* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Selasa, 1 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-264 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-264 2018
20 Sept. 2018
10 Muharram 1440H
Khamis


kisah BANGAU

Analogi Membangau
– Bangau oh Bangau (salahkan orang lain)

Bangau oh Bangau
Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak timbul-timbul
Ikan tak timbul-timbul

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu api basah

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku
Memang makanan aku

Pengajarannya…sikap sebahagian besar masyarakat hari ini suka menyalahkan orang lain walaupun punca isu adalah daripada diri sendiri..
- Tegur rakan sebelah….Assalamu alaikum ..Apa Khabar?
- Pesan kepadanya ** JANGAN MEMBANGAUKAN ORANG YA** DAH-DAH LA TU **
- Begitu juga rakan tadi memesan perkara yang sama kpd anda. ** JANGAN MEMBANGAUKAN ORANG YA** DAH-DAH LA TU **


ALLAHU AKBAR..Moga bermanfaat.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Komen