* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 2 Disember 2019

Iklan Kekosongan Jawatan di PPD Mersing

Reaksi :  


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : 

1) PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM.

2) PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

SYARAT KHUSUS

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang berada di Gred DG44 Hakiki atau DG44 /DG48 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan sedang memegang jawatan Guru Besar, Guru Akademik Biasa, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran di mana-mana Sekolah Rendah dan Menengah daerah Mersing.

SYARAT UMUM

1.  Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3 tahun) di jawatan pentadbiran (secara hakiki) sehingga 31 Disember 2019;

2.  Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5 tahun) tempoh perkhidmatan sebelum tarikh bersara wajib mulai 02 Januari 2020;

3.  Memperoleh markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 90% ke atas bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;

4.  BEBAS daripada TINDAKAN TATATERTIB dan LULUS tapisan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM);

5.  Telah mengiystiharkan harta (tempoh lulus harta tidak melebihi lima (5) tahun);

6.  BEBAS daripada Senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;

7.  Bersedia berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing; dan

8.  DIPERAKU oleh Ketua Jabatan

PERMOHONAN

Permohonan jawatan seperti di atas boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disertakan.  Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut;
      
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH 
PEJABAT PENDIDIKAN DERAH MERSING
KM2, JALAN JEMALUANG
86800 MERSING, JOHOR
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 08 DISEMBER 2019.

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
1 Disember 2019

Lampiran :
Surat_Iklan_Kekosongan_Jawatan.pdf
Iklan_Kekosongan_Jawatan_Di_PPD_Mersing.pdf
BORANG_PERMOHONAN_JAWATAN_PPP_GRED_LAMPIRAN_A.docx
BORANG_PERMOHONAN_JAWATAN_LAMPIRAN_B___C.docx

0 komen ::

Catat Ulasan