* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 4 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-216 2018 4 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-216 2018
4 Ogos 2018
22 Zulkaedah 1439H
Sabtu

Perahu.

Wahai sahabat, kenali dirimu.
Ialah perahu tamthil tubuhmu.
Tiadalah berapa lama hidupmu.
Ke akhirat juga kekal diammu.

Lantaran itu, bersedialah untuk kehidupan yang kekal abadi.
Allah sayang anda.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 3 Ogos 2018

Awas HFMD

Reaksi :  







14 reasons why "it's okay to not feel okay"

Reaksi :  

Why failure is important for success

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-215 2018 3 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-215 2018
3 Ogos 2018
21 Zulkaedah 1439H
Jumaat


Sahabat

Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya.
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya.
Kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya.
Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya.
Kerana.. andainya dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya.

Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya.
Kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan menfitnahnya.
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya.
Kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.

Jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita sendiripun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya.

BERSEDERHANALAH DALAM PERSAHABATAN…
INSYA ALLAH KITA TIDAK AKAN MELIHAT KELEMAHAN ITU SEBAGAI SATU KELEMAHAN.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

Growth Mindset Vs. Fixed Mindset

Reaksi :  

Khamis, 2 Ogos 2018

Do's and Don'ts of Leadership

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-214 2018 2 Ogos 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-214 2018
2 Ogos 2018
20 Zulkaedah 1439H
Khamis


Tip Tenang
Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Rabu, 1 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-213 2018 1 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-213 2018
1 Ogos 2018
19 Zulkaedah 1439H
Rabu


Tip untuk tenang
Sentiasa menjadi insan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Selasa, 31 Julai 2018

Leaders who destroy Vs. Leaders who deliver

Reaksi :  
Leaders who destroy Vs. Leaders who deliver


10 ways to create a positive team culture in the workplace

Reaksi :  
10 ways to create a positive team culture in the workplace


TITIK POSITIF HARI KE-212 2018 31 Julai 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-212 2018
31 Julai 2018
18 Zulkaedah 1439H
Selasa


Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.
Tip untuk tenang.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Isnin, 30 Julai 2018

TITIK POSITIF HARI KE-211 2018 30 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-211 2018
30 Julai 2018
17 Zulkaedah 1439H
Isnin


Ada banyak tip untuk menenangkan hati yang gundah gulana. Tip utama yang paling asas ialah berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa.
Antara tip mudah ialah sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri. Teruskan kehidupan dengan emosi yang baharu.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-210 2018 29 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-210 2018
29 Julai 2018
16 Zulkaedah 1439H
Ahad


Kalau tidak dapat menjadi BATU PERMATA, Janganlah menjadi BATU API.
Hari pengakhiran kita kian hampir dan terus menghampirinya tanpa henti.
Pilihlah BATU yang boleh membantu kita di saat kita bersama-sama BATU NISAN nanti.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-209 2018 28 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-209 2018
28 Julai 2018
15 Zulkaedah 1439H
Sabtu


Satu hari nanti semuanya akan berbalik kepada diri kita semula.
Pusingan kehidupan akan berlaku tanpa kita maklum bilakah waktunya.

Yang menyanyangi akan disayangi.
Yang menyakiti akan disakiti.
Yang menghargai akan dihargai.
Yang membenci akan dibenci.
Yang membantu akan dibantu.
Yang membiar akan dibiar.
Yang menipu akan ditipu.
Yang berilmu terus diuji.

Pilihlah untu melakukan yang baik, Insya Allah kita akan menerima balasan yang baik di dunia dan di akhirat.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-208 2018 27 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-208 2018
27 Julai 2018
14 Zulkaedah 1439H
Jumaat


Tiada siapa yang pernah mendaki gunung kejayaan tanpa sebarang kecederaan walau luka kecil sekalipun...

