* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 18 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-231 2018 19 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-231 2018
19 Ogos 2018
7 Zulhijjah 1439H

Sabtu

Orang yang bijak akan merasa malu jika tindakannya tidak lebih baik daripada kata-katanya. 
Bertindaklah sealim kata kita.

Berkata benarlah tentang apa yang kita telah,  sedang dan akan lakukan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 17 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-230 2018 18 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-230 2018
18 Ogos 2018
6 Zulhijjah 1439H
Jumaat

Antara pesanan Allah SWT kepada kita ialah :

1 – Hiduplah bermatlamatkan akhirat
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ
“Dan carilah akhirat dengan segala yang Allah telah berikan kepadamu”

2 – Jangan lupa nikmati kehidupan
وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
“Janganlah engkau lupa pula keperluan duniawimu.”

3 – Buat baik dengan orang lain
وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ 
“Berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu”

4 – Jangan buat kerosakan
وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ 
“Janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi”.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Khamis, 16 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-229 2018 17 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-229 2018
17 Ogos 2018
6 Zulhijjah 1439H

Khamis


Hidup tanpa ujian bagaikan jantung tanpa denyutan. 

Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah SWT. 

Senyumlah.... sehingga kita lupa untuk bersedih. 
Janganlah bersedih... Allah SWT bersama-sama kita. 

Jalan yang Allah tentukan bukan yang paling cepat. 
Bukan juga yang paling mudah. 
Tapi yang pasti ia adalah yang terbaik. 

Belajarlah untuk menerima qada'dan qadar Allah. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 15 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-228 2018 16 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-228 2018
16 Ogos 2018
5 Zulhijjah 1439H

Rabu
Perbaiki niat. 


Niat bermula di hati. 
Hati kita sentiasa berubah-ubah.. ada pasang surutnya. Baikilah niat kita agar sentiasa berada atas landasan yang tepat.
Setiap kali kita memperbaiki niat kita,  maka Allah SWT akan memperbaiki keadaan kita.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-227 2018 15 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-227 2018
15 Ogos 2018
4 Zulhijjah 1439HSelasa

Antara kerugian yang paling besar ialah kita berkawan dengan orang yang hebat,  tetapi kita tidak mencuba bertanya dan mencontohinya. 

Allah telah aturkan kita berjumpa dan bergaul dengan orang sekeliling kita. Pergaulan yang baik akan menjadikan kita lebih baik. 
Carilah kawan yang hebat,  dan boleh menjadikan kita hebat.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-226 2018 14 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-226 2018
14 Ogos 2018
3 Zulhijjah 1439H
Selasa

Bersabarlah dalam menempuh kehidupan kita di dunia ini. Kita sedang menuju ke satu kehidupan yang kekal selepas ini. 

Teruslah berbuat kebaikan. 
Tidak mungkin semua kebaikan yang kita lakukan akan diterima baik oleh semua orang. 
Akan ada yang berprasangka buruk,  menghina,  mencela.... kita tidak boleh elak....
Bersabarlah. ..dan berserahlah kepada Allah SWT.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-225 2018 13 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-225 2018
13 Ogos 2018

2 Zulhijjah 1439H
Isnin


Kita sering terjumpa kesukaran dan cabaran dalam kehidupan kita. Dicelah-celah kesukaran,  Allah SWT pastikan datangkan kesenangan. 
Dalam masa kita berusaha untuk mencapai sesuatu,  Allah SWT datangkan cabaran. 

Semakin sukar mendapatkan sesuatu,  semakin mahal harganya.. 
Semakin banyak cabaran yang dilalui,  semakin berharga apa yang diperolehi. 

Teruskan berusaha dengan penuh kesabaran walaupun sukar. Insya Allah ada jalan di depan kita. 
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 12 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-224 2018 12 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-224 2018
12 Ogos 2018

1 Zulhijjah 1439H
Ahad

Konflik Budaya Kerja Terancang dan 'Adhoc'


Allah SWT mengajar kita tentang pentingnya menjaga masa dan membuat sesuatu secara terancang serta mempunyai tempoh masa yang dijadualkan.
Ia boleh dilihat bagaimana Allah SWT mendidik kita dengan penentuan peredaran malam dan siang, ketetapan waktu solat yang mempunyai tempoh masa tertentu. Ruang keluwesan diberikan atas sebab rukhsoh dan keperluan yang bergantung kepada kemampuan individu.

Merancang lebih awal dan ditakwimkan adalah satu budaya kerja yang terbaik dan ianya diakui oleh mana-mana pemikir strategik. Ianya akan mencorakkan budaya kerja sesebuah organsasi. Organisasi yang mantap ialah sebuah organisasi yang beragenda terancang dan mengikut apa yang dirancang serta berjadual disamping pelan risiko yang juga dibuat secara terancang. Perancangan awal amat penting kepada pergerakan sesebuah organisasi.

Pada waktu yang sama, kita mungkin sering terjumpa dengan budaya 'adhoc' .. budaya kerja tiba-tiba ... mungkin ianya datang daripada kita sendiri atau mungkin datangnya daripada pihak lain yang di luar kawalan kita.
Pertembungan dua budaya ini sebenar boleh merosakkan dan memperlahankan perjalananan sesebuah organisasi. Ia juga seolah-olah menafikan dan tidak menghargai anggota lain yang mementingkan perancangan awal, patuh kepada takwim, ketetapan masa dan sebagainya. Pertembungan ini juga boleh menimbulkan konflik dalam sesebuah organisasi... Orang yang merancang awal akan sering menjadi mangsa keadaan. 
Banyak masa dihabiskan hanya untuk merancang sahaja.. rancang..rancang... tunggu punya tunggu, punya tunggu... punya tunggu, kejar punya kejar, punya kejar ... sehingga hilangnya rasa tanggungjawab sesetengah pihak dan keegoan terus mendongak.
Perasaan putus asa mungkin timbul... yang jujur biasa akan jadi mangsa keadaan.

Perkara ini boleh diperbaiki sekiranya semua orang mempunyai rasa tanggungjawab yang sama.  Jom kita ... 
Merancanglah untuk kepentingan mencapai halatutuju organisasi yang sebenar, bukan merancang untuk kosmetik yang bersifat sementara.
Masih ada masa... Insya Allah

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif