* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 28 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 28 2019

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 28 2019
28 Jan 2019
22 J.Awwal 1440H
Isnin

Orang yang hebat, berani mengambil risiko untuk berjaya, dan berbeza dengan orang lain, yang lebih suka mengambil jalan selamat dan menjauhi jalan yang berisiko.
Iaitu mengikut jalan yang ramai orang telah lakukan dan ternyata selamat.

Ingatlah kita tidak akan menjadi apa-apa jika enggan membuat apa-apa tindakan yang berani terhadap hidup kita.
Orang yang hebat, akan berfikir apa yang tidak terfikir dan tergapai oleh akal fikiran orang lain, berani mencuba sesuatu yang baharu, di luar bidang dan tidak biasa dilalui oleh mereka dan orang lain.

Seandainya mereka menempuh kegagalan akibat daripada keberanian mereka mencuba sesuatu yang baharu dan sesuatu yang belum dilakukan oleh orang lain, mereka akan mengambil kegagalan itu sebagai bermulanya satu pengalaman dan pengajaran, yang menguatkan semangat dan tahan ujian.
Mereka akan mencuba pendekatan baharu dan lain sama sekali dengan yang lalu, dan kegagalan itu sebagai garis panduan melihat kesilapan diri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::

Catat Komen