Barangkali kegagalan itulah yang nantinya akan mendatangkan impak yang lebih besar kepda kerjayaan-kejayaan hebat mereka.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-207 2018 26 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-207 2018
26 Julai 2018
13 Zulkaedah 1439H
Khamis


Jika kita termasuk dalam golongan orang yang tetap senyum meskipun hatinya patah… tetap bersyukur meskipun hidup dunianya hancur… tetap berusaha bangkit meskipun telah berkali-kali jatuh, atau mungkin tetap tegar meskipun jiwanya seringkali dihentam dengan pelbagai masalah… tetap teguh dan berpegang kepada kebenaran meskipun dikelilingi kemungkaran.
Sebenarnya….. kita telah selamat kerana saat itu kita telah melepasi ujian Allah SWT.
Berbahagialah kerana kita telah menjadi salah seorang yang Allah SWT akan tinggikan darjatnya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-206 2018 25 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-206 2018
25 Julai 2018
12 Zulkaedah 1439H
Rabu


Orang yang berilmu mulia di sisi Tuhan dan manusia.
Seorang yang berilmu sudah pasti kita sangka ianya lebih baik daripada orang yang jahil… apa lagi kalau diukur dengan sijil yang mereka perolehi sebagai penanda aras pencapaian akademik mereka. Secara umumnya ramai masyarakat kita mengukur kualiti akademik pada sijil SPM, Diploma, Ijajah, Sarjana dan PHD… namun sebenarnya pensijilan tersebut telah mengecilkan skop ilmu itu tersendiri… kerana kalaupun seorang itu ada PHD dalam satu bidang, ia tidak bermakna ia juga PHD dalam semua bidang. Begitu juga yang lain.
Dengan kata lain, sekiranya seseorang mengetahui satu perkara, ia tidak bermakna dia tahu semua perkara.
Satu penyakit yang menjadi duri dalam daging orang yang berilmu ialah sifat munafik..

Saidina Umar pernah menyebut :

“ Yang paling aku takut atas umat ini adalah munculnya orang munafik yang berilmu”.
Jadinya… jom kita bersihkan diri daripada ciri-ciri orang munafik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-205 2018 24 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-205 2018
24 Julai 2018
11 Zulkaedah 1439H
Selasa


Kita sering keliru untuk membuat sesuatu keputusan dalam beberapa pilihan.
Banyak perkara perlu diambil kira demi kepentingan pelbagai pihak.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi memberikan sekurang-kurangnya 3 (tiga) cara dalam mempertimbangkan pilihan:
• Jika semuanya baik, pilihlah yang paling banyak kebaikannya.
• Jika ada yang baik dan ada yang buruk, pilihlah yang baik.
• Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
 

TITIK POSITIF HARI KE-204 2018 23 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-204 2018
23 Julai 2018
10 Zulkaedah 1439H
Isnin


Dalam kehidupan seharian kita, kita sering terserempak dengan kezaliman dan kemungkaran yang berlaku di depan mata kita sendiri.
Dalam banyak ketika, kita tidak mampu berbuat apa-apa… mungkin kuasa yang terbatas ataupun juga kerana mengambil langkah lebih selamat dengan berdiam diri.
Kezaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik.
Diam kita perlu bertempat. Ini kerana mesej Allah SWT amat jelas bila menghantar kita kepada satu-satu organisasi… tak kiralah organisasi itu kecil atau besar.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
Ahad, 29 Julai 2018

TITIK POSITIF HARI KE-203 2018 22 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-203 2018
22 Julai 2018
9 Zulkaedah 1439H
Ahad


Jangan kita iri hari kepada orang lain kerana satu-satu nikmat, kerana kita tidak tahu apa yang telah Allah ambil daripadanya.
Dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kita tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untuk kita.
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira-kira.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-202 2018 21 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-202 2018
21 Julai 2018
8 Zulkaedah 1439H
Sabtu


Balaslah keburukan dengan kebaikan. Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bilakah keburukan tersebut akan berakhir?
Barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-201 2018 20 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-201 2018
20 Julai 2018
7 Zulkaedah 1439H
Jumaat


Jika sakitnya dunia membuatkan kita lelah, maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suara kita dalam doa.
.......dan jangan kita tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kita bahagia.
Mengapa kita berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur?
Mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu?
Oleh kerana itu, tenanglah kerana kita selalu berada di bawah pengawasan Allah yang Maha Menjaga.
Ucapkan dengan hati kita sebelum dengan lisan kita..........kita serahkan segala urusan kepada Allah.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-200 2018 19 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-200 2018
19 Julai 2018
6 Zulkaedah 1439H
Khamis


Kesulitan boleh datang dan pergi. Dicelah kesenangan ada kesusahannya.
Optimiskan di saat segala urusan terasa sulit, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan".
Setiap yang sulit akan menjadi mudah bila kita sendiri meletakkan ekspektasi yang mudah.
Hati yang menerima kesulitan dengan diam, dan menilai kesulitan itu dengan positif akan menghasilkan satu kehidupan yang harmoni.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-199 2018 18 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-199 2018
18 Julai 2018
5 Zulkaedah 1439H
Rabu


Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu.
Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                              

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-198 2018 17 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-198 2018
17 Julai 2018
4 Zulkaedah 1439H
Selasa


Setiap hari, bila buka mana daripada tidur, kita sering jumpa buruk baik manusia. Telah menjadi lumrah alam bahawa kebaikan dan keburukan manusia berlaku setiap hari dan ada pasang surutnya.
Semua buruk baik sahabat atau pasangan kita boleh menjadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah berikan pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya…Carilah hikmah itu.

Minta Allah jaga hubungan kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah orang lain, tapi Allah boleh. Minta daripada Allah. Jagalah hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga kehidupan kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-197 2018 16 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-197 2018
16 Julai 2018
3 Zulkaedah 1439H
Isnin


Dalam pergaulan seharian kita, kesilapan dan kesalahan boleh berlaku di mana-mana.
Bermaaf-maafanlah bila berlaku kekhilafan. Rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan daripada sesiapa sahaja.
Jangan kita hanya nampak kelemahan orang lain tapi kita lupa kelemahan kita.
Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapan orang lain tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Lorong nikmat dan rahmat kita berbeza… mungkin rahmat Allah ada dicelah kekhilafan yang dimaafkan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-196 2018 15 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-196 2018
15 Julai 2018
2 Zulkaedah 1439H
Ahad


Kita adalah makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang-kadang terlalu menuruti kata hati.
Satu hal yang menakutkan ialah sekiranya kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati orang lain secara sengaja atau tidak sengaja.
Hati orang lain boleh luka tanpa kita sedar kerana penerimaan mereka tidak sama. Apa yang kita sebut A, tidak semestinya diterima sebagai A, mungkin B atau C.

Satu karenah yang sering berlaku ialah saat berdepan dengan satu sajapun keburukan seseorang, kita boleh lupa dengan kebaikan seseorang. Ia seolah-olah menafikan kebaikan-kebaikan yang dibuat sebelum ini, hanya dengan satu kesilapan kecil.
Ubahlah persepsi kita.. jangan menghukum orang lain hanya dengan satu andaian sahaja.  

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-195 2018 14 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-195 2018
14 Julai 2018
1 Zulkaedah 1439H
Sabtu


Masa terus berlalu meninggalkan kita. Masa tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Maka pergunakanlah masa yang ada ini untuk mencari ilmu yang bermanfaat dan mengutip ilmu yang boleh membezakan kita dengan orang yang jahil.
Jangan kita tangguh untuk membuat amal kebaikan. Janganlah kita berkata, aku akan berubah masa aku tua nanti.
Belum tentu kita boleh sampai ke umur tua.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-194 2018 13 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-194 2018
13 Julai 2018
29 Syawal 1439H
Jumaat


Allah menjadikan Malaikat dengan segala sifat dan ketaatannya yang wajib kita imani.
Allah menjadikan kita dengan segala kelemahan. Allah akan memuliakan kita dengan kemuliaan yang lebih tinggi daripada Malaikat sekiranya kita tahu caranya.

