* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................


KEMPEN KESEDARAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK)

Reaksi :  
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor
Semua Pengetua 
Sekolah Menengah Harian
Negeri Johor
Tuan/Puan,
KEMPEN KESEDARAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum bahawa Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) merupakan dokumen penting bagi urusan seseorang pegawai awam.
3. Bagi memupuk kesedaran kepada anggota perkhidmatan awam agar membuat semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) maka Unit Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menetapkan hari Khamis sebagai hari semakan BPK sebagaimana surat edaran yang dilampirkan.
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.           
Sekian.
LAMPIRAN
Surat Edaran JPNJ
LAMPIRAN
 Kempen Kesedaran BPK (Surat)
Ahad, 22 Julai 2018

TITIK POSITIF HARI KE-181 2018 30 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth.
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-181 2018
30 Jun 2018
16 Syawal 1439H
Sabtu


Fokus Minda

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
Pada kebiasaannya, kita lebih fokus kepada perkara negatif dan buruk. Ini sering berlaku walaupun perkara positif berlaku 9/10. Namun yang 1/10 negatif itu kita sering sebut sehingga menafikan 9/10 kebaikan yang ada.
Hasil daripada itu, minda kita akan menarik perkara yang negatif dan buruk menjadi keutamaan.
Kita tukar pemikiran tersebut menjadi sebaliknya… Nampakkan yang positif berbanding negatif.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-180 2018 29 Jun 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-180 2018
29 Jun 2018
15 Syawal 1439H
Jumaat

Lagi cerita tentang sikap hati yang sering terganggu dengan kerenah dalam diri kita sendiri.
Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita dengan hadisNya : "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat