* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Jumaat, 31 Ogos 2018

TITIK POSITIF HARI KE-244 2018 31 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-244 2018
31 Ogos 2018
20 Zulhijjah 1439H
Jumaat


Sesungguhnya hati manusia itu mati,  kecuali mereka yang berilmu. 
Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena,  kecuali mereka yang beramal. 
Sesungguhnya mereka yang berilmu tanpa beramal umpama seperti pokok yang tidak berbuah. 
Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu,  kecuali mereka yang ikhlas. 
(Imam Al-Ghazali) 

Jadilah orang yang jujur dengan ilmunya.  Terokailah ilmu, sebarkanlah dan amalkanlah kerana ia merupakan jariah kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-243 2018 30 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-243 2018
30 Ogos 2018
19 Zulhijjah 1439H
Khamis


"Jaga tepi kain sendirilah,  tak payahlah nak jaga tepi kain orang. "
Kita sering mendengar rungutan atau respon tersebut dalam pergaulan kita dalam sesebuah organisasi, persahabatan dan masyarakat. 

Bagi yang degil dan sombong,  akan merasa sentap bila ditegur. Mungkin mereka tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. 

Seorang kawan yang baik akan sentiasa ingat mengingat sesama kawan. 
Seorang pemimpin yang baik akan memastikan semua anggota yang dibawah kawalannya berada dalam keadaan yang baik... ikut peraturan,  berdisiplin,  berakhlak mulia dan sebagainya. 

Itu semua adalah satu tanggungjawab... kalau boleh kita nakkan semua rakan kita dan anggota di bawah kawalan kita bersama-sama masuk syurga. 

Bagi yang tidak memahami taklif@tanggungjawab ini, mereka akan terus meronta dan melahirkan rasa tidak puas hati. 
Ini akhirnya akan menimbulkan konflik tanggungjawab dan popular.. Biasanya pemimpin yang tidak membetulkan keadaan dan sebaliknya membiarkan salah laku anggotanya beterusan akan jadi popular. Baguslah dia ni,  tak pernah ambil tahu hal orang lain. . Sedangkan sebenarnya ia adalah satu tanggungjawab yang diabaikan. 

Bagi pemimpin yang sering menggalas dan cuba melaksanakan tanggungjawab tersebut akan menjadi tidak popular bahkan akan dibenci. 
Inilah dunia akhir zaman.. 

Kembalilah kepada yang hak. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 29 Ogos 2018

Doa Mohon Tunjuk Kebenaran Bila Berselisih Pendapat

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-242 2018 29 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-242 2018
29 Ogos 2018
18 Zulhijjah 1439H
Rabu 


Dalam banyak keadaan dan situasi,  ada sahaja perkara yang boleh mencetuskan rasa kebencian. 

Kadangkala ia boleh mengganggu perjalanan hidup dan organisasi. 

Janganlah membenci kerana ia menjadikan kita sama buruknya, bahkan lebih buruk daripada orang yang dibenci. 

Jadinya.... 
Peganglah cermin selalu untuk selalu melihat kesalahan diri sendiri, bukan memegang kanta pembesar untuk melihat kesalahan orang lain. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-241 2018 28 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-241 2018
28 Ogos 2018
17 Zulhijjah 1439H

Selasa 


Hati kita sentiasa berbolak balik dan perlukan pujukan yang berterusan daripada kita sendiri. 

Kadang-kadang kita tidak berpuas hati dengan kekurangan.  Belajarlah bersyukur. 

Belajarlah untuk rasa ikhlas bila kita tidak rela atau reda. 
Belajarlah taat walaupun ianya berat. 
Belajarlah memahami walaupun tidak sehaluan. 
Belajarlah setia walaupun banyak godaan.
Belajarlah memberi walaupun tidak seberapa. 
Belajarlah mengasihi walaupun disakiti. 
Belajarlah mengingati walaupun dilupai. 
Belajarlah berbuat baik walaupun tidak dibalas.
Belajarlah bersabar walaupun sedang marah. 
Belajarlah merendah diri walaupun rasa bangga dengan diri sendiri. 
Belajar dan belajarlah sesuatu. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 27 Ogos 2018

Rajin Bekerja, Amanah, Berusaha, Tekun

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-240 2018 27 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-240 2018
27 Ogos 2018
16 Zulhijjah 1439H

Isnin 


Serpihan Yang Hilang

Dalam banyak keadaan dan situasi,  kita rasa hati kita kosong. Ada sesuatu yang tak kena dengan diri kita. Tiada ketenangan. . Jiwa kita jadi kosong. 
Ini mungkin menyebabkan kita rasa sunyi,  sepi,  gelisah,  gundah gulana... stress.. 

Macam-macam kita buat. Ada yang memilih hiburan sebagai jalan penyelesaiannya.
Ada yang cuba mengisi kelompangan itu dengan cinta. Kadangkala cinta yang tidak hala menjadi pilihan sehingga menghampiri zina atau sebagainya. 

Ada juga mengisi kekosongan hati itu dengan gelak ketawa dan berbual kosong atau buat-buat cerita. 

Ada juga yang suka menonton filem,  drama,  main game dan meluahkan perasaan dalam media sosial. 

Tapi.. .. hati masih terasa kosong. 
Serba serbi rasa tak kena.. 
Sehingga satu peringkat,  kita mula sedar bahawa pengisian hati sebelum ini adalah salah. 

Kekosongan hati itu sebenarnya mempunyai bentuk yang unik. Ia tidak boleh diisi dengan sewenang-wenang dengan apa saja yang terlintas di fikiran kita. Jika tidak, sampai bila-bila kita takkan berjaya menyelesaikan kebuntuan dan misteri kesunyian hati.

Apakah serpihan terakhir yang kita lupakan itu?

Sebenarnya kita semua tahu, apakah yang sepatutnya mengisi kekosongan hati kita. Tapi kita berdegil. Tetap tak mahu isi dengan yang selayaknya. Kita paksa kekosongan itu diiisi dengan serpihan-serpihan lain, sehingga hati menjadi rosak dan mula terkoyak.

Renung-renungkanlah... Mengapakah selepas melakukan pelbagai perkara, hati kita masih rasa kosong... Boleh jadi, selama ini kita mengisinya dengan sesuatu yang salah.

KEMBALILAH KEPADA YANG ASAL. 


#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-239 2018 26 Ogos 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-239 2018
26 Ogos 2018
15 Zulhijjah 1439H

Ahad 

Bangunkanlah potensi diri. Ia akan memberi impak yang berterusan kepada anak-anak didik kita yang tahap kematangan mereka berbeza.
Gunakanlah semua ilmu dengan penuh ikhlas untuk merangsangkan perkembangan potensi anak-anak kita. 
Buangkan persepsi terhadap murid bahawa mereka memang lemah dan tak boleh berjaya, dah tak boleh buat apa..ubah cara kita berfikir dan bertindak.
Allah telah pilih kita untuk terlibat secara langsung dalam bidang ini, bukan saje-saje.. PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK… kuasailah pilihan Allah SWT…
o  Pilihan Hati belum tentu baik
o  Pilihan Allah adalah yang terbaik.
   Elemen penting dalam jiwa seorang guru adalah kasih sayang..
o  Sayangilah diri kita.
o  Sayangilah anak-anak kita, ada rasa bersalah kiranya anak-anak tak dibentuk.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif