* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 26 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 299 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 299 2019
26 Okt. 2019M
27 Safar 1441H

Sabtu

TOLAK ANSUR
BUKAN MENOLAK SECARA BERANSUR-ANSUR

Bertolak ansur mengajar kita mengenalpasti situasi dan mengambil tindakan yang sejahtera dan harmoni.

Tidak hanya mementingkan atau menguntungkan satu pihak sahaja adalah asas utama dalam tolak ansur. Sikap tidak terlalu mengira atau berkira-kira dalam pergaulan atau menguruskan organisasi akan menjadikan kita lebih sejahtera dan bertoleransi.

Sanggup mengorbankan sebahagian daripada keperluan dan kepentingan tertentu supaya kedua-dua pihak berada dalam keadaan seimbang. Masing-masing berada dalam situasi " aku menang dan rugi dan anda juga menang dan rugi ".

Amalan ini akan dapat menyelesaikan konflik dalam sesebuah organisasi ataupun pergaulan kita.

Bertolak ansurlah dan jangan menolak secara beransur-ansur.

Sikap menolak tugasan dan peranan dengan berfikiran kolonialisma melebihi penerimaan akan hanya membebankan sesebuah organisasi. Ini sekaligus akan merosakkan budaya sepasukan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan