* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 11 Mei 2019

Hebahan: Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2019 – Polisi Keselamatan Siber KPM Versi 1.0.

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT KPM Bil.2/2019 yang telah diadakan pada 16 April 2019 bersetuju mengguna pakai dan menguatkuasakan Polisi Keselamatan Siber KPM versi 1.0. bagi menggantikan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) versi 2.0.

Sehubungan itu, Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2019 bertarikh 30 April 2019 telah dikeluarkan bagi tujuan penguatkuasaan Polisi Keselamatan Siber KPM versi 1.0.

Polisi Keselamatan Siber mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menguruskan dan menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) KPM. Polisi ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KPM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KPM.

Semua pengguna ICT KPM adalah dikehendaki mematuhi Polisi Keselamatan Siber KPM. Pematuhan ini juga adalah tidak terkecuali kepada mana-mana individu termasuk pihak ketiga dan pembekal yang berurusan dengan mana-mana Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah KPM.

Muat turun Pekeliling : https://www.moe.gov.my/index.php/pekeliling/ict-1/2281-pekeliling-ict-kpm-bil-1-tahun-2019/file

Muat turun Polisi Keselamatan Siber KPM versi 1.0: https://www.moe.gov.my/index.php/pekeliling/ict-1/2282-polisi-keselamatan-siber-kementerian-pendidikan-malaysia/file


0 komen ::

Catat Ulasan