CARA ??? kena focus, kena teliti dan praktikkan. Bukan membuat andaian yang boleh membiarkan Iblis bertapak dihati kita.
Inilah masanya kita melihatc" between what we want and what we need ".
Tidak semua "What we want" adalah "what we need".

Antara KEPERLUAN DAN KEHENDAK.. kadang-kadang konflik ini menyebabkan kita membuat keputusan yang silap.

Kita hanya membesarkan nafsu bila kita hanya fokuskan pada "what we want " kerana yang paling banyak kehendaknya yang tak bertepi ini adalah nafsu .
"What we need" ketika berbuka puasa cukup dengan beberapa biji tamar dan barangkali segelas air berperisa .
Tapi kalau diikutkan "What we want" ... tak cukup jari sepuluh  kita membawa bungkusan makanan balik dari bazaar Ramadhan.

"What we need" kalau diteliti dengan cermat mampu menjadikan kita mulia disisi Allah .
Tuliskan "what we need" dan anda akan dapati untuk dapat kemuliaan disisi Allah tidak perlu pada pelaburan yang mahal.
Yang mahal adalah ganjarannya. Labur satu saham  kebaikan, untungnya dibayar  dengan tujuh ratus kali.
Insya Allah.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-193 2018 12 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-193 2018
12 Julai 2018
28 Syawal 1439H
Khamis


Manusia memang lemah dan tidak sempurna. Tetapi dengan kelemahannya dia mampu menjadi makhluk yang lebih mulia daripada malaikat.
Barangkali inilah sebabnya Malaikat Jibril  hanya berhenti di Sidratul Muntaha sahaja ketika Mikraj. Hanya Baginda Nabi SAW yang meneruskan perjalanan bertemu Khaliq dalam peristiwa Mikraj.
Dijadikan manusia dengan sebaik baik kejadian.
Lemahnya manusia kerana diberi nafsu berbanding Malaikat yang diberikan hanya sifat taat.
Andai kata Malaikat diberikan Nafsu seperti manusia , apakah Malaikat masih mampu kekalkan kesempurnaan taatnya ?
Jadilah manusia yang terbaik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-192 2018 11 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-192 2018
11 Julai 2018
27 Syawal 1439H
Rabu


Berhenti daripada membenci diri kita kerana tidak menjadi manusia sempurna.
Jika Allah mahukan kesempurnaan, nescaya dia akan menjadikan kita malaikat.
Adakah itu yang terbaik untuk kita?
Allah SWT telah aturkan yang terbaik untuk makhlukNya.
Terimalah dengan reda dan positif.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-191 2018 10 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-191 2018
10 Julai 2018
26 Syawal 1439H
Selasa


Ramai ORANG yang mempunyai kaitan dengan ILMU (ulama, penuntut ilmu dan seumpamanya) diuji dengan SOMBONG.
Sebagaimana ramai AHLI IBADAH yang diuji dengan SYIRIK.
Oleh sebab itu, kerosakan ILMU adalah SOMBONG. Manakala kerosakan IBADAH adalah RIYA. Mereka inilah yang dihalang daripada HAKIKAT ILMU.
JAUHKAN diri daripada SOMBONG dan SYIRIK. Semoga Allah taala menjadikan  kita sebagai ahli ilmu dan ahli ibadah yang sebenar.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-190 2018 9 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-190 2018
9 Julai 2018
25 Syawal 1439H
Isnin


Kita mampu boleh membayar sesiapa sahaja untuk mengajar anda, tetapi kita tidak boleh membayar mereka untuk mengambil berat terhadap orang lain.
Kalau adapun, tidak ramai yang sanggup.
Sikap ambil berat ini, Allah hanya titipkan kepada sebahagian manusia sahaja… hanya yang terpilih. Bagus sekali sekiranya kita terpilih.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-189 2018 8 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-189 2018
8 Julai 2018
24 Syawal 1439H
Ahad


Amalkan budaya mendengar yang baik dan budayakan mencatat serta kongsikan atas nama Sunnah Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.
Kiranya kita tidak yakin dengan apa yang kita catat, bermakna kita tidak percaya kepada diri sendiri.
Teruskan mencatat. Hayatilah peranan Al-Qalam dalam surat Al-Alaq.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-188 2018 7 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-188 2018
7 Julai 2018
23 Syawal 1439H
Sabtu


Pernah atau tidak kita merasa sangat kesal kerana gagal memenuhi hajat membantu sahabat kita yang tersepit meminta bantuan.
Apa lagi pada waktu yang sama kita juga dalam situasi sukar untuk membantu pada waktu tersebut.

Ada rasa kecewa dan bersalah tak?

Bantu sekadar mampu dan sentiasa doakan agar sahabat tersebut dipermudahkan urusannya. Mungkin asbab doa tulus kita, beliau dapat bantuan daripada sumber lain pula. Allah itu dekat. Pohon pada-Nya tanpa jemu.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-187 2018 6 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-187 2018
6 Julai 2018
22 Syawal 1439H
Jumaat


Kita berkongsi kata-kata yang baik bukan bermakna kita nak tunjuk baik.
Tetapi apa salahnya kita berpesan-pesan demi kebaikan walaupun kita sendiri banyak kekurangan.
Syiar kebaikan bukan hanya milik seseorang, tetapi menjadi milik semua orang.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-186 2018 5 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-186 2018
5 Julai 2018
21 Syawal 1439H
Khamis


Orang yang tidak menguasai matanya, bermakna hatinya tidak ada harganya.
(Saidina Ali)
Kuasailah nikmat mata kita.
Hargailah hati kita, semailah dan binalah hati kita dengan kebaikan yang terbaik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-185 2018 4 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-185 2018
4 Julai 2018
20 Syawal 1439H
Rabu


Kita tidak ditakdirkan untuk disukai oleh semua orang.
Yang benci biarlah benci dengan alasannya yang tersendiri.
Tidak perlu berupaya meyakinkan, sebab ia akan tetap yakin pada kebenciannya.
Sebaliknya… kita ubahlah diri kita supaya tidak terikut-ikut dengan karenah tersebut.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-184 2018 3 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-184 2018
3 Julai 2018
19 Syawal 1439H
Selasa


Berkata baik itu lebih baik daripada diam seribu Bahasa.
Namun berdiam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang buruk.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-183 2018 2 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-183 2018
2 Julai 2018
18 Syawal 1439H
Isnin


Jangan terlalu berharap bila kita melakukan satu kebaikan, orang akan membalasnya dengan kebaikan.
Zaman telah berubah… kita berbuat baik sebanyak manapun, berkemungkinan kita terus dipijak dan dipandang serong.
Tapi kita kena terus kuat kerana apa yang berlaku itu adalah diluar kawalan kita.
Buatlah apa yang dalam kawalan diri kita dan kita mampu buat.
Selebihnya berdoalah kepada tuhan yang maha esa…

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI KE-182 2018 1 Julai 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-182 2018
1 Julai 2018
17 Syawal 1439H
Ahad


Dok Fikir Perkara Yang Tidak Mampu

Kadang kala banyak masa kita habiskan untuk berfikir perkara-perkara yang kita tidak mampu buat.
Kita seolah-olah berusaha menjadi apa yang sebenarnya bukan diri kita.  Kita cuba menjadi orang lain.  Kita cuba lakukan apa yang orang lain lakukan.
Akhirnya kita kecewa dan membuatkan kita hilang kepercayaan kepada kebolehan sebenar kita, bakat dan keupayaan kita.
Selagi kita tidak menukar apa yang kita percaya, selagi itulah hasil yang diperolehi tetap sama.
Percayalah kepada kemampuan diri kita dan buatlah apa yang dalam kemampuan kita.. Kiranya kita boleh menggarap potensi kemampuan menjadi lebih baik, ia amat baik untuk kita.

#TP1H
#IbnM
#MersingHebat