* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 8 September 2018

15 reasons to take breaks at work

Reaksi :  

What do great coaches think, say and do

Reaksi :  
Jumaat, 7 September 2018

How to turn high performance into a habit

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-251 2018 7 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-251 2018
7 Sept.  2018
27 Zulhijjah 1439H
Jumaat

Jangan Berhenti

Sabar tidak bertepi.
Syukur tidak berhujung. 
Tidak ada kebahagian yang datang terus menerus dan tiada sebaliknya. 

Teruslah berjalan,  jangan berhenti. 
Sepahit manapun kehidupan ini,  jika disemai dengan iman, Insya Allah, Allah SWT akan bantu. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku

TITIK POSITIF HARI KE-250 2018 6 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-250 2018
6 Sept.  2018
26 Zulhijjah 1439H
Khamis

Dunia di akhir zaman memperlihatkan banyak perkara yang aneh. 

Yang lurus akan selalu dipukul hingga tenggelam. 
Sedangkan yang dah bengkok,  pastinya akan dibiarkan.
Yang baik kian pupus manakala yang tidak baik timbul seperti cendawan. 

Ianya berlaku diluar kebiasaan yang akhirnya menjadi biasa. 
Jom betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku

Change your mindset from negative to positive

Reaksi :  

10 things to do when you join a new team

Reaksi :  

Khamis, 6 September 2018

How to build a high performing team

Reaksi :  

18 ways to push yourself out your comfort zone

Reaksi :  

9 reasons why people lose their confidence

Reaksi :  

How to be more active every day

Reaksi :  

Rabu, 5 September 2018

TITIK POSITIF HARI KE-249 2018 5 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-249 2018
5 Sept.  2018
25 Zulhijjah 1439H

Rabu
Hati manusia sentiasa berbolak balik dan tidak tenang...... sentiasa ada sahaja perkara yang boleh membuatkan kita merasa gelisah.

Ada beberapa tip untuk menenangkan hati kita selain doa yang utama. 

1) Latih hati kita agas sentiasa menerima ketetapan dan ketentuan Allah SWT.  (Bersangka baik dengan Allah) 
2) Latih diri agar percaya dan menerima bahawa Allah akan memberikan kita pahala setiap kali kita diumpat. 
3) Latih diri agar sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan tidak terlalu mengharapkan manusia. 
4) Latih diri agar sentiasa bersyukur. 
5) Latih diri sentiasa memaafkan orang lain dan sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

#IniIbadahku

TITIK POSITIF HARI KE-248 2018 4 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-248 2018
4 Sept.  2018
24 Zulhijjah 1439H

Selasa

Kenapa mudah lupa? 


Dalam banyak situasi, kita sering terlupa sesuatu. 
Kadang-kadang ia datang dengan tiba-tiba. 
Kejap ingat,  kejap lupa.
Lebih parah lagi bila ia datang semasa kita berurusan dengan orang lain. Kadang kala kelupaan itu menjejaskan perjalanan organisasi. Dasar organisasi juga boleh berubah-ubah dan bercelaru bila kita lupa. 

Apa puncanya ?
Kita sendiripun tak menyangkanya kerana ia terlalu dekat dengan kita. Cubalah.....

1) Kurangkan makan bawang besar. 
2) Kurangkan makan makanan berempah. 
3) Kurangkan makan ketumbar kering. 
4) Kurangkan menonton hiburan. 
5) Kurangkan membaca majalah hiburan. 
6) Kurangkan ketawa yang terbahak-bahak. 
7) Kurangkan minum air batu,  berais dan bergas.
8)  Kurangkan makan organ dalam spt usus atau hati. 
9) Tidak melakukan perkara maksiat. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

#IniIbadahku
Isnin, 3 September 2018

Success: What people see Vs. What people don't see

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-247 2018 3 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-247 2018
3 Sept.  2018
23 Zulhijjah 1439H

Isnin


Tinggalkan 5 Perkara :

1) Tinggalkan pandangan yang liar, Insya Allah kita akan tekun dan khusyuk.
2) Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescayakita akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
3) Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya kita akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
4)  Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya kita akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.
5) Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya kita terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan. Ini kerana akal manusia tidak mampu berfikir ke peringkat tersebut. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 2 September 2018

TITIK POSITIF HARI KE-246 2018 2 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-246 2018
2 Sept.  2018
22 Zulhijjah 1439H

Ahad

Luqmanul Hakim pernah ditanya...:

" Apakah perkara terindah yang pernah kamu lihat dalam kehidupan kamu?  "

Beliau menjawab :
" Ianya adalah seorang yang melihat keaibanku,  tapi masih menyukaiku. "

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI KE-245 2018 1 Sept. 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-245 2018
1 Sept.  2018
21 Zulhijjah 1439H

Sabtu

Kita biasanya akan membungkus hadiah yang berharga dengan bungkusan yang paling baik. 
Pada fahaman kita,  bungkusan hadiah yang baik memberi gambaran bahawa hadiahnya mesti yang mahal. 
Namun mesej Allah berbeza.   

Hadiah yang Allah nak berikan kepada kita, kadang kala tidak terbungkus dengan indah,  bahkan dibungkusnya dengan masalah. 
Tapi di dalamnya tersimpan sejuta keberkatan. 
Fahamilah bagi mereka yang berakal. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif