* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Ahad, 25 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 237/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 237/365 2019
25 Ogos 2019M
24 Zulhijjah 1440H
Ahad

TOLERANSI DALAM BERILMU DAN MEMIMPIN

Penguasaan ilmu pengetahuan amat penting, begitu jugalah cara penyampaiannya.

Ramai guru-guru yang mengajar kita dulu dengan pendekatan mereka yang tersendiri.
Di celah penerokaan ilmu pengetahuan, juga kemahiran, kita sering berhadapan dengan perbezaan dan pendapat yang pelbagai. Ini memerlukan nilai toleransi yang tinggi.
Kebiasaannya orang yang berdabik dada akan berpegang bahawa pendapatnya yang paling kuat. Mereka ini adalah terdiri daripada orang yang paling mudah dipatahkan apabila berhujjah.
Dalam menegakkan pendapat masing-masing, disiplin ilmu telah dikesampingkan.

Setiap orang tidak pernah menganggap dengan adanya mata, maka telinga tidak lagi diperlukan. Bila kita melihat, kita juga boleh mendengar.

Semasa kita berilmu, kita juga boleh belajar sesuatu.
Semasa kita menyampaikan ilmu, kita juga boleh belajar sesuatu daripada murid kita.
Semasa kita memimpin, kita juga boleh menerima pendapat daripada pengikut kita.
Ketika kita menjadi pengikut, kita juga boleh belajar sesuatu daripada ketua.

Ilmu dan sifat kepimpinan adalah sesuatu yang berbeza.

Orang yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, tidak semestinya baik hubungannya dengan masyarakat atau sesebuah organisasi.
Orang yang tidak mempunyai hubungan yang baik, dia tidak mempunyai pengaruh.
Orang yang tiada pengaruh, tidak akan mampu memimpin sesiapa.

Kunci kepada kepemimpinan ialah menghormati orang lain. Tanpa kunci ini, maka perjalanan kepimpinan tersebut tidak akan ke mana-mana.

Adalah lebih teruk sekiranya seorang yang berilmu atau yang mempunyai kuasa menyangka semua orang mesti mendengar katanya, lalu beliau berbangga dengan kuasa sah dan kuasa paksaan yang ada.
Bertoleransilah, kerana ianya boleh menyatukan antara dua kontardiksi. 


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan