* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Khamis, 31 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 31 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 31 2019
31 Jan 2019
25 J.Awwal 1440H
Khamis

Orang yang hebat, mereka tidak selesa berada di ‘zon keselesaan’.
Untuk berjaya dalam hidup, baik untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat kita mesti keluar dari ‘zon keselesaan’.
Sebenarnya, ‘zon keselesaan’ itu ada baik dan buruknya.

Secara negatif, ‘zon keselesaan’ mendorong kita berasa sudah berpuas hati kerana berasa hebat dan tidak ada siapa yang boleh menandingi kehebatan kita. Kita tidak perlu bersaing lagi, tidak mahu lagi menghadapi tekanan hidup memburu kejayaan mengejar kehidupan duniawi dan tidak mahu berhadapan dengan cabaran. Sebaliknya menerima takdir hidup ini seadanya dengan penuh keredaan dan bergantung kepada nasib baik atau buruk yang ditakdirkan Allah SWT untuk kita.
"Zon keselesaan" membuatkan kita bersikap negatif, ambil mudah dan malas hendak berusaha. Menjadi orang yang banyak beralasan.

Secara positifnya, orang yang berada dalam "zon keselesaan" juga akan merasai cukup atau memadai dengan apa yang sudah kita miliki, dan mula memikirkan memperuntukkan masa untuk mencari bekalan akhirat pula. Mereka tidak mahu tercicir akhirat kerana terlalu mengejar duniawi.

Atas sebab itu, jom audit diri kita, berada dalam "zon keselesaan" yang positif atau negatif? Lakukan refleksi diri, kalau kita berada dalam "zon keselesaan" yang negatif, hijrahkan diri kita ke dalam "zon keselesaan" yang positif.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat

#KekalPositif

0 komen ::

Catat Ulasan