan akhirat.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-157 2018 6 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-157 2018
6 Jun 2018
21 Ramadan 1439H
Rabu


Marah dalam Perbincangan

Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.
Carilah titik pertemuan positif yang ada di kedua-dua belah pihak. Carilah titik persamaan dengan harmoni.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-156 2018 5 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-156 2018
5 Jun 2018
20 Ramadan 1439H
Selasa


Payah Terima Pandangan Orang Lain

Jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.
Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. Sebaliknya bermati-matian menegakkan benang yang basah dan melempiaskan kesalahan kepada orang lain. Bersikaplah jujur dengan diri sendiri. Carilah kesejahteraan hidup di celah desakan sikap yang dah lama terpahat dalam diri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-155 2018 4 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-155 2018
4 Jun 2018
19 Ramadan 1439H
Isnin


Ilmu Orang Yang Sombong

Ilmu tidak akan bermanfaat sekiranya berada di tangan orang keras hati, sombong dan kasar.
Seorang yang betul-betul berilmu tidak akan bersikap seperti itu.
Ilmu tersebut tidak akan ke mana-mana.
Jadi… lembutkanlah hati yang keras, jauhilah sikap sombong dan takabbur.
Hayatilah ilmu dan ajarlah orang lain. Semoga menjadi jariah yang berpanjangan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat