* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 25 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-238 2018 25 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-238 2018
25 Ogos 2018
14 Zulhijjah 1439H

Sabtu


Kaedah menarik@membina inergi dalam diri - Gosok Ke dua tapak tangan.
- Baca Bismillahirrahmanirrahim.
- Selawat ke hadrat Nabi  x 3
- Tadah tangan mengadap ke muka… Pandang pada tapak tangan.
Bayangkan tapak tangan kita umpama cermin muka.. tilik dan cermin wajah masing-masing sambil menarik nafas dan lepaskan nafas..(bayangkan anda lepaskan semua perkara yg sedang membelenggu fikiran anda).

Selepas itu nak buat apa? 
- Gosok tapak tangan buat kali yang kedua sehingga rasa bahangnya…
- Raupkan pada wajah sambil berdoa :
1. Ya Allah jadikanlah wajah aku baik di dunia dan baik di akhirat
2. Ya Allah, jauhilah aku daripada sifat bermuka-muka yang penuh dengan hipokrit.
3. Ya Allah, kekalkan aku dalam keikhlasan dan keabdian kepadaMu Ya Allah.
4. Ya Allah, perelokkanlah akhlak dan rezekiku sebagaimana Engkau perelokkan kejadianku.
Dan lagi... dan lagi.. 

Pastikan adab berdoa dipatuhi. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif


TITIK POSITIF HARI KE-237 2018 24 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-237 2018
24 Ogos 2018
13 Zulhijjah 1439H

Jumaat


AlHamdulillah rakan-rakan.. kita telah mengharungi kehidupan ini dengan baik, dengan cemerlang sekali, dengan kehadiran dan komitmen orang-orang yang hebat sebagai penggerak masa depan generasi Mersing.

Kita telah melalui pelbagai peringkat umur. Kita pernah lalui zaman roh, zaman janin – Rahim, zaman bayi, zaman kanak, zaman remaja, zaman dewasa, zaman murid, dan zaman guru…. Kita benar-bebar faham keperluan di semua peringkat.

Namun.... 
Di celah-celah kerektor, ada watak tersendiri, ada rendah diri sendiri, ada ego sendiri… dan sikap itu perlukan perhatian kita sendiri sebenarnya..
Tilik dan nilailah melalui cermin diri dengan iman dan ihsan kita…. Bukan nafsu.. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 24 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-236 2018 23 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-236 2018
23 Ogos 2018
12 Zulhijjah 1439H

Khamis

Kita sering bersedih jika kita kehilangan sesuatu. Besar atau kecil hanya yang pernah melaluinya yang mengetahuinya.

Jangan bersedih jika kehilangan sesuatu,  mungkin jika memilikinya akan lebih besar kesedihannya. 
Allah SWT sahaja tahu yang terbaik. 
Redalah dengan ketentuan Yang Maha Pencipta. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 22 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-235 2018 22 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-235 2018
22 Ogos 2018
11 Zulhijjah 1439H

Rabu

Antara ciri keangkuhan manusia ialah selalu merasakan diri kita betul hanya dari sudut pandang kita yang terhad kepada sesuatu perkara. 

Jangan hanya merasakan diri kita betul,  kita menuduh orang lain salah. 
Sedangkan... kita hanya melihatnya dari sudut pandang yang sempit atau dengan pemikiran yang terhad sedangkan orang lain telah jauh maju ke hadapan. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-234 2018 21 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-234 2018
21 Ogos 2018
10 Zulhijjah 1439H

Selasa

Jangan Bangga Diri

Terus Bertiqamah

Satu penyakit yang banyak merosakkan amal manusia ialah sikap terlalu berbangga dengan diri sendiri. Sehingga satu peringkat menidakkan orang lain atau memperkecilkan mereka. 
Ini berlaku kerana konflik pemikiran dalam manusia yang angkuh dan sombong. 
Kita boleh lihat melalui percakapan dan perwatakan serta perbuatan mereka. 

Analogi.... 
Ketika burung hidup,  semut adalah makanannya. 
Tetapi bila burung mati,  semut pula akan memakannya. 

Sebatang pokok boleh buat jutaan batang mancis,  tetapi sebatang mancis boleh membakar sejuta pokok. 

Keadaan boleh berubah dan berbalik pada bila-bila masa sahaja... hanya dalam sekelip mata. 
Jangan sekali-kali melukai atau menyakiti seseorang.
Kita mungkin berkuasa pada hari ini,  tapi Allah SWT lebih berkuasa daripada kita. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 21 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-233 2018 20 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-233 2018
20 Ogos 2018
9 Zulhijjah 1439H
Isnin


Apabila kita reda dengan apa yang Allah telah tentukan kepada kita, walaupun pada akal kita,  ia agak mengecewakan kita. 
Percayalah. . Allah SWT akan menggantikan kelecewaan itu dengan sesuatu yang di luar jangkaan kita. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

100 Hari Pertama : Lebih 40 Initiatif Kementerian Pendidikan Malaysia

Reaksi :  
Kenyataan Media YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia
100 Hari Pertama : Lebih 40 Initiatif Kementerian Pendidikan Malaysia









Ahad, 19 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-232 2018 19 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-232 2018
19 Ogos 2018
8 Zulhijjah 1439H

Ahad

Kita mungkin dihimpit rasa kecewa bila apa yang kita hajati belum kita perolehi. 

Pelbagai usaha dibuat.. disusuli dengan doa dan sebagainya, namun ianya belum dimakbulkan oleh Allah SWT. 

Mengulang-ulang doa yang sama dan terus berusaha atas tujuan yang sama umpama kita mengayuh padel basikal... Makin kita kayuh,  makin ia membawa kita ke hadapan. 


Insya Allah sampai saat dan ketikanya,  kita akan sampai ke tempat yang dituju.
Insya Allah kita akan dapat apa yang kita inginkan. 
Teruskan kayuhan doa dan usaha kita tanpa jemu. 
Tingkatkan tawakkal kepada Yang Maha Esa. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif