* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 11 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-223 2018 11 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-223 2018
11 Ogos 2018
29 Zulkaedah 1439H
Sabtu

Hati manusia sentiasa berubah-ubah... tidak pernah tetap.
Banyak faktor dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi perubahan hati kita. Kita sedia maklum watak dan kerenah diri kita. 
Cubalah cari jalan tengah untuk tetapkan pendirian kita agar ia tidak menyusahkan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita. Ia akan jadi lebih teruk sekiranya sekiranya pendirian kita itu turut mencorakkan dasar dan halatuju sesebuah organisasi. 
Organisasi yang hebat adalah bermula daripada ketetapan pendirian dan dasar serta halatuju yang hebat. 
Jadilah orang hebat yang bermanfaat untuk diri sendiri,  keluarga, sahabat,  masyarakat dan organisasi. 
Kita sendiri boleh mencorakkannya...selebihnya serahlah kepada Yang Maha Esa.. Dialah penentu segalanya. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-222 2018 10 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-222 2018
10 Ogos 2018
28 Zulkaedah 1439H
Jumaat

Siapakah manusia yang paling berbahagia? 
Bahagia di dunia dan di akhirat. 
Manusia yang berhenti nafasnya,  namun tidak berhenti pahalanya. 
Manusia mati hanya meninggalkan tiga perkara :

1) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan dan mengamalkan kebaikan.
- Jadilah orang sentiasa membuat kebaikan semasa duka dan gembira. Tidak lupa asal usulnya. 

2) Ilmu yang bermanfaat... Terima dan sampaikan kepada orang lain Lestarikan ilmu dalam kehidupan. Amalkan budaya mendengar,  mencatat dan ajarkan atau sebarkan kepada orang lain. 

3) Sedekah Jariah. Berikanlah sumbangan walau sedikit. Manfaatnya amat besar.  Amalkan sekurang-kurangnya 1Sedekah 1Hari

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Khamis, 9 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-221 2018 9 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-221 2018
9 Ogos 2018
27 Zulkaedah 1439H
Khamis

Bila marah, diamlah.
Istighfar dan minta ketenangan daripada Allah Yang Maha Mencipta.
Kerana segala tindakan kita ketika marah itu bercampur-aduk dengan hasutan syaitan..
Bersabarlah…..

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 8 Ogos 2018

The complete beginners guide to using the performance pie

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-220 2018 8 Ogos 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-220 2018
8 Ogos 2018
26 Zulkaedah 1439H
Rabu

"Dalam apa keadaan pun, saya mampu bergembira. Pengalaman mengajar saya bahawa kegembiraan atau kedukaan kita ditentukan oleh cara kita meletakkan diri, bukannya oleh keadaan." (Martha Washington)
Bergembiralah.
Carilah ketenangan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 7 Ogos 2018

15 ingredients of a successful team

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-219 2018 7 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-219 2018
7 Ogos 2018
25 Zulkaedah 1439H
Selasa

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN DI USIA SENJA

Apabila usia telah senja kita akan benar-benar menghayati dan menghargai kasih sayang sahabat, kejujuran & kesetiaan lantas hidup kita akan terasa sepi dan sunyi seandainya bersendirian tanpa rakan, teman dan sahabat.

Apabila telah tua barulah kita tahu erti sahabat yang paling rapat kerana bukan saja menjadi seorang kawan, tetapi melebihi daripada itu kerana seorang sahabat lebih mengenali diri dan memahami hati kita.

Hidup bersahabat perlu mempunyai kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran dalam apa juga keadaan sekalipun, malah sanggup berkongsi kesusahan, kesedihan, kesenangan dan kegembiraan.

Persahabatan yang erat semestinya perlu menjaga adab dan sopan dalam pergaulan seperti menjaga hati, amalkan sikap bantu membantu di samping menjaga tutur kata dan tingkah laku. Kita perlu mempertahankan nama, maruah dan diri sahabat kita daripada tercemar jika berlaku sesuatu pengkhianatan terhadap sahabat kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Hala Tuju SKM 2017

Reaksi :  

Peraturan Penggunaan Media Sosial kepada Penjawat Awam

Reaksi :  
Peraturan Penggunaan Media Sosial kepada Penjawat Awam
#infografikjpa


EDARAN POTRET RASMI YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Reaksi :  
EDARAN POTRET RASMI YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) kini telah mula mengedarkan potret rasmi YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dipamer di premis Kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai.

Orang ramai boleh mendapatkan potret tersebut secara percuma pada waktu pejabat di:
1️⃣ Pusat Sumber dan Foto
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 9, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya

2️⃣ Semua pejabat Penerangan Negeri dan Daerah; dan
3️⃣ Semua Pusat Maklumat Rakyat seluruh negara. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-89117412 atau layari www.penerangan.gov.my
Mohon bantuan dan kerjasama tuan/puan untuk menyebarluaskan hebahan ini kepada group2 yang lain. 📲

#SayangiMalaysiaku🇲🇾


TITIK POSITIF HARI KE-218 2018 6 Ogos 2018

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-218 2018
6 Ogos 2018
24 Zulkaedah 1439H
Isnin

TA : Tak Ada
AA : Asalkan Ada
AA+I : Asalkan Ada + Itqan

Amalan sediada Asalkan Ada perlu ditambah nilai dengan Itqan sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Ia juga sebagai Sunnah Baginda Ar-Rasul yang perlu kita sahut dan budayakan dalam pengurusan organisasi.
Itqan bermaksud membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai nilai berikut :
  Cepat@Kesegeraan
  Tepat@Benar
  Integriti
  Terancang@Tersusun
  Kemas
  Amanah
  Keredaan Allah SWT

BILA LAGI JOM…..

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 5 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-217 2018 5 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-217 2018
5 Ogos 2018
23 Zulkaedah 1439H
Ahad

Mula mengenal siapa diri kita sebenarnya.

Dalam sesebuah organisasi ataupun juga persahabatan, emosi kita mungkin terganggu dengan pelbagai kerenah manusia yang sering berlaku di depan mata.
Dalam banyak keadaan seolah-olah kita banyak menghabiskan masa kita kerana mengurus kerenah tersebut sehingga terjejas kerja dan halatuju sebenar organisasi yang lebih utama.

Mungkinkah itu faktor utama sesebuah organisasi tidak bergerak lancar dan terus maju ke hadapan?

Masa terus berlalu...pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan untuk membentuk sesebuah organisasi kembali kepada landasan asal. Usaha berterusan dibuat untuk membentuk warga kerja yang mantap.

Perasaan kita bercampur baur antara gembira, kesal, putus asa, rasa terpinggir, dihargai, disayangi, dihormati, dibenci, dipura-purakan dan sebagainya.
Positif dan negatif datang serentak atau bersilih ganti.
Mungkin juga ianya berpunca daripada diri kita sendiri atau orang lain atau persekitaran kita.

Dalam tempoh tertentu, kita akan mula mengenali diri kita yang sebenar.
Kita mula dapat mengukur tahap penerimaan dan penolakan orang sekeliling kita. Ianya boleh diukur dengan pelbagai alat dan kaedah serta pendekatan yang kita sendiri boleh aturkannya tanpa sedar dan disedari oleh orang sekeliling kita.
Bila kita sedar, apa nak buat?

Teruskan?
Keluar daripada kumpulan?
Buat kerja seorang diri dan tidak lagi bergerak dalam kumpulan?
Putuskan?
Reda?
Perbaiki diri?
Cari punca sebenar?
Buat tak tahu?
Buat tak kesah?
Anda stress ..?????
Semua benda tak menjadi… tak didengari …tak diambil cakna? Hmmm… dah mula rasa sia-sia berada di satu tempat dan cuba mencari tempat lain yang lebih baik.

JANGAN BERPUTUS ASA KERANA KITA ADA ALLAH, TUHAN SEGALANYA.
Mintalah pertolongan Allah SWT. